BAB 57

569 197 27
                                    

DIAM Zarith memerhati si isteri kehulu-kehilir sedari tadi. Ke mana Aufyaa bergerak, di situlah bola matanya berakhir. Sehingga Aufyaa berdiri dihadapan meja solek untuk berdandan, Zarith bangkit dari duduk dan menghampiri.

Pinggang si isteri dirangkul lembut dari belakang, pipi mulus kegemarannya menjadi sasaran bibir. Kemudian, dagu direhatkan diatas kepala Aufyaa, memandang si isteri dari pantulan cermin.

"Cantiknya isteri abang ni. Tak payah makeup lah sayang," kata Zarith.

"Cantik apanya. Kalau tak makeup, tak akan nak pergi rumah orang dengan muka tak siap," jawab Aufyaa.

"Tak siap pun cantik. Lagipun, nak pergi rumah Aaqif je pun. Fyaa nak tunjuk dekat siapa muka cantik-cantik sangat?" Terselit nada cemburu tanpa disedari.

Mengherot bibir Aufyaa. "Abang jealous ke?"

"Jealous lah. Dah lah abang tak ada nanti."

Lucu Aufyaa melihat wajah cemberut si suami. Dah tua-tua pun nak merajuk.

"Tak ada orang boleh ganti tempat intan payung Fyaa ni. Kalau bagi 100 orang komando dekat Fyaa pun, Fyaa tetap nak ASP Aiman Zarith," pujuk Aufyaa.

Tersimpul juga senyuman Zarith mendengar kata-kata si isteri. Tangan dibawa ke depan sebelum mendarat pada hidung Aufyaa, mencuitnya geram.

"Sejak bila pandai mengayat abang ni?"

"Tapi mungkin yang ke-101 tu boleh gantikan abang? Siapa tahu kan?" Aufyaa menjungkit bahu sebelum dengan selamba dia mula memakai pelembap muka.

"Amboi, dah pandai kenakan abang. Ha?" Jari telunjuknya mencucuk sekali pinggang Aufyaa. Tergeliat dia dibuatnya sebelum pecah tawanya melihat wajah mencuka Zarith.

"Guraulah. Makin tua makin kuat merajuk eh?" Makin suka dia mahu mengusik.

Zarith menjeling manja. Terselit rasa senang hati melihat si isteri masih boleh bergurau dengannya. Dia kembali menyelesakan dagunya diatas puncak kepala Aufyaa, pelukannya dikemaskan.

"Abang suka tengok Fyaa macam ni. Malam tadi mesti tidur nyenyak kan?" soalnya.

Aufyaa mengangguk mengiyakan. "Fyaa tak mimpi apa-apa langsung. Tahu-tahu dah subuh," jawabnya tersenyum.

Zarith turut tersenyum. Puncak kepala Aufyaa dikucup sekilas. "Baguslah macam tu, senang hati abang."

"Eh, abang pergilah mandi cepat. Fyaa nak turun bawah kejap, nak siapkan bekal untuk abang bawa pergi kem."

"Eh, tak payahlah. Abang boleh singgah mana-mana nanti untuk makan. Tak pun, abang boleh makan je dekat dalam kem tu. Tak payah susah-susah," Zarith menolak.

"Apa yang susahnya? Fyaa yang nak buat. Nasi goreng boleh eh? Ada nasi lebih malam tadi. Abang pergi mandi cepat." Tubuh Zarith ditolak lembut ke bilik air.

Akur, Zarith membawa diri ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai bersolek nipis, Aufyaa membuka langkah keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dapur dituju. Segala bahan untuk memasak nasi goreng dikeluarkan dan dia mula berperang.

Mulutnya mula bernyanyi kecil sambil tangan menumis bahan didalam kuali. Selesai menumis, nasi sejuk dimasukkan dan dia mula menggaul sebati.

Tiba-tiba gerakan tangannya terhenti, mulut yang bernyanyi sedari tadi terdiam serta-merta. Pandangannya menjadi kosong dan hilang fokus. Dadanya berombak apabila merasakan pernafasannya mula memberat. Pegangan pada sudip semakin dikemaskan. Bibir yang mula bergetar halus diketap separa kuat. Tanpa sedar, air mata mula bergenang memenuhi kolam mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZARITH'S: HER COMMANDO [OG]Where stories live. Discover now