SEMINGGU berlalu di wad, dan pagi ini merupakan hari kedua selepas kitaran IVIG. Dhia merasakan sedikit kelegaan dalam tubuhnya, tetapi perasaannya berubah saat dia berdiri di depan cermin. Bayangan yang terpancar itu terasa asing.Wajah yang sebelum ini dikenalinya kini bengkak—pipi dan hidungnya kembang dengan bintik-bintik kemerahan, seolah-olah butir nasi kecil menghiasi kulitnya yang makin menipis dan mudah terluka. Sekali garu sahaja, kulitnya akan terluka, menambah perasaan gusarnya.
"Hmm," keluh Dhia berat, hatinya terasa tenggelam. Dia tahu benar ini adalah kesan sampingan steroid yang diberikan.
Namun, apa lagi pilihan yang dia ada? Sakitnya makin berkurang, dan itu sudah lebih dari cukup, walaupun penampilan dirinya berubah.
"Tak apalah," bisiknya pada diri sendiri, "Asalkan sihat. Gemuk pun gemuklah. Jerawat pun jerawatlah."
Suasana wad pagi itu mula sibuk. Suara jururawat bertugas mula bergema, mengejutkan para pesakit untuk bangun dan bersiap-siap. Bunyi cadar ditarik, diiringi dengan pakaian hospital berwarna ungu yang dilipat rapi untuk setiap pesakit.
Dhia termenung sejenak, bunyi jeritan jururawat itu tiba-tiba membawanya jauh kembali ke masa lalu, mengingatkan akan suara keras yang pernah dialaminya ketika di UPNM—suara yang hampir serupa.
***
UPNM
2012"Ain bangun!! Dah pukul 4 pagi ni. Japgi 5.30am kita dah kena ada kat arm squad MTD (Maktab Tentera Diraja). Patt ah!! Dah ramai kat toilet tuu.." Dhia menepuk kuat tapak kaki Ain yang bersarung stokin spongebob. Memang kegemaran Ain tidur menggunakan stokin. Berbeza dengan Dhia yang gemar kakinya terjulur keluar dari selimut.
Lampu meja belajar dihidupkan Dhia. Jiji dan Siti juga bangkit perlahan-lahan dari katil mereka. Tersedar daripada cahaya lampu belajar meja tersebut. Mereka berempat memang jarang sekali buka lampu utama kerana sudah terbiasa bersiap dalam keadaan kelam dan gelap.
"Ahh. Okay.." Jawap Ain malas. Matanya masih tertutup rapat namun badannya perlahan lahan bertukar kepada posisi duduk. Kepalanya masih tersengguk-sengguk.
Dhia melihat wajahnya pada cermin locker. Matanya merah. Dhia juga tidak cukup tidur malam tadi akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
Malam tadi selasai sahaja keluar baris malam dalam lingkungan 10.30 malam—
Semua ladies kadet dikehendaki berkumpul di Foyer blok Srikandi kerana ada pengumuman.Sampai sahaja mereka berempat di Block Srikandi—
kelihatan semua ladies sudah berbaris mengikut warna batallion— Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir."Aduh kenapa pulak ni Siti." Jiji menyenggol bahu kiri Siti. Sudahlah mereka semua berbaju kurung. Kalau tiba-tiba kena taji, masaklah.
Siti berkerut sambil menjongketkan kedua bahunya. Mereka berlari lari anak masuk ke barisan masing masing.
Kelihatan senior tahun 3, Maam Ziqa dari Batallion Tuah dan Maam Balqis dari Batallion Jebat sedang berdiri cekak pinggang dengan muka yang bengis. Tudung sarung hitam yang dipakai mereka diselak kebelakang. Begitu juga dengan kedua lengan baju kurung dilipat hingga bawah siku.
"Weyh panas lah aku ngan korang ni ladies! Bodoh apa kau boleh jalan lenggang kangkong depan cafe tu pastu nampak senior kau pandang kau, kau buat bodoh je?! KAU DAH BESAR SANGAT KE LADIES?!" Jerit Maam Ziqa sehingga bergema seluruh kawasan blok Srikandi itu.
"Tak maam.." Jawap hampir kesemua ladies dalam keadaan perlahan sambil tertunduk.
"PANDANGLAH DEPAN! JAWAP KUAT LAGI LAH KE KAU SEMUA NI PEKAK LADIES?!!" Sambung Maam Balqis betul betul di hadapan muka Ain. Ain mengangkat kepalanya dan berdiri tegak memadang terus ke hadapan.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Non-FictionDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...