"Ustazah ustazah... Azan tu suara Allah ke?" Noah bertanya dengan cekak pinggangnya. Dhia hanya tergelak kecil melihat muka Noah yang sangat serius itu."Bukan. Azan tu dari masjid. Suara tu dari lelaki dewasa kita panggil imam atau bilal untuk bagitahu dah masuk waktu solat. Kena pergi masjid solat kalau lelaki. Noah solat tak?" Kerling Dhia sambil tersengih. Noah membesarkan mulutnya cuba mahu mencari alasan namun akhirnya lari kearah belakang Aryan.
"Saya solat ustazah!" Auliya tersenyum manis menampakkan dua lesung pipitnya. Dhia menunjukkan tanda good.
"Masha Allah bagus Auliya... In sha Allah Auliya anak solehah... Yang lain pun anak soleh solehah amin..." Dhia membetulkan kedudukannya kemudian menyambung.
"Okay adik-adik. Siapa nak main teka teki?" Dhia menyoal.
"Saya! Saya! Saya!" Riuh rendah ruang tamu apartment sekangkang kera itu. Lima tangan ditinggikan, sebelum menjadi sepuluh. Tidak cukup dengan itu, masing-masing punyai idea untuk mendapat kemenangan dalam perhatian. Noah, anak didik paling kecil tidak mahu kalah. Dia segera berdiri di sofa sambil melompat-lompat.
"Noah, turun..jatuh nanti." Dhia meredakan keadaan. Anak didik ngajinya sangat competitive seakan melihat dirinya di cermin ketika kecil.
Inilah rutin Dhia sejak dua bulan lepas. Dia tidak betah duduk sahaja tanpa aktiviti. Dia rindu suasana hospital tempat dia bekerja. Namun apakan daya. Sejak sakit yang semakin mencengkam diri dan kudrat, dia terpaksa direhatkan.
Lantas Dhia mengisi masanya dengan mengambil tempahan embroidery dan mengajar mengaji. Tidaklah dia terlalu sunyi. Lagipun jasad dan jiwanya harus tetap menyumbang dalam keadaan hanya lidah yang mampu bergerak. Teringat pepatah bahasa inggeris;
'When life gives you lemons, make lemonade'
"Boleh Dhia ajar Zikry mengaji?"
Sapaan di surau apartment itu menjadi titik tolak. Berita dia mengajar pula menjadi bualan jiran. Ramai sahaja yang merayu, tapi Dhia hanya mampu fokus kepada lima orang sahaja. Itupun dia menolak sebarang bayaran yang dihulurkan.
Sejak sakit ni, tidak banyak yang dia harapkan. Dengan masa yang ada, dia mahu menebus semula hidupnya agar lebih baik dari segi agama dan sosial. Walupun dia sebenarnya penat—masih tidak mampu berjalan, ditambah lagi dengan rutin baru bersama mesin oksigen, dia mesti gagah. Tidak mahu mengalah. Penat tapi dia gembira dapat memberikan sesuatu kepada orang disekeliling.
"Teacher!!! Cepatlah tak sabar ni!". Aryan pula sudah mula melompat lompat di atas peha Dhia.
"Aduhai budak bertuah ni!" Dhia menepuk punggung Aryan. Geram betul dengan budak ni. Lincah benar.
"Bukan teacher lah! USTAZAH! Kan ustazah ajar kita ngaji bukannya english..." Auliya menyampuk. Tangan nya cuba mencapai kopiah kecil Aryan.
"Kalau panggil cikgu pun takpe kan ustazah?" Sampuk Firash pula dari belakang sambil kedua tangannya cuba bergayut pada leher Dhia.
"Firash janganlah buat ustazah macam tu!!Nanti awak tertarik tiub oksigen ustazah!". Jerit Auliya melihat gelagat nakal Firash. Auliya merupakan yang paling tua di antara mereka berlima dan yang paling matang sekali. Sentiasa mencuba menjadi penyelamat situasi dengan menarik laju tangan Firash sehingga terlepas dari leher Dhia.
Itulah kalateh anak-anak ini. Suasan rumah akan menjadi hiruk pikuk selepas maghrib. Dhia hanya tersenyum menerima kehadiran anak-anak ini. Mereka seolah-olah faham melihat guru mereka yang hanya mampu duduk di kerusi berdekatan dengan mesin oksigen. Tidaklah mereka terlalu buas sepanjang kelas sejam lebih itu. Mereka pun tertib sahaja di kerusi masing-masing.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Literatura faktuDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...