'Dhia how are you? I know this is not the right time to bother you. I know you are not in the best state of physical health plus emotional perhaps. Nak ambil masa sikit. Waiting for your comeback'Dhia melihat notifikasi yang masuk. Akash ingat Dhia ni Manchester United kesayangan dia ke comeback, comeback ni? Ini kali ketiga Akash bertanya kabarnya dalam 2 minggu ni wad ini.
Dan ini juga kali kedua Dhia harus mendapatkan rawatan high dose steroid. Dhia tidak pasti mengapa hampir setiap hari air matanya mengalir.
Cepat benar sedih tiba-tiba namun tiada sebab lain yang lebih kukuh daripada 'STEROID'. Selera makan juga semakin melampau. Setiap kali waktu makan pasti makanan hospital licin namun Dhia tetap tidak kenyang.
Mamanya harus menghantar seplastik besar roti pelbagai rasa dan biskut. Paling kurang Dhia akan selangi dengan 3 roti gardenia jagung setiap kali lepas makan. Teringin makan itu ini tidak payah cakaplah—
mengalah ibu mengandung anak kembar!Wajahnya juga semakin membulat dengan drastik sehingga matanya yang bundar itu semakin menyepet dan hidungnya kelihatan amat kecil. Dalam bidang perubatan— keadaan ini digelar sebagai 'Moon face'.
Selain itu, kulitnya kerana berasa teramat tegang dan nipis. Jerawat kecil juga mula kelihatan di seluruh wajahnya.
Dhia tahu ini adalah side effects high dose steroid, namun Dhia tetap berasa tertekan atas perubahan fizikalnya yang mendadak itu.
Belum lagi setiap kali check gula— pasti gula Dhia tinggi sehingga 9-10 mmol/L. Luka ambil darah mahupun bekas branula juga susah untuk sembuh dan kering. Dhia kembali menangis.
Bukannya Dhia tidak redha kerana Dhia tahu nyawanya lebih penting dari semua ini namun Dhia tidak dapat mengawal mood swingnya saat ini.
Ting!
'Kejap lagi aku video call boleh? Lagi sejam?' Tanya Akash pendek. Mungkin Akash berasa risau akan dirinya yang tidak langsung membalas pesanan ringkasnