"Aiz, Jim pergi check lauk tu banyak lagi tak? Makin ramai datang ni. Jap lagi pukul satu pengantin lelaki nak sampai."Mama berdiri di tepi pintu. Ghaith dan Azhim berlalu dengan isyarat tangan 'good'. Mama lah paling sibuk hari ini. Kehulu-kehilir tidak menang tangan. Nasib baik ada anak teruna yang boleh diharapkan untuk menjaga bahagian buffet tetamu.
Tugas Dhia?
Melayan keluarga terdekat yang sudah berkampung sejak dua hari lepas, namun hanya di biliknya sahaja kerana mesin oksigennya harus bergantung dengan suis setiap masa. Sama seperti dirinya.Hari semakin terik dan membahang. Kampung Rambah meriah dengan majlis Perkahwinan anak perempuan kedua Cikgu Yusuf dan Puan Noraidah. Walaupun hanya sederhana—namun suasananya tidak kalah.
Lagu dan kompang meraikan pengantin dinyanyikan oleh hadiran yang datang. Persembahan silat turut dipersembahankan kepada kedua mempelai. Kendarat pula sibuk membungkus berkat di beranda. Anak-anak buah tidak kalah sibuknya, berkejaran dengan bunga manggar sambil bermain tepi parit. Musim sebegini banyak ikan sepat!
"Gembira tak Eisha?". Dhia sengaja mengacau adiknya ketika melalui bilik pengantin sebelum ke biliknya. Eisha hanya tersenyum malu-malu. Tak boleh banyak bergerak. Mak andam masih sibuk dengan berus dan bedaknya. Dicalit sana sini bagi menyerlahkan seri raja sehari.
"Lepas ni akaknya pula..." . Mak andam menyampuk tanpa menoleh kearah Dhia di tepi pintu. Dhia hanya mengukir senyuman kekok.
'Eh makcik melebih pulak ya... '. Dhia hanya mengekek dalam hati. Mungkin mak andam itu tak perasan Dhia tidak sihat, dengan bertiub bagai. Atau mungkin kalau nanti lebih sangat perangainya, Dhia ikat sahaja mulut makcik tu dengan tiubnya. Rasain loh.
"Insyaallah kak. Manalah tahu ada putera raja berkenan..." Dhia berlalu. Banyak lagi benda dia mahu lakukan selain memikirkan jodoh yang mungkin datang, mungkin tidak akan hadir dalam hidupnya.
'Eisha kahwin pun aku dah happy lalalala...'. Dhia bersyukur kerana hari tersebut merupakan hari bahagia buat satu-satunya adik perempuan dia, Eisha si baran. Adik inilah merangkap kawan bergossip, bertegang urat, bergaduh berebut barang—
Sedari kecil lagi Eisha gemar meniru pakaian dan barang-barangnya, membuatkan Dhia naik menyampah dan geram kerana kemana-mana mereka akan kelihatan sama. Grrrr. Bezanya Eisha lebih cerah, berkulit kuning langsat dan sepet matanya manakala Dhia berkulit sawo matang dan bermata bundar.
Sudah semestinya mereka akan memuji Eisha berbanding dirinya yang hitam manis. Iyalah budak kecil. Gigi rongak pun nampak cantik asalkan putih melepak, apatah lagi dengan dua tocang yang diikat oleh mama. Sebijik amoi cina! Dhia pula memerhati sahaja adiknya itu dipuji orang. Terus masam mencuka apabila dibanding-bandingkan.
Dhia hanya memadang luar dari dalam biliknya. Majlis belah perempuan ini dilakukan di kampung mereka di Johor. Rumah kampung atas masih kayu lama manakala bahagian bawah sudah di tambah baik dengan batu-batuan. Tanah yang luas dihadapan rumah kampung mereka itulah muat dinaikkan 5 buah kanopi untuk pelamin dan tetamu yang datang.
"Akak dah make up belum? Cepatlah. Lagi sejam nak sanding ni" . Dhia mengalihkan pandangannya. Wajah Eisha tersembul dimuka pintu. Wajahnya berseri ditata rias indah. Tinggal gaun putih sahaja yang belum dikenakan.
"Kenapa akak kena make up pula? Dah la pakai tiub oksigen ni. Payah nanti bedak nak rata. Tak nak lah akak!". Dhia hanya menggeleng. Dah kenapa pula dia terlibat sama?
