5.50 PMNyxtcrtcise_75 @ Lutfan: L, Dhia: D
D: 'Hi boleh kenal?'
Di tingkat atas apartemen itu, Dhia duduk dengan embroidery dan jarung di genggamannya. Matanya terkadang teralihkan antara layar telefon dan menatap indahnya awan-awan yang berarak di langit senja. Cahaya matahari terbenam bersama warna-warna keemasan bercampur ungu kemerahan amat mengagumkan di antara awan-awan yang bergelayut, menciptakan latar belakang yang begitu mempersona waktu itu. Telefonnya berbunyi notifikasi setelah 20 minit dari tarik mesej pertama dihantar. Setelah setahun lebih berkenalan dengan Lutfan—
Dhia sudah dapat membaca jarak balasan Lutfan pasti dalam 15-30 minit.L:
'Hi. Umur dah cukup ke? Haha'D: 'Hahaha. Eh Ommo mollayo! Oppa otokke?!'
L:
'Ha? Oppa tak ada. Oppo pun tak ada. I yang kacak je ada'D: 'Hahaha. Ewww. Handsome celah mana? DP pun hitam pekat kelam gelita je hahaha'
L:
'Haha. Style kan? Jealous la tu. Btw how's life?'D: 'Nothing much. Ulang alik Rasa nak cari side income. Tapi belum plan nak buat bisnes apa.'
Kini Lutfan lebih terbuka berkongsi mengenai hal peribadinya, keluarga, tempat kerjanya pada Dhia. Lutfan juga tidak keberatan berkongsi gambar raya dan kadangkala gambar hari jadi dan rakan-rakannya. Dunia seakan kecil kerana alumni universiti Dhia juga satu tempat kerja dengan Lutfan!
D: 'Wahh.. bagusnya. Plan nak buat apa?'
L:
'Macam nak jual cookies or dropship any foods? Pak mart western ke Mamasab ke?'D: 'That's nice! nanti bagitau I. I will be one of your biggest supporter!'
L:
'Ye ye je. Dhia, you punya chilhood best tak?''Chilhood?' Dhia tidak pernah terfikir mengenail zaman kanak-kanaknya. Adakah zaman kanak-kanak sebenarnya mempengaruhinya?
D: 'Okay kot. Macam kanak-kanak lain. You?'
L:
'Entah. I rasa I tak pernah rasa kasih-sayang daripada parents I'D: 'Sorry I tanya. You, anak yatim piatu ke?'
L:
'Haha. Taklah. I anak pertama. Tapi parents I bagi I dekat nenek I sebab nenek I duduk sorang. Bagi dia teman. Don't get me wrong, I love arwah Tokmak so much. For me, she is my real mom...'D: 'Oh, Tokmak mesti sayang you sangat-sangat. Entah-entah lebih daripada anak dia sendiri. Hehe'
L:
'Yeah. I think so. Tapi lepas dia meninggal 5 tahun lepas I rasa kosong, lost. I hilang tempat I bermanja dan mengadu. I tak rapat dengan parents and adik-beradik lain. Daripada kecil I pergi jumpa parents I waktu cuti sekolah atau raya je. I sentiasa rasa terasing bila ada dalam rumah tu...'D: 'Oh. I'm sorry to hear that. Tapi mesti semua sayang you sangat sebenarnya. You kan darah daging diorang jugak'
L:
'Kadang-kadang I terfikir, kenapa I yang diorang pilih untuk bagi pada Tokmak. I tak tahulah you faham tak rasa bila setiap kali ada pertandingan ke amik keputusan ke, Tokmak I je yang datang'D: 'Lutfan. Percayalah I faham. Masa I kecil, mama dan papa sangat sibuk kadang-kadang diorang travel tinggalkan I untuk uruskan adik-adik dari I umur 7-8 tahun I dah pandai buat kerja-kerja rumah termasuk masak, sidai baju...'
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Não FicçãoDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...