"Ya, dah sampai dekat lobi ni. Tingkat berapa, katil mana? Allah, sabarlah! Haha." Dhia tergelak besar mendengar bebelan Jiji yang memarahinya kerana lambat tiba.Siti dan Hayati sudah hampir sejam di sisi katil wad bersalin, asyik bermain dengan bayi Jiji yang baru lahir malam tadi, Nur Syifa Auliya.
Tak sabar rasanya Dhia ingin bertemu si kecil Auliya, tak sabar ingin mendengar 'anak'nya itu memanggilnya dengan panggilan 'Mamiya'.Dalam hiruk-pikuk hospital, sambil memikul beg di bahu dan memeluk hamper untuk Jiji, Dhia tiba-tiba terlihat sosok yang seakan dikenalinya berjalan keluar dari Jabatan Onkologi.
Langkahnya terhenti sejenak. Degup jantungnya semakin laju. Nalurinya kuat untuk mengekori lelaki itu.
Dengan tergesa-gesa, Dhia meminta kebenaran petugas kaunter untuk meninggalkan sekejap hadiah tersebut, sebelum dia melawan arus pelawat yang ramai, mengejar bayangan yang semakin menjauh.
Semakin dekat, semakin berdebar hatinya. Adakah ini satu-satunya peluang setelah 4 tahun?
"Lutfan?" Seru Dhia perlahan, suaranya hampir tenggelam di antara kesibukan hospital.
Lelaki itu memberhentikan langkahnya, kemudian menoleh. Wajahnya jelas terpancar kehairanan.
"Ya?" Jawabnya perlahan, mengangkat kening seakan pelik mengapa dirinya disapa.
Dhia tergamam, berdiri kaku di tengah lautan manusia yang sibuk. Masa dirasakan seakan terhenti namun perasaannya bercampur-baur, antara gembira, teruja, dan juga sedih—kerana Lutfan tidak mengenalinya sekilas pandangan pertama.
"...Dhia?" Lutfan akhirnya bersuara, sedikit terkejut.
Dhia mengangguk perlahan. Lutfan menarik nafas dalam, tersenyum kecil.
"Are you rushing? Boleh kita pergi kafe? Minum kopi, on me," pelawanya, sambil menunjuk ke arah kafe di hujung bangunan.
"Sure." Jawapan Dhia ringkas, penuh erti.
Dia perasan Lutfan kelihatan lebih cengkung daripada gambar-gambarnya yang pernah dilihat di media sosial tahun lalu. Kini, dia tampak lesu dan sedikit pucat.
"Ice blended choc, okay? You tak boleh minum kopi, kan?" Dhia mengangguk, sedikit terkejut kerana Lutfan masih ingat perkara sekecil itu.
Dengan dua cawan di tangannya, Lutfan duduk perlahan-lahan, meletakkan air di hadapan mereka. Namun, dari awal pertemuan hingga kini, matanya tidak sekali pun menatap wajah Dhia.
Di tengah keriuhan hospital, keheningan menyelubungi mereka.
"I... ada kanser." Kata-kata itu seakan merobek keheningan.
Dhia terkedu, tergamam mendengar perkataan itu keluar dari mulut Lutfan. Kanser? Di usia semuda ini?
"Sejak tahun lepas. Mula-mula batuk lama sampai berdarah. I ingat kena TB, tapi negative test check Tb. Then, suatu hari tu I pengsan, warded. Full check-up, doktor bagitahu I ada lung cancer... walaupun I tak merokok." Suara Lutfan terdengar berat, seakan penuh dengan kesedihan dan kekecewaan.
Mata lelakinya mulai berkaca.
"Allah..." Dhia seakan hilang kata, terdiam kaku di tempatnya.
Lutfan juga tidak meneruskan sebarang bicara, membiarkan suasa hingar di sekeliling menyelubungi mereka. Tangan Dhia sedikit bergetar ketika mencapai ice blended untuk diteguk.
Dibiarkan masa berlalu perlahan. Fikirannya juga ligat mencari kata-kata yang sesuai, namun lidahnya masih kelu, terperangkap dalam kekosongan.
"I'm sorry to hear this. Perasaan you macam mana sekarang? Still the same like the first time you hear the result?" Suara Dhia sarat dengan simpati yang sukar disembunyikan.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...