41 | Reunion Medik

21 1 0
                                    



Kelihatan saujana kehijauan dari pandangan tingkap villa yang mereka diami untuk 2 hari 1 malam itu. Setelah 7 tahun mereka bergraduasi—

inilah buat julung kalinya Reunion Medik Intake 2011 diadakan di Bamboo Villa Retreat, Selangor. Keluasan hampir 2 hektar kediaman itu kelihatan sempurna dengan segala kelengkapan.

Landskap hijau ruangan dihadapan villa mewah dua tingkat di atas bukit itu dilengkapi dengan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, gazebo bbq, juga kolam ikan koi. Besar-besar ikan di dalamnya!

Dibahagian curam tepi villa pula disediakan khemah kecil bersama beberapa buah kerusi healing betul betul di sebelah sungai yang deras. Angin yang sepoi dan suasa yang redup dengan rimbunan pokok di sekeliling villa itu benar benar memberikan suasana yang nyaman.

Kini mereka semua akan bertemu dan berkumpul buat pertama kalinya. Pastinya ada yang akan membawa keluarga kecil dan anak masing-masing, ada juga yang bersama pasangan dan ada yang masih kekal bujang.

Yang pasti Dhia tahu kini pangkatnya kini sudah menjadi makcik! Bukan kakak lagi.

'Hmm tua rupanya aku!' Gelak Dhia kecil sambil tangannya laju menghiris fish cake.

"Ada nak kami tolong?". Kelihatan 3 orang wanita tersenyum simpul— yang semenangnya tidak familiar pada Dhia namun Dhia dapat mengagak mereka pasti isteri-isteri kepada sahabatnya.

"Ish mestilah boleh come-come buat rewang macam rumah sendiri huhu!" Dhia melambai supaya mereka mendekatinya dan menghulurkan lesung juga pisau untuk mengupas bawang2, lobak, dan juga untuk menumbuk.

Tugas Dhia petang ini adalah untuk memasak nasi goreng untuk bbq malam ini. Banyak juga nasi yang harus ditanak kerana total kedatang hari ini hampir 80 orang termasuk kanak-kanak.

Dari bahagian dapur kedengaran sudah suara suami Hayati, Dan sedang menyanyi di bilik karokae. Dari zaman belajar lagi Dan dikenali sebagai 'King Of Karok' dikalangan mereka. Pantang dapat mic hanya lagu lagu 'tarikan maut' sahaja yang dipilihnya.

Dhia menjeling ke sisi ruang tamu kelihatan Aizat & Afiqah sedang menyemak checklist senarai nama & saiz untuk baju reunion juga menyusun beg cenderamata yang berisi customised tumblr dan buku nota serta pen sempena reunion ini.

Dhia meletakkan pisaunya setelah selesai memotong kesemua fish cake. Dhia kemudiannya berjalan ke arah koridor hadapan. Villa tersebut dibina di atas bukit sedikit—

jadi lokasi kolam, gazebbo dan taman permainan berada di bahagian bawah villa.

Kelihatan 3-4 orang sahabat lelakinya sedang memulakan aktiviti membakar ayam dan lain-lain. Dhia memegang erat penghadang di koridor sambil menghirup udara sedalam-dalamnya sambil menutup mata. Perlahan- lahan Dhia menghembuskan nafas melalui mulut serentak dengan membuka matanya.

Ajaibnya kuasa Allah.

Tahun lepas— pada tarikh yang sama Dhia masih di katil ICU dengan mesin oksigen dan segala jenis intravena ubatan. Harini Allah takdirkan Dhia berdiri sihat tanpa bantuan sedikitpun.

Hasbunallahiwanikmal wakil.

Dhia mengalihkan pandangannya ke arah kolam renang pula riuh rendah dengan suara anak-anak sedang bermandi manda dengan kawan baru mereka—

dipantau oleh Aunty Rauhah, Aunty Auni, Uncle Rizuan dan Uncle Shah. Ada yang bermain pistol air, ada yang bermain baling-baling bola. Anak yang menjerit dan menangis berebut mainan.

Dhia tergelak kecil. Begitulah ragam anak-anak. Menjadi penghibur dan melengkap keceriaan reunion ini.

Dhia kembali ke bahagian dapur untuk memeriksa nasi yang ditanaknya. Pertama kali seumur hidup dia masak nasi 10 pot menggunakan api dapur.

'Masak ke tak nasi ni? Cuak pulak ni. Kalau guna periuk nasi elektrik okay lagi. Ni guna atas dapur manual macamni alahai cuaknya!!' Jerit Dhia didalam hati. Tak boleh cakap kuat-kuat ni nanti kantoi tak pandai masak nasi atas dapur!

