31| Pandangan angah

779 63 18
                                    


      Usai menunaikan kewajipan seorang lelaki pada  hari Jumaat, dua beradik yang baru membonceng bersama ke masjid berhampiran terbongkang di ruang tamu.

Seorang tenggelam dalam dunia pekerjaan yang tidak habis. Dari bilik dibawa turun ke ke luar rumah. Sekejap melakar. Sekajap memadam. Gambaran lukisan sentiasa berubah-berubah dari saat ke saat. Semua lorekan buatkan dia serabut dan akhirnya Khafi terdampar sofa sebelah Niyaz dengan skrin masih terpapar canvas putih.

Seorang lagi bebas tanpa beban kerja. Menikmati cuti sakit terakhir yang bersambung dengan cuti umum.  Ralit menaip pesan. Dunia serasa indah tika dapat menghubungi pujaan hati. Ruang perbualan dibaca berkali-kali sambil menanti sang bunga menaip. Menebak-nebak apakah balasan wanita itu.

"Melepas panahan asmara."

Lantunan merdu yang dihasilkan Niyaz menarik perhatian Khafi.

"Sudah katakan cinta. Sudah kubilang sayang."

Khafi melangut. Niyaz sedang menggoyangkan kaki bahagia betul. Dengan lagu cinta bagai. Sah tengah tangkap cintan.

Lama adiknya tak gila bayang. Tak silapnya kali terakhir Niyaz macam ni semasa di tingkatan 6 bawah. Itu pun tak lama. Tersuka pun kerana teruja berkenalan dengan orang baru. Malangnya hubungan percintaan tak panjang. Terhenti separuh jalan gara-gara dicurangi. Sasau juga Niyaz tika itu sampai mak naik pening. Sejak itu Khafi tak nampak Niyaz menjalin kasih lagi. Trauma katanya.

"Namun, kau hanya diam. Tersenyum kepada aku."

Akhir-akhir ni adiknya kembali ke tabiat lama. Sikap gatal muncul lagi. Trauma bercinta sudah sembuh gamaknya. Ada juga dia dengar perbualan antara mak dan Niyaz. Niyaz ajak mak masuk meminang Alanna, si penulis gila itu.

Khafi sangka Niyaz bergurau. Mustahil Niyaz jatuh hati dengan stranger dan mahu dijadikan isteri. Ingat drama cinta pandang pertama pertama ke? Zaman sekarang bukan zaman dahulu yang pengantin tangkap muat. Zaman sekarang salah tangkap boleh menyesal seumur hidup. Tapi kalau dah tersengih sorang-sorang macam ni?

Tak mungkin Niyaz bergurau kan? Adiknya memang dah jatuh hati dengan Alanna bukan?

"Kau buat aku bimbang. Kau buat aku gelisah. Ho... oh ... argh!"

Terkejut Khafi. Hilang semua andaian kisah cinta Niyaz. Nyanyian berubah menjadi jeritan nyaring. Diikuti dengan Niyaz yang tiba-tiba meloncat dari sofa. Berjoget riang sebelum rebah semula ke sofa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Niyaz baca pesanan Alanna buat kali kedua sebelum mencampakkan telefon ke Khafi. Disertai flying kiss buat si abang yang makin bingung. "Ingin rasanya kau jadi milik ku."

Khafi sumpah curious. Rasa ingin tahu tak dapat dibendung. Dia nak tahu apa yang Niyaz lihat dari layar. Apa dihantar oleh si pembalas hingga Niyaz hampir hilang kewarasan.

Gambar sexy ke?

Telefon Niyaz yang berada di celah kangkangnya diambil. Skrin yang masih bernyala dan memaparkan ruang perbualan antara Alanna dan Niyaz dibaca. Bergerak-gerak kening Khafi dengan bibir yang sekejap terbuka dan tertutup.

"Look bro look. Meh sini aku nak ajaq cara ajak perempuan pi dating. Ilmu bukan sebarang ilmu. Walaupun dah lama tak pakai masih ampuh. Meh sini aku turunkan ilmu buaya darat dekat hang. Confirm lepas ni hang pulak suruh mak pi masuk meminang." Niyaz bangga diri. Membusung dada.

Jika ditanya apa yang menarik. Khafi boleh beritahu tiada yang menarik. Perbualan cinta sebelah pihak yang tidak berjaya. Hanya Niyaz sahaja yang bodoh dan overreact.

"Aku rasa hang hilang akal. Duk hospital lama-lama buat fius otak hang tercabut." Khafi lempar peranti itu kepada tuannya semula.

Niyaz menyambut tenang. "Hati hang yang keras. Baca guna mata hati la baru hang faham perasaan aku."

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now