Saat Dhia merentasi titian kecil menyeberangi anak sungai ke arah kebun pulasan dan rambutan matanya terpaku melihat rona merah yang menghiasi kebun tersebut.Di dalam kebun yang luas itu, dahan-dahan rambutan dan pulasan membentuk kanopi hijau yang rimbun, melindungi tanah dari terik matahari petang.
Bunyi gemericik air sungai yang bergeser bersama dedaun kering yang gugur serta kicauan burung bersaing dengan aroma manis buah yang hampir masak, menciptakan suasana yang tenang dan nyaman.
Buah-buah rambutan yang merah merekah di dahan-dahan seperti lampu merah hias yang menggantung, sementara pulasan dengan kulit yang seakan berduri tumpul itu tampak memikat di antara dedaunan yang lebat.
Di antara rambutan dan pulasan, Dhia lebih gemar pulasan! Isinya lebih manis dan kulit biji tidak melekat dengan isi buah. Tangannya laju memetik beberapa biji buah pulasan yang berada di dahan yang paling rendang.
Terasa laju pula degup jantungnya mungkin kerana terlalu teruja atau mungkin juga jalan terlalu laju. Dhia kemudiannya duduk di pangkin berwarna coklat tua yang terletak di tepian sungai.
"Nah..". Akash meletakkan segenggam rambutan dan juga pulasan di atas pangkin yang mereka duduk.
Masing-masing sibuk melayan perasaan melihat deruan sungai yang mengalir sambil menikmati manisnya buahan tersebut sebelum Dhia memecahkan suasana sunyi seketika tadi.
"Tapi kau bukan taknak kawin sebab aku suruh kan? Bukan sebab kau tunggu aku mati dulu kan? Kau takut aku meroyan sorang-sorang kalau kau kawin?". Tanya Dhia berkerut sambil mengulum 2 biji buah pulasan di dalam mulutnya.
"Aah memang pun..". Akash mengangguk tanpa memadang ke arah Dhia. Pandangannya dibuang jauh ke arah villa.
Dhia terkedu seketika. Riak wajahnya terkejut jelas terlihat di matanya. Dia membuka mulutnya seakan-akan ingin berkata sesuatu, tetapi kata-kata terasa tersekat di kerongkongnya kerana—
tercekik biji pulasan!!!
"Hokkk hokkkk!". Dhia mencuba batuk dengan sekuat tenaganya manakala Akash cuba mencari botol air mineralnya di bawah pangkin.
"Dhia kau okay tak?! Kalau tak aku kena buat heimlich maneuver ni!". Dhia menolak dengan menggelengkan kepalanya dalam masa yang sama cuba menjolok anak tekaknya yang akhirnya berjaya mememuntahkan kembali biji pulasan tersebut.
Akash tersandar kelegaan. Nasib baik tak terjadi apa apa yang bahaya pada Dhia. Kalau tak satu kerja pula nak mencari Abang Mail!
Suasana hening seketika sebelum kedua-duanya memecah kesunyian dengan gelak tawa mereka.
"Janganlah main-main macam tadi!". Marah Dhia. Dhia tak mahu dirinya menjadi punca Akash sengaja melengahkan masa untuk mencari jodoh.
"Okay okay sorry aku gurau. Kau takyah nak merepek lah. Bukan sebab kau. Sebab aku malas je.". Akash menghulurkan botol air mineralnya pada Dhia.
Dhia meneguk sedikit bagi menghilangkan perit ditekaknya. Terus hilang seleranya untuk sambung makan.
"Ke kau suka aku Mejar Dr Akash?". Dhia mengangkat sebelah keningnya, serius sambil mengajukan botol ke arah wajah Akash. Akash seperti kebiasaannya jika Dhia bertanya soalan tersebut pasti akan tergelak kecil.
"Geli je. Sorry sikit. Hahaha". Akash membuat muka gelinya kemudiannya bangkit mengambil plastik merah di hujung pangkin.
Dhia turut gelak sama.
Sejak 2012 lagi, setiap kali Dhia confessed pasti terus terusan direject oleh Akash secara face to face tanpa belas kasihan.
"Tunggu sini jap aku nak amik buah untuk kita bawak balik sikit. Kau jangan nak berdrama macam tadi lagi hahaha.". Dhia mencebikkan mulutnya sambil membuat up rolling eyes.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...