9 | Butang Reset

32 3 0
                                    




"Okay maaa... Dhia ada lagi 5 orders yang Dhia kena siapkan by this weekend. Hopefully sempatlah ma". Ujar Dhia apabila mama bertanyakan mengenai jumlah permintaan bagi bisnes kecil kecilan embroidery Dhia.

Tangannya cekap menyulam benang pada kain belacu. Hujung kulit jari telunjuknya kini sedikit mengeras kerana sering kali melecet-pulih, bergeseran dengan jarum sulamannya.

Motif bunga-bunga kecil memang menjadi kegemaran Dhia. Jenis bunga Daisy dan Heather merupakan kegemarannya. Mawar juga. Kuntumnya berwarna warni, ada biru, merah dan ungu. Ada juga yang menyukai warna senada dan pastels. Di hujung kiri dan kanan lilitan bunga pula nanti akan ada dedaunan hijau menggunakan teknik fishbone stich dan fern stich seakan membentuk bingkai di sekeliling bunga tersebut.

Hatinya ceria melihat sulaman bunga-bungaan tersebut. Ada yang menempah untuk disulam nama mereka, ada juga sebagai memori tarikh perkahwinan atau tarikh penting dalam hidup mereka seperti kelahiran bayi mereka untuk menjadi hiasan dinding bilik.

Tak pernah terlintas pada fikiran Dhia bahawa Allah sekali lagi masih mengizinkan jantungnya berdegup saat ini. Doktor menyatakan pada keluarganya bahawa ini merupakan antara keajaiban yang jarang sekali berlaku. Dhia menyangka gelap mata dan ritma jantungnya yang amat laju dan kuat seakan ingin meletup tempoh hari merupakan perjuangan terakhirnya di RICU.

Namun Allah Al-Rahim masih memberikannya Dhia peluang entah kali keberapanya—

peluang untuk terus hidup dan peluang untuk terus beramal dan berfikir akan kebesaran Allah. Kuasa yang mengatasi keterbatasan ilmu dan perubatan manusia.

Dhia meletakkan wooden hoop di riba seraya menarik nafas dalam dalam. Dia bersandar pada kerusi, di work station yang diubah suai oleh bongsunya, Ghaith. Leher dan bahunya sedikit kejang. Tempat itu adalah tempat kegemarannya sejak dia berpindah ke Apartment Harmoni dua tahun lepas. Itulah juga tempat dia healing jika berkudrat selesai dialisis.

Jika tidak, masanya banyak dihabiskan dalam bilik—membaca buku mengenai psikologi manusia. Entah kenapa dia suka baca buku-buku berat seperti itu.

Mungkin jika takdir tertulis berbeza saat ini—
Dhia akan menyambung kerjanya dalam bidang psikiatrik. Sejak melangkah sebagai pelajar tahun 3 perubatan—satu satunya subjek yang berjaya menarik minat Dhia adalah subjek psikiatri. Memahami kompleksnya sebuah pemikiran dan fungsi otak, yang sehingga saat ini masih banyak tanda tanya dan persoalan benar-benar membuatkan Dhia teruja untuk meneroka bidang tersebut.

Satu satunya buku yang penuh dengan nota pen warna warni sepanjang 6 tahun bergelar pelajar perubatan hanyalah buku 'Principle and Parctice of Psychiaty (DSM-5 Revised Edition)' hasil tulisan Prof Ainsah Omar & Prof Osman Che Bakar. Untuk subjek lain Dhia lebih gemar mendengar sahaja dan meminjam nota kawan-kawannya. Nama sahaja pelajar perubatan, tapi Dhia tidak gemar langsung membaca buku tebal, terutama tulisan yang panjang berjela dan kecil.

Padangan dilemparkan jauh keluar. Rindu ingin berinteraksi seperti manusia normal lainnya. Hujan sedang turun cuba menyejukkan bumi, namun tidaklah deras. Tempiasnya meninggalkan titisan air yang berkejaran menuruni pintu sliding door yang lutsinar. Balam cahaya dari kenderan yang masih bersusun di jalan raya dan lampu neon di jalanan ada yang bekelip kelip bagai kunang-kunang. Bau hujan antara bau alam yang sangat digemarinya.

'Di bandar tiada kunang-kunang, yang ada hanyalah fikiran aku yang menerawang.'

"Dhia...."

Panggilan akan namanya bagai angin lalu.

"Jauhnya mengelamun?" . Dhia sedikit terkejut. Mama sudah depan mata. Dia menepuk dahi menghilangkan pemikiran yang bukan-bukan. Dia sendiri pun pelik jauh benar imaginasinya petang itu.

Secalit Ungu Dilangit SenjaWhere stories live. Discover now