"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..."
Akan MERASAI mati.
Merasai bagaimana sakaratul maut semestinya berbeza antara setiap yang bernyawa.
Mudah atau sulit—mejadi rahsia Allah.
Begitu juga kehidupan—
segala yang bermula pasti akan berakhir. Detik terakhir nadi akan memimpin roh ke alam abadi.Namun penamat paling ditakuti sebenarnya bukanlah mati, malah sebenarnya satu permulaan baru yang kekal dan infiniti.
Bagaimana kita mencorak pasak rumah baru kita nanti bergantung kepada tiang amal dan iman kita di dunia hari ini.
Dunia yang kita acuh tak acuh ambil tahu. Kerana nyenyak dan lalai dibuai dengan mimpi.
Benar sekali,
Dunia ini—
hanyalah pentas panggung sandiwara—Putaran pita bertahan sejam dua,
Tetap berjuta sanggup bergadai jiwa.Di mana pelakonnya lali dan bingung mengejar bayangan sendiri yang tiada harga,
malah kadang menggila meragang mahligai yang tiada takhta.Hanya tinggal segelintir pemerhati yang peka,
Bersedia melangkah kaki keluar dari gerbang utama—
menyedari sejelasnya akan ranap segala pementasan sketsa,
—dalam beberapa detik ketika sahaja.Tepuk dada.
Yang manakah kita?
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Non-FictionDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...