"Alhamdulillah settle dah majlis budak angin kus kus tu maa.." Sengih Dhia.Dhia melunjurkan kaki. Sakit pinggang majlis semalam belum habis. Mengenangkan Eisha tu sendiri juga buatkan dia sakit kepala. Minah tu jenis anti lelaki. Kuat berangin dan marah. Entah lelaki mana yang pernah buatkan jiwanya terluka dahulu. Mujurlah si Jibrail ni perangai malaikat seperti namanya. Dapatlah dia menawan si Eisha ni. Padan muka Jibrail harus menghadap kerenah Eisha mulai saat ini. Hehehe. Mudah-mudahan jodoh mereka sampai ke akhir hayat.
"Ye. Alhamdulillah. Jemput sikit je. Plan nak buat biasa-biasa, tapi ramai pulak yang datang. Nasib makanan semua cukup cuma goodies sahaja yang kurang. Siap Aiz dengan Ajim kene beli lebih. Tak pasal-pasal Dhia dan Mak Cu kena packing goodies. Tak sangka pula ramai yang datang. Terkejut mama." Ujar mama sambil mengeluarkan semua sampul 'salam-kaut' hari ini. Katanya harus segera kira jumlahnya dan masukkan ke dalam bank, takut nanti jadi kejadian pecah rumah pula.
Mama tampak keletihan sungguh. Sudah hampir dua minggu tidurnya tidak lena. Letih mengurus majlis kahwin anak sendiri berbeza dengan pengalaman hampir 20 tahun menguruskan majlis perkahwinan pengantin-pengantinya. Dalam keletihan pun, tangannya ligat mengira dan mengasingkan duit mengikut jumlah dan warna. Ruang tamu masih penuh dengan kotak lebihan goodies semalam. Di satu sudut, hadiah-hadiah perkahwinan Eisha dan Jibrail juga menimbun. Masing-masing tidak larat semalam. Terus terbongkang tidur.
"Rezeki kitalah ma. Tetamu kan rezeki Allah bagi" Ujar Dhia sambil turut membantu mengeluarkan duit dari sampul-sampul. Ada yang menulis ucapan pada sampul malah ada juga yang membaluti duit dengan menggunakan kertas dan tisu. Malah tidak kalah, ada juga yang memberi sampul kosong!
"Ye betul lah tu" Mama berhenti sejenak.
"Haaa. Lusa Dhia ada medical board SOCSO kan untuk permohonan pencen ilat dan bantuan dialisis Dhia lepas ni?" Tanya mama.
"Ya, ma. Dekat Institut Perubatan Kuala Lumpur. Ikut appointment jam 10 pagi. Untuk ke sana nanti, papa akan hantar juga ke? Kesian papa nak hantar kita balik KL esok." Dhia berkerut memikirkan antara solusi yang ada.
"Plannya macam tu. Tapi papa ada kerja pula. Lepas hantar kita di KL, Papa terus balik di sini. Kita naik Grab je. Bukan jauh pun apartment kita dengan IPKL. Lagipun nak kena bawak wheelchair dan beg oksigen lagi, takut makan masa. Nanti terlewat pula. Naik Grab dia boleh terus drop off kita sampai lobi kan? Dhia rasa macamana?" Ujar mama sambil tangannya masih laju mengasingkan duit. Masih berbaki bakat mama kerja bank dahulu!
"Betul jugak ma." Dhia mengangguk setuju.
Suasana rumah sunyi sepi di malam itu, kampung itu tenggelam dalam keheningan yang hanya sesekali diselingi oleh suara cengkerik yang bersahutan. Lampu-lampu kecil dari rumah-rumah hadapan mereka bersinar redup di bawah langit yang dipenuhi bintang-bintang gemerlapan. Bau tanah basah setelah hujan usai majlis tadi masih menyelimuti udara, mengundang rasa kesejukan di malam yang sejuk ini.
Di hujung jalan, suara riuh rendah percakapan orang dewasa di warung kopi setempat menyatu dengan gelak tawa anak-anak yang masih bermain di halaman rumah. Semuanya memberikan atmosfer yang tenang di malam yang mendamaikan. Sesekali menderu enjin lori dari arah jalan besar.
Begilah hidup di kampung kecil, terpersosok di hujung semenanjung Malaysia. Ketenangan ini sudah lama hilang, apatah lagi sejak dia berpindah di Kuala Lumpur. Hiruk-pikuknya selalu menghakis tenaga yang ada. Dayanya selalu menghilang walaupun malam belum menjelma. Hidup di bandar fast-paced memang begitu. Setiap saat masing-masing sibuk mengejar- entah apa yang dikejar, apa yang mengejar.
Dhia menahan mata yang semakin layu. Dia sempat menguap beberapa kali. Kini dia menukar kepada yang posisi lebih selesa. Dari melunjur dia menarik kusyen atas sofa. Didekatkan kusyen itu dengan mama sebelum merebahkan badannya. Dia tahu Jibrail dan Eisha tidak akan balik awal. Mereka mahu berdating dahulu di bandar JB. Ghaith dan Azhim menemani papa ke rumah Mak Juli— adik papa. Alang-alang jarang balik ke Johor, papa menyinggah sebentar ke rumah adiknya. Rumah ini hanya tinggal Dhia dan mamanya sahaja. Benarlah tempat yang paling selesa di dunia ini adalah di sebelah mama.
"Dhia tak nak makan dulu?". Tanya mama.
Sayup suara kedengaran. Dhia kini bagai di antara dua alam. Dalam waktu menghampiri Isya' ini, matanya lebih memerlukan perhatian dari perut yang mula berkerocong. Mulutnya terkumat kamit tanpa mengeluarkan bunyi.
Senyap. Mama mengalih pandang. Anak dara itu sudah terlelap dalam keasyikan.
'Dhia...Dhia...'. Getus mama sambil mengelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...