Nota Penulis

183 7 1
                                    

Persoalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Persoalan.



Bolehkah mana mana penulis berhenti menulis selagi kisahnya belum habis?

Jika pen ditangan memaksa menari dengan ritma,
Walaupun payah melorek dakwat memori lama?
Atau papan kekunci laju saja berluncur dihujung jari,
Tetap ragu menulis kisah yang menjadi ombak inspirasi?

Tatkala akal dan memori berterusan bertikam lidah,
Dan pabila jiwa singgah—
cuba meleraikan lelah,
Ceritanya—
Siapakah rasanya akan mengalah?
Takkan mahu segalanya berantakan, pecah?

Sesetengah cerita mungkin ditulis sekadar ulaman,
Tetap ada sedulang utama bahannya daripada lubuk hati,
Demi memberi sesuap kekuatan,
Kepada yang masih mencari.



Yang masih mencari,

-Haneesuki (8/8/24, 10:18am)

Secalit Ungu Dilangit SenjaWhere stories live. Discover now