"Dhia okay ke tak tu?" Risau mama melihat Dhia tidak larat bangun dari katilnya. Memang dua tiga hari ni Dhia nampak lemah tapi selepas maghrib tadi dia terus masuk ke biliknya untuk berehat.
Selalu Dhia akan menonton televisyen bersama sama. Solat Isya' tadi pun Dhia tidak bangun solat walaupun sudah dikejut beberapa kali.
Dhia hanya mengerang di dalam selimutnya. Terasa amat berat kepalanya. Badannya juga terasa panas membahang. Dhia cuba untuk untuk menggerakkan pelipat sikunya dalam pedih dan amat sakit!
Sepanjang malam Dhia cuba menahan kesakitan di seluruh sendi sendi badannya. Walaupun penghawa biliknya sudah ditetapkan pada suhu 16 tetapi Dhia tetap berpeluh peluh menahan sakit. Terasa amat laju jantungnya sepanjang malam.
Dhia meraba meja tepi katilnya untuk mencapai 2 biji panadol lalu ditelannya. Tanpa air.
'Sikit je Dhia! Tahan. Kau baru je keluar hospital. Takkan nak masuk balik' Pujuk Dhia sambil merengkotkan badannya menahan sakit. Kesakitan dirasakan bertambah kuat maka Dhia mencapai pula Arcoxia berharap dapat mengurangkan sedikit sakitnya itu. Menitis butir air mata Dhia setiap kali cuba menukar posisi badannya.
"Dhia kalau tak okay kita pergi hospital nak. Mama panggil Azim!" Mama bergegas keluar untuk memanggil Azim apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Dhia.
Apabila mama menghidupkan suis lampu baru Dhia perasan kedua tangan dan kakinya panas kemerahan dan berbintik merah yang sangat banyak.
'Ni petechiae! Sejak bila ada ni?' Berkerut Dhia memikirkan punca terjadinya bintik merah atau ungu kecil yang disebabkan oleh pendarahan bahagian dalam kulit pada dirinya. Pedih dan panas seperti luka terbuka yang dicurahi air panas. Itulah yang dirasakan Dhia pada saat ini.
Dhia cuba untuk berdiri namun gagal. Dua tangan dan kakinya menggigil gigil sakit dan lemah. Dhia tidak mampu mengeluarkan sebarang suara. Hanya mampu mengetap bibirnya dan menutup matanya untuk menahan sakit itu.
Mama segera mencapai sweater dan shawl yang disangkut Dhia di kerusinya dan disarungkan terus pada badan dan kepala Dhia.
Azim mengangkat perlahan lahan kakaknya untuk dipindahkan ke kerusi rodanya kerana walaupun hanya sedikit pergerakan, Dhia akan mengerang dan mengalirkan air mata kerana kesakitan yang amat sangat.
Dipasangkan tiub oksigen pada hidung kakanya dan mesin oksigen disangkut di belakang kerusi roda. Papa sudah menunggu mereka di dalam kereta.
Di dalam perjalanan ke hospital mama mengusap usap belakang Dhia. Dhia tidak membenarkan mereka memegangnya kerana seluruh badannya dirasakan sakit dan terbakar.
"Dhia dah rasa macamni sejak bila? Lepas maghrib?" Tanya mama kerisauan.
"Kenapa Dhia tak panggil je mama dengan papa kan ada kat bilik depan tu je." Papa menyambung. Mananya mereka tidak risau, Dhia menahan kesakitan berejam jam itupun nasib baik mamanya singgah melihat Dhia selepas selesai solat sunat tahajud.
Dhia hanya mendiamkan diri. Dia berfikir mungkin badannya sakit sakit demam biasa tetapi selalunya akan berkurang setelah mengambil panadol--
tetapi kali ini sangat berbeza. Setiap saat kesakitan itu semakin meningkat.
Unbearable.
***
"Push patient to RESUS stat! Blood pressure 85/60, heart rate 168, Spo2 under nasalprong 3L 93%!"
"Pt 29 years old underlying ESRF on dialysis, Idiopathic Pulmonary Hypertension come with complaint of bilateral proximal petechiael rashes with burning sensation and pain score of 9/10. ECG STAT!" Jerit seorang medical officer yang bertugas pada team red zone resus.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Literatura FaktuDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...