2013"Dhia kau kan tak suka lari dah kenapa kau masuk jugak event ni?" Dahi Ain berkerut seribu. Mulutnya muncung kehadapan. Tidaklah marah tapi pelik dengan perangai Dhia sejak dua menjak ini. Jauh berbeza dari tiga tahun lalu.
Siti yang berada di hadapan mereka berdua hanya menjungkitkan bahu. Aiskrim Malaysia dihirup dalam-dalam. Aiskrim perasa keladi itu adalah kegemarannya. Di tangannya masih berbaki satu batang aiskrim untuk Hayati yang masih belum keluar bilik di Blok Lembah.
Siti, Jiji, Ain dan Dhia adalah kadet manakala Hayati adalah PALAPES. Beza mereka adalah— kadet ditaja pengajian sepenuhnya oleh KEMENTAH (Kementerian Pertahanan Malaysia) di UPNM manakala Hayati adalah pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia) . Walaupun begitu, mereka masih berada dalam kelas yang sama sejak asasi. Sebab itulah mereka rapat tidak kiralah kadet mahupun awam.
Usai rutin harian wajib kadet— makan malam regimental di Wisma dan Solat maghrib berjemaah di Masjid Al-Fateh, mereka bertiga akan menunggu Hayati di bawah Blok Seribu. Di situ mereka akan makan lagi, tapi bersama Hayati. Sebagai PALAPES, Hayati tidak mempunyai privileged makan di Wisma kecuali ketika latihan hujung minggu sahaja. Disebabkan Jiji tidak mahu ambil bahagian dalam larian kali ini, hanya mereka berempat sahaja lah.
"Awak biar betul Dhia. 42K jauh tu..." Siti pula bersuara selepas menghabiskan aiskrim yang berbaki. Dia masak benar dengan perangai sahabat-sahabatnya itu. Mereka bertiga bukanlah geng piaw sukan, tak seperti Hayati yang merupakan pemain hoki SUKMA. Jika battalion menganjurkan sukan, mereka bertiga pasti laju menawarkan diri sebagai pom-pom girl. Itu lagi mudah bagi mereka dan kerana tak perlu sakitkan badan.
"Faheel yang registered kan nama saya..." Dhia mula menjawab persoalan-persoalan yang menyedatkan pemikiran dua rakan baiknya itu. Lambat laun, mereka pasti akan tahu juga.
Ketiga-tiga mereka melongo saat Hayati sampai di pangkin itu.
"Nanti kalau saya tak join, dia merajuk berhari hari. Peninglah saya. Saya tak tahulah dia ke saya yang perempuan sebenarnya ni arghhhhh!" Rungut Dhia sambil menggosok- gosok kuat kepalanya. Anak tudungnya melorot ke depan hingga menutup alis mata.
Ain menggelengkan kepala. Takjub dengan kuasa cinta. Bagaimana Faheel yang keras kepala dan panas baran itu berjaya ditundukkan oleh Dhia, begitu juga dengan Dhia. Dari seorang yang langsung tidak suka bersukan kini hari-hari menemani Faheel jogging hingga ke Tasik UPNM, Kelab Golf MTD dan Bukit Besi. Memang gila penangan cinta. Dalam diam, sudah tiga tahun mereka bercinta.
"Awak memang piaw. Saya sokong hundred percent. Barulah kita sihat. Kitakan nak jadi doktor kenalah tunjuk contoh yang sihat dan fit kan kan?" Hayati kemudiannya gelak besar sambil memberi tanda thumbs-up.
Faheel adalah incharge untuk pelajar perubatan tahun 2, intake 2011. Orangnya sawo matang tapi tidak terlalu gelap. Dengan ketinggian 168cm, dia nampak tegap apatah lagi jika bersleeveless ketika latihan triathlon. Tetapi itu bukanlah faktor yang membuatkan Dhia cair. Dhia lebih meminati karakter Fareel—
sangat fleksibel, high risk taker dan friendly. Walaupun dia tegas ketika memberikan arahan dan mengambil baris pagi, dia masih punyai sifat keanakkan dan clingy dengan Dhia setiap kali duduk berdua. Dengan Dhia, Faheel akan buat mengada ngada macam kanak-kanak riang yang minta perhatian.Dhia pula berbeza. Di luar dia nampak lemah lembut. Tapi apabila bersama Faheel dia akan menjadi tegas. Kadangkadang dia rimas juga dengan Faheel itu. Tapi sifat caring Faheel akan melebihi segalanya. Tak sahlah jika pasangan bercinta tak bergaduh. Boleh jadi perang dunia ketiga jika mereka bermasam muka namun yang pasti mereka tidak pernah bergaduh lebih dari sehari!
***
"Dhia yang cantik! Dhia yang manja! Dia yangggggg nyomeiiiii~~~". Usik Faheel sambil berjoget di hadapan Dhia yang masih masam mencuka kerana di paksa berlari. Semua kawan kawan yang berada disekeliling mereka gelak melihat gelagat Faheel mengusik Dhia. Mereka dah lali dengan perangai Faheel itu.
"Diamlah..." Ujar Dhia malas nak melayan Faheel.
Kawasan permulaan sudah dikerumi peserta bagaikan semut. Para penyokong juga sudah berbaris di sepanjang jalan, dengan pelbagai banner dan belon. Jalan masuk UNPM ditutup untuk mengisi kemeriahan acara tersebut. Pentas turut disediakan di Dataran Canselori untuk acara penyampaian hadiah nanti.
Masing-masing teruja kerana inilah kali pertama Standard Charted Marathon dilakukan daam kawasan kem tentera dengan UPNM sebagai organiser utama. Pelari pelari bukan dari kalangan kadet mahupun tentera tentunya sudah sampai lebih awal untuk urusan keselamatan di pintu pagar Kem Perdana Sungai Besi. Rata rata antara mereka adalah kali pertama duduk dalam kawasan kem tentera.
Dhia terus berlalu ke arah sebuah pondok kecil tepi jalan itu untuk warming up sendiri. Sebenarnya Dhia risau jika dia tidak dapat habiskan on time larian tersebut. Dia hanyalah newbie. Cuma sempat training 10k dalam beberapa hari ini. Dia pun tidak bersungguh sangat. Water drill dan carboading hanya ala kadar. Harapan Dhia hanyalah untuk menemani Faheel dalam event tersebut.
"Dhia... Awak marah saya ke?". Faheel berdiri betul betul depan Dhia. Dia membuka kekuda, merendahkan badannya untuk melihat wajah Dhia. Dhia bersahaja, sambil membetulkan ikatan tudung bawal putih di kepalanya.
"Bukit MTD terang, tapi di pondok UPNM berarak awan mendung nak hujan pulak ni.." memberi ramalan kaji cuaca tanpa sesiapa meminta.
"Mana ada hujan? Cerah terang berderang ni! Bukak sikit mata tu..." Jeling Dhia lalu memandang langit yang terbentang luas. Awan putih dan cahaya mentari bersinar di sebalik gumpalan awan putih yang tebal.
"Bukan langit nak turunkan hujan, tapi orang depan saya ini yang mendung. Saya fikir nak hujan lah rasanya...," Faheel bersahaja sambil tersengih.
"Awak ni kan..." Dhia menjeling tajam. Wajahnya bertambah monyok.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...