1998
"Mama! Iya dapat hadiah bula- bula cincin."
Dhia teruja sambil berpusing-pusing dengan pinafore blue-black nya di hadapan pintu. Dia menari-nari seolah-olah seperti Snow White yang sedang mengembangkan skirtnya di khalayak ramai. Bezanya, dia adalah Snow White versi jawa- Seno Wait! Haha. Gula-gula cincin itu dijilatnya sehingga melekit dengan cairan merah di sekeliling mulutnya.
Disebalik baju pengantin yang bergantungan dan barang tempahan hantaran yang digubah indah siap tersusun di rak, mama memanjangkan leher melihat keletah Dhia. Pasti ada sahaja cerita Dhia jika pulang dari sekolah. Cerita apa pula yang dia bawa hari ini.
"Ada budak yeyaki tu dia cakap dia shuka kat Iya sebab Iya antik, mama!". Dhia tersenyum lebar, menunjukkan kedua lubang gigi kacipnya yang rongak dengan penuh kebanggaan.
Dahulu, mama kerja bank. Bank Pertanian. Tetapi selepas Dhia lahir, setiap kali tumbuh gigi-- Dhia pasti akan demam. Jadinya, mama terpaksa ambil emergency leave untuk menjaga Dhia. Papa juga ada membantu, tapi tugasnnya sebagai seorang guru menjadi kekangan.
Akhirnya, mama buat keputusan untuk berhenti dan buka perniagaan kecil-kecilan ,kini semakin membuahkan hasil dek kerana minatnya dalam bidang gubahan dan menguruskan majlis perkahwinan.
'Butik Syurga Pengantin'
Sejak itulah rutin mama berubah. Kecekalannya membuatkan mama berjaya daripada seorang penggubah hantaran sehinggalah kini memiliki butik per sendiri. Sejak itu jugalah kehidupan Dhia banyak dihabiskan di kedai-- selain mudah mama menjaga Dhia dan adik-adik yang bertambah saban tahun, dapat juga Dhia membantu mamanya.
As a daughter of startup entreprenuer, dari kecil lagi Dhia sudah belajar untuk berdikari, tidak cerewet dan bersyukur. Tidur dan berkongsi makanan di bawah meja kedai adalah antara momen yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tetapi ada kalanya keributan di kedai boleh berlaku antara Dhia, Eisha dan Azhim. Ghaith sahaja yang terkecuali kerana dia masih bayi. Begitulah komitednya mama dengan kerjanya. Sebab itulah Dhia dan adik-adiknya rapat bagai isi dengan kuku walaupun gemar menyakitkan hati satu sama lain.
"Apa ni? Bagi kat Mama sini!" Jengil mama pada Dhia.
'Kenapa Mama mawah?' Getus Dhia antara dengar atau tidak. Dia menghulurkan cincin plastik berwarna biru pada Mama dengan wajah cemberut.
"Kecik lagi jangan nak ambil apa apa barang daripada sesiapa yang bukan dari mama, papa dan teacher kecuali mama, papa dan teacher bagi izin. Kalau ada budak lelaki bagi lagi macamni jangan ambil. Kalau ambil juga nanti mama bagi tahu papa ye Dhia degil..." Mama memberi peringatan pada Dhia sambil mencampakkan cincin tersebut kedalam tong sampah.
"Bukan Iya nak... Iye yang bagi dekat Iya.... Nape mama mawah Iya..." Omel Dhia sambil memuncungkan mulutnya. Tak faham kenapa dirinya dipersalahkan.
"Haaa... Menjawab dengan Mama". Jelingnya tajam mama membuatkan Dhia melarikan pandangan. Mama mengemas buku akaun kedai untuk dimasukkan ke dalam laci.
Dhia mengetap bibirnya.
"Yapar lah mama... Nak acik goweng pedas mama macak kat yumah oyeh? Hihi". Walaupun Dhia tidak memahami mengapa mamanya marah namun saat ini perutnya yang paling penting. Harus di isi segera!
"Mengada betul buat bunyi macam tu. Jom kita makan dekat kedai Pak Kamal hujung tu harini. Haa Dhia belajar apa tadi kat tadika?". Soal mama pada Dhia sambal menggenggam erat tangan anaknya itu. Tasnya dicapai. Pintu kedai dikunci sementara.
Dhia tersenyum lebar sambil cuba mengingati kembali apa yang Teacher Masyitah ajar sepanjang pagi tadi. Nyanyi atau mewarna doremon yang lebih disukainya?
"Best mama! Kat tadika tadi Teacher Masyitah ajar........"
Memori berjalan berpegangan tangan mama ke kedai Pak Kamal semakin menjauh dan kabur dari ingatan Dhia.
***
"Dhia...." panggilan lembut hinggap di cuping Dhia. Dia merasakan ada tangan sejuk sedang mengoles pipinya. Tidak lama, dahinya pula dikucup lembut, lantas menebarkan satu bauan yang asing baginya. Satu pelukan hangat membuatkan ritma jantungnya kembali berdetak laju.
Azan subuh Masjid Al-Najihin sedang berkumandang sayu. Walaupun sayup-sayup, namun ia tetap mampu menembusi dinding pejal HUKM. Memang setiap hari Dhia menunggu panggilan solat itu. Dia mahu kembali dekat pada Tuhan yang Maha Esa. Suara bilal itu serak basah, tetapi lunak buatnya. Sejak tinggal di Cherasi, rutin Dhia menjadi lebih mudah. Hospital sudah tidak terlalu jauh. Urusannya lebih mudah apatah lagi jika berlaku kecemasan seperti hari itu.
Dhia cuba membuka mata, namun sinaran cahaya itu bagai duri yang mencucuk konjungtiva. Sangat pedih. Kelopak matanya memberi refleksi pantas— terus terkatup— bagai daun semalu yang disentuh manusia.
"Dhia..."
Dhia terasa mahu bangkit namun masih tiada daya.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Non-FictionDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...