2020
RICU
6.13am"Puan dan Encik, boleh masuk ya. Pakar nak jumpa." Staff Nurse Ayu menekan butang intercom di kaunter. Dia memerhati gerak geri mak ayah Dr Dhia melalui kamera CCTV. Sebaik sahaja Cikgu Yusuf dan Puan Noraidah berada di depan pintu, tombol open di buka. Mereka terus dibawa berjumpa Dr Syamil yang sedang berdiri diluar kubikel 4.
"Puan, Encik..." Dr Syamil menyapa Mama dan Papa. Dia sempat melemparkan senyum. Adik beradik Dhia turut tertunggu-tunggu apa yang akan Dr Syamil katakan. Tirai kubikel masih belum dibuka kerana staff nurse sedang melakukan prosedur di dalam.
"Ya doktor?"
"Untuk Dr Nur Dhia..." Dr Syamil, selaku pakar buah pinggang berkata dengan berhati-hati. Dia mahu keluarga Dhia tabah dengan apa yang berlaku. Baginya, Dhia adalah houseman yang baik, dan disayangi oleh ramai pakar dan MO di HUKM ini. Dialah satu-satunya doktor yang merawat orang lain dan merawat diri sendiri di hospital ini.
Dr Xin keluar dari kubikel dan menolak tirai. Mereka semua menoleh kearah pesakit kubikel yang terbaring. Jantung mama bagai terhenti.
"Ya Allah..." Mama sudah berteriak. Papa memeluk mama. Adik beradik Dhia menangis.
***
Jeda.
Sunyi yang teramat asing dirasakan di dalam lubuk jiwanya.
Keadaan sekeliling gelap gelita. Pekat. Dhia melihat dirinya berdiri keseorangan ditengah kegelapan. Melihat tubuhnya dibaluti jubah sutera hijau, berselendang labuh menutupi paras bahunya cuba mendongak mencari cahaya.
Hitam.
Dhia berjalan tanpa arah. Cuba mencari jalan keluar. Begitu ajaib dirasakan saat ini dia bukan sahaja mampu berdiri malah berjalan?
Dari kejauhan kelihatan bayangan kanak-kanak kecil berambut pendek dalam lingkungan 6 tahun dari kejauhan berlari anak mendekatinya. Semakin dekat padanya, semakin jelas figuranya. Kanak-kanak tersebut memakai t-shirt Doremon, berseluar pendek biru itu tiba-tiba berhenti melangkah kira-kira dua depa daripada Dhia.
Dhia berjalan ke arah kanak-kanak tersebut lalu perlahan-lahan melutut ke lantai. Dhia mendongak sedikit sambil memegang kedua bahu kanak-kanak tersebut.
"Adik siapa? Kenapa adik ada kat sini? Adik tahu ke kat mana ni?" Tanya Dhia sambil melihat sekelilingnya. Mereka masih dalam kegelapan pekat. Hanya mereka berdua disirami cahaya yang entah dari mana.
"Ummm.. Saya Iya...." Jawap budak tu tersenyum sambil menjelirkan lidah.
Dhia tersentak.
"Iya? Dhia? .... Nur Dhia binti Yusuf?" Bergetar suara Dhia tatkala menuturkan namanya sendiri.
Kanak-kanak tersebut menangguk perlahan. Malu-malu. Air mata Dhia mula bergenang, seakan menahan tangisan yang sudah terlalu lama dipendam. Tidak pasti mengapa hatinya terlalu sayu melihat dirinya yang berusia 6 tahun di hadapannya.
"Awak Iya kan?... Wahhh Iya dah beshar la... Iya... nak tanya boyeh?" Tanya si kecil pada Dhia dewasa sambil mencuit jari telunjuk Dhia dengan lembut. Dhia mengangguk laju. Tak pasti mengapa air matanya laju mengalir. Tergambar sekilas lalu apa yang si kecil itu bakal lalui benar- benar meruntun hatinya.
"Kita.... hebat tak dah beshar?! Iya nak jadi dokter. Nak cucuk-cucuk..." Jerit Dhia sambil melompat-lompat. Tangannya mengayakan pelbagai gaya seakan mencucuk bahu dan kakinya. Dhia tersenyum. Masih mencuba sehabis baik mengawal esakkannya.
"Ya. Iya berjaya jadi doktor. Yeay... Iya ku...at.. Iya kuat sayang..." Dhia mengangkat kedua tapak tangannya agar bertemu dengan tapak tangan si kecil itu. Dhia kecil teruja mendengar jawapan Dhia, menari dengan penuh riang.
"Mama, papa gawang lagi tak? Iya ada ramai kawan tak?" Bebola matanya bersinar dengan penuh keterujaan ketika mengutarakan soalan tersebut.