"Macam dah masak kan ni?" Nor mengambil sebutir nasi menggunakan hujung sudu lalu ditiup dan letakkan dia atas tapak tangannya lalu dimasukkan kedalam mulutnya.

Sambil mengunyah butiran nasi tersebut—
sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Lega Dhia melihat Nor seakan meng'approved'kan nasi yang ditanaknya itu. Dhia kemudian mencedok keluar nasi tersebut untuk disejukkan sebelum digoreng maghrib nanti.

Tiba-tiba dadanya seakan berombak laju.

'Aduh. Penat sangat ke ni? Macam nak AF (Atrial Fibrillation) je ni. Kena masuk bilik cepat ni baring sekejap dan pakai oksigen...' Peluh seakan membasahi dahi Dhia. Dhia meletakkan besen yang berisi nasi di tepi meja marmar lalu berjalan perlahan sambil berpaut pada dinding.

"Dhia!" Kedengaran suara Ezhar memanggil Dhia. Ezhar merupakan Pengerusi selaku Penasihat dalam AJK Reunion kali ini. Dhia pula dilantik sebagai Setiausaha. Ezhar berjalan ke arahnya sambil mengendong anak keduanya, Afrina.

"Oh Ezhar. Haa kenapa? Semua okay ke?" Tanya Dhia, tersenyum kelat.

"Okay kita total semua dewasa 70 kan? Budak-budak pulak 10 orang? Bilik ada kosong lagi tak?" Tanya Ezhar.

"Betul. Ada lagi 6 kosong. Kenapa ada yang nak datang saat saat akhir ke?" Tanya Dhia sambil berkerut.

Pening juga menguruskan reunion ini kerana bayaran yang stay dan yang tidak stay sudah dikira seminggu sebelum dan pastinya perlu di kira semula balik jika ada yang saat akhir tiba-tiba tidak hadir mahupun hadir.

"Aah. Tapi takpelah nanti je kita kira. Asalkan ada bilik kosong aku takdelah pening." Balas Ezhar sambil menganggukkan kepalanya

"Siapa yang nak datang?" Tanya Dhia. Setahu dia ada 15 orang tidak dapat hadir kerana kursus dan sebagainya termasuklah 2 sahabat Dhia, Alisa & Hazman yang kini ditugaskan di Lubnan.

"Nantilah. Tak tentu lagi jadi tak kita tunggu malam ni. Kau okay tak ni?" Tanya Ezhar berkerut sambil membetulkan posisi mendukung Afrina. Kelihatan seperti Dhia tercungap keletihan.

"Okay je. Okaylah nanti bagitau aku aku set kan bilik kalau diorang jadi stay." Dhia membuat sign okay sambil mencubit pipi Afrina yang malu malu memeluk ayahnya lalu berjalan ke biliknya.

Bilik Dhia berkongsi dengan sahabat baiknya siapa lagi selain Jiji, Hayati dan Siti! Tetapi mereka semua belum sampai. Dhia menghempas badannya di atas katil, sekilas lalu melihat apple watch merah jambu ditangannya.

"Dah pukul 2.50pm. Laju jantung ni 123bpm. Baring sekejap tenangkan diri nanti terus sekali kan lah Zohor dengan Asar. Tak larat ni" Bisik Dhia sambil memejamkan matanya sebentar. Tudungnya tidak dibuka bimbang jika sahabatnya yang lain sampai tiba-tiba.

Setahunya Ian, Faheel dan Ain antara yang tidak dapat hadir reunion kali ini. Jangan-jangan antara mereka yang tiba-tiba akan stay malam ni? Ah, apa-apalah.

"Dhia!!!" Ketukan kuat di pintu membuatkan Dhia tersentak dari lamunanya. Laju sekejap jantungnya sambil berjalan laju ke arah pintu.

"Haa kenapa?" Dhia membuka pintunya. Kelihatan Nor dihadapannya sedang memegang besen nasi putih yang dimasaknya baru sahaja tadi.

"Jomlah goreng nasi. Baru je habis solat maghrib ni!" Sengih Nor bersemangat.

'Maghrib?!' Dhia menjerit di dalam hati Melihat jam tangannya menunjukkan jam 7.30pm!

"Ya Allah! Okay jap, Dhia solat jap eh?" Laju langkahnya berjalan ke arah toilet. Rasanya seperti baru sahaja melelapkan mata tetapi rupanya terlepas sudah waktu Zohor & Asar.

Dadanya saat ini terasa lebih tenang dan ringan selepas bangun tidur. Dhia terus berlalu ke tandas untuk mengambil wudu'.

Secalit Ungu Dilangit SenjaWhere stories live. Discover now