5 | 'Sakit lebih baik?'

56 4 0
                                    




Hampir seluruh keluarga Cikgu Yusuf sudah berkumpul di ruang menunggu RICU. Cikgu Yusuf sendiri berkejaran dari Johor. Sejak menerima berita tadi, hatinya sudah diruntun pilu. Perjalanan empat jam hanya menjadi dua jam setengah sahaja. Syukur Allah memudahkan urusan.

"Eisha, pergi masuk."

Eisha tidak mengangguk. Dengan hujung selendang coklat cairnya mengesat baki air mata yang bergenang di kelopak. Kakinya melangkah perlahan ke pintu kaca yang mengasingkan ruang menunggu dan wad intensif buah pinggang itu.

'Sejuk', getusnya. Matanya tidak perlu meliar mencari Kubikel 4, kerana katil itu benar-benar di hadapan kaunter staff nurse.

"Eisha..." sapa Dhia apabila Eisha menghampirinya. Dhia lega jantungnya kembali tenang. Dia berharap keadaan ini kekal lebih lama.

"Eisha..." Dhia mengukir senyum sambil mengusap tangan satu satunya adik perempuannya itu. Eisha cuba untuk menjawab namun bagai ada batu yang tersekat di kerongkongnya. Esakan kecil kedengaran. Semakin dia cuba untuk tenang, semakin kuat pula esakkan itu. Rasa sedih yang tidak mampu di tahan.

"Eisha jangan sedih okay? Semua manusia di dunia ni kan akan pergi. Akak, Eisha, Mama, Papa dan semua yang penting dan kita sayang akan pergi juga..."

"Akak mintak maaf dan mintak halal semua yang Eisha pernah bagi dan akak pernah ambil dari Eisha......."

"Ak..ka..kak.... Eis.. Sha...pun... Eisha na..k.. Nak.. Minta.. Mintak...." Belum habis Eisha menuturkan ayat, Dhia segera memotong.

"Eisha takde buat salah pun kat akak. Kecuali asyik marah dengan buli akak je kan? Haa bertaubat sekarang!" Sakat Dhia pada Eisha. Eisha sedikit menjeling namun air matanya masih laju berguguran.

"Akak ni..." Suara Eisha sedikit tinggi. Staff nurse di kaunter tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Dhia dan Eisha tersenyum kecil.

"Dah dah lah. Jangan sedih. Eisha pun dah lama tengok akak struggle kan? Patutnya Eisha lega sekarang ni untuk akak..." Ujar Dhia pada Eisha.

Eisha memberikan pelukan hangat kepada Dhia. Adik-adik lain pun sedang menunggu giliran untuk berjumpa akak sulung mereka. Baki masa yang ada akan digunakan sepenuhnya. Walaupun Dhia sedikit garang—dia tetap satu satunya kakak kesayangan mereka.

Benarlah kita tiada siapa di dunia ini melainkan Allah dan mempunyai keluarga sebagai pendukung terhebat adalah rezeki kurniaan Allah yang patut kita syukuri yang tak semua orang dikurniakan nikmat yang sama. Selepas Eisha mencium tangan dan dahi Dhia, kini giliran adik beradik lelakinya yang lain untuk berjumpa dengan Dhia. Tidak semua anggota boleh masuk ke dalam kecuali keluarga terdekat. Privasi dan ketertiban RICU perlu dijaga sebaiknya.

***

"Dr Dhia okay ke? Rasa macamana sekarang?" Tanya staff nurse pada Dr Nur Dhia binti Yusuf.

"Alhamdulillah rasa better. Dah makin nampak dah mata saya ni kak... Kenapa tiba-tiba ya?". Ujar Dhia sambil tersenyum menjelaskan lagi rekahan bibirnya yang pucat itu. 'Kak' adalah panggilan sinonim doktor kepada staff nurse tidak mengira umur.

"Alhamdulillah. Kalau Dr nak apa apa Dr tekan je butang bell ni ya? Dr tidur lah, cuba rehat. Sepanjang hari Dr tak tidur kan? Rehat okay?" Ujar staff nurse tadi sambil mengusap bahu Dhia dengan lembut.

Dhia mengangguk faham. Dia sempat mengerling jam di dinding. Pukul 12 malam. Sejak jam 10 pagi tadi jantungnya bagai mahu pecah. Jam 10 malam ini barulah jantungnya mahu memberi kerjasama. Dia sendiri tidak tahu sehingga bila dia akan kekal dalam keadaan ini. Dengan masalah jantung, kondisinya boleh menurun secara drastik. Tapi apa yang dia syukuri sekarang adalah peluang yang masih tersisa ini. Inilah rahmat Allah padanya.

Di kaunter, Dr Xin sedang mencatat sesuatu. Sesekali dia melihat Dhia dan melemparkan senyuman manis walaupun dalam kepenatan. Dhia rasa bertuah kerana medical officernya itu sangat mengambil berat tehadap dirinya. Bila difikirkan, ruginya jika housemanship yang dia jalani ini tidak selesai. Tinggal posting terakhir, namun begini pula keadaanya.

Dhia menarik nafas dalam-dalam. Cuba melepaskan apa apa yang dia fikirkan. Dia mahu menikmati bau payau oksigen dalam corong. Dia mahu mensyukuri apa yang dia jalani sekarang. Apa yang berlaku adalah ketentuan yang terbaik dari Allah. Bukan sahaja untuk dirinya, malah orang disekeliling.

Buku coretan yang pernah di berikan padanya oleh sahabat baiknya, Syafiqah—

"Kehadapan sahabatku tersayang Nur Dhia,

Siapa yang cakap sakit tu tidak baik untuk kita?  Jika dibandingkan sakit tetapi banyak masa untuk beribadah dan berzikir— berbanding sihat namun penuh keduniaan sehingga culas akan ibadah—

makanya sakit adalah lebih baik.

Jika miskin buat kita hidup apa adanya dan bersyukur, namun kaya membuat kita alpa, membazir, berkira dan sentiasa ingin menambah kekayaan tanpa mementingkan akhirat—

maka miskin adalah lebih baik.

Yang terbaik bukanlah yang menjadi mencapai penghormatan masyarakat, kerjaya yang gah, berharta mahupun berilmu tinggi—

namun yang terbaik adalah yang paling bertaqwa;

'Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal'- Al Hujurat: 13

Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya lalu mentakdirkan suatu jalan yang tak mungkin jika diberi pilihan, hambaNya akan memilih jalan tersebut. Terlihat berat dan payah—

namun itulah yang terbaik untuk hambaNya.

Which one is better?
Dying body with alive heart or—
Alive body with dead heart?

-Uhibukki fillah,
Syafiqah.

Dhia melepaskan hela. Berat dan tertahan. Dia tidak pernah penat seperti tadi sepanjang hidupnya kecuali semasa menyertai marathon di UPNM lima tahun lalu. Tempat dia menimba ilmu, tempat dia jatuh cinta, tempat dia belajar mencari pengalaman hidup.

'Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat bermain...'

'UPNM...'

Secalit Ungu Dilangit SenjaWhere stories live. Discover now