Dhia menggeleng perlahan.
"Mama, papa tak garang dah, tapi mama dan papa sayang Iya sangat. Mama sentiasaaaa ada dengan Iya. Teman Iya, jaga Iya. Dah besar nanti Iya akan berjaya dalam banyak benda yang Iya masuk. Iya akan jadi matahari pada sesetengah dan selimut tebal pada setengah yang kesejukkan. Ramai kawan-kawan Iya yang jaga Iya, sayang dan sokong Iya...." Air mata Dhia laju membasahi pipinya ketika menatap wajahnya sendiri.
Penuh senyuman. Penuh semangat. Polos.
" Nanti Iya akan jatuh cinta... dan akan juga dicintai... Iya akan disakiti dan Iya juga tak lepas menyakiti orang lain... Iya akan jatuh banyak kali tapi......"
"Jatuh syakit......" Balas Dhia kecil sambil memegang kedua lututnya. Dhia tersenyum kecil sambil mengusap lembut lutut si kecil.
"Jatuh memang sakit... Tapi Iya kuat. Iya tak pernah jatuh lama. Iya bangun pastu Iya lari laju lajuu sana sini!" Kelihatan senyuman menyinar kembali semangat pada wajah Dhia kecil. Dhia kecil berlari laju sekeliling Dhia. Dhia cuba untuk tertawa. Namun gagal. Hatinya benar-benar runtun.
"Tapi Iya maafkan Dhia ye...." Dhia menekup wajahnya sambil teresak-esak menangis.
Kedua bahunya terhinjut-hinjut cuba menahan sebak. Berat beban yang menindih jiwanya kini tak lagi tertahan. Perasaan hampa menguasai seluruh dirinya, menyedarkan dia tentang satu kebenaran yang pahit—dia sememangnya seorang yang gagal. Gagal untuk menjadi seseorang yang dibanggakan oleh dirinya sendiri— apatah lagi oleh orang lain.
"Iya (Dhia).... Nape Iya nangis?" Dhia kecil memeluk erat leher Dhia.
Dhia masih menekup wajahnya.
"Maafkan Dhia tau Iya. Dhia tak banggakan Iya, tak jaga diri dengan Dhia dengan baik. Dhia ada banyak salah langkah. Dhia lukakan hati Iya, Dhia gagal jadi hebat untuk Iya..." Dhia memeluk kuat diri kecilnya yang masih memeluknya.
"Iya (Dhia)... Iya jangan putus asa tau... Iya kan kuat. Iya kena sihat. Mama kata Iya kena makan manyak. Nanti sihat dan kuat!" Dhia kecil masih memeluknya erat. Tidak melepaskannya.
Dhia mengangguk perlahan. Masih menangis di bahu si kecil itu.
Saat itu, Dhia rasakan seolah-olah seluruh beban yang selama ini menekan bahunya diangkat—hilang entah ke mana. Kelegaan menyelimuti hatinya terasa begitu menenangkan, seakan-akan udara yang dihirup terasa lebih ringan, dan belenggu yang merantai lehernya, kini bebas dari membatasinya.
"Iya (Dhia)...." Si kecil menolak perlahan bahu Dhia renggang darinya. Mata Dhia yang merah dan sembap merenung wajah kecil yang tersenyum manis padanya.
"Iya nak tanya lagi. Tapi mama dah panggil. Nanti mama mawah. Kita jumpa lagi oteyy? Iya boyeh. Iya hebat. Iya kuat! Iya lagi kuat dari Power Wangerss!! Saya bangga dengan Iya!!! I love Iya!! Time kasih Iya jaga saya!!!" Jerit Dhia kecil lalu berlari semakin jauh darinya sehingga bayangan mengecil lalu hilang.
"I need you, Iya...."
Dhia masih melutut, kaku.
Hanya mampu mengangguk perlahan.
Tiada baki kudrat dirasakan. Hampir seluruh lengan serta seledangnya basah oleh air matanya yang tak henti-henti mengalir. Setiap titis air mata yang jatuh seakan membawa bersamanya serpihan jiwanya hilang.
Namun jasad Dhia tetap masih cuba untuk berdiri, walaupun di dalam dirinya— dia hampir tenggelam dalam lautan keperihan yang tiada dasarnya. Di sebalik wajahnya yang tenang, jiwanya kehilangan kata-kata yang mampu menggambarkan kepedihan yang sedang dirasakannya.
Kini, hanya tinggal batang tubuhnya di dalam kegelapan hitam pekat—
memaksa langkah demi mencari secercah cahaya."DHIA!"
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...