"Mengadalah akak. Cepat lah make up bagi lawa sikit dalam gambar. Akak bukan lawa sangat macam Eisha. Ala tiub tu taulah Mak Kel nak buat macamana. Cepatlah ishhh!". Eisha mula menunjukkan sikapnya yang kurang sabar. Memang itulah diri Eisha yang sebenar. Sentiasa moody dan garang. Good luck bakal suaminya!
"Ya lah. Mana Mak Kel tu?" Tanya Dhia berkerut. Haruslah dituruti permintaan adiknya sebelum bergegar rumah atas itu dengan suara adiknya nanti.
"Panggil Kak Kell sahaja Dhia. Muda sikit. Eh Dhia pakai tiub ni sakit apa?" Kak Kell yang sedikit terkejut. Dia melangkah masuk ke bilik dengan kotak-kotak bekas alat soleknya. Sebijik macam formen hendak membaiki tayar rosak tepi jalan tetapi versi warna-warni.
"Sakit hati kak. Adik langkah bendul." Jawab Dhia selamba sambil menyeringai.
"Ish akak ni! Cepatlah!! Sempat loyar buruk pulak. Sorry Kak Kel dia ni memang cacat otak sikit" Eisha menjuih.
"Hahaha. Dah la. Gurau ja. Jom Kak Kell dia ni memang berangin macam ni!". Dhia menjulingkan matanya ke atas.
Kak Kell tersenyum kelat. Dia masih tak tahu Dhia sakit apa.
***
"Satu dua cheese!"
CLICK!
Pelbagai gaya digayakan oleh mereka sekeluarga. Papanya melayan sahaja dengan muka yang hilang punca. Nasib ada beg mini oksigen Dhia, jika tidak memang tidak mungkin Dhia dapat turun bergambar.
Setelah selesai sesi bergambar, Ghaith memimpin tangan kakaknya menaiki tangga menuju ke bilik. Dhia menukar tiub dari beg mini kepada mesin oksigen di biliknya.
"Akak nak daging beriyani ke ayam masak merah? Aiz tolong ambilkan...". Soal Ghaith pada kakaknya.
"Daging lah. Pencuk tu nak nenas lebih, okay?"
"Okay, tunggu kejap tau. Aiz nak buli Abang Ajim ambil kan. Hehe". Jawab Ghaith tersengih sambil laju berjalan keluar bilik.
'Ada je nak membuli abang dia tu'. Geleng di dalam hati. Dua ketul bujang tu memang sangat rapat namun selalu juga bergaduh mulut, saling merajuk dan pukul-memukul walaupun dah besar panjang. Gaduh tapi sayang. Pening Dhia!
Sementara menunggu makanannya sampai, Dhia membuka laci cermin biliknya untuk mengambil telefon bimbitnya, terdapat beberapa mesej dan panggilan missed call terpampar di screen phonenya itu.
2 messages from Ian
1 message from A team (Group Aspuri)
1 message from Faheel
Ian: 'Hi Dhia. Congrats for your sister's wedding. Send my regards to your mom and family. Im sorry I can't come but I hope I can see you soon'
Ian: I Miss you.
——
A team: 'Dhia kitorang lagi 30 minit sampai tunggu tau! Rindu gila kat kau! TUNGGU!!!!'
Dhia: ' Okay aku kat bilik ni. Makan dulu kat bawah nanti dah siap terus pergi bilik aku. Kalau lupa, tanya mak atau adik aku bilik yang mana!'
A team: 'ROGERRRRRR!'
——
Faheel: 'Assalammualaikum Dhia. Awak apa khabar? Sihat? Tahniah atas majlis Eisha hari ni. Semoga berkekalan sampai ke jannah. Kirim salam mama dan papa ya..'
Bingung Dhia rasakan seketika apabila membaca mesej daripada Ethan dan—
Faheel terutamanya.
Tidak tahu apakah yang dirasakannya saat ini mengenai lelaki pertama yang membuat dia belajar mengenai cinta—
namun kini sudah pun bergelar suami orang.Suami pada sahabat baiknya sendiri. Sahabat sekatilnya. Sebelah mejanya. Dhia tahu sudah bertahun perkara ini berlaku tetapi mengapa Faheel masih mencari dirinya?
Dan—
Mengapa dirinya masih merasa terluka setiap kali mendapat mesej daripada Faheel. Adakah perasaan yang dirasakan sekarang ini adalah bangga kerana Faheel masih tidak melupakannya? Atau kesal kerana apa hak Faheel untuk masih mengambil tahu perihal hidupnya dan masih menghubunginya—
atau mungkinkah apa yang dirasakan adalah marah pada dirinya sendiri kerana dia masih tak mampu membenci Faheel atas segala yang telah berlaku?
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Literatura FaktuDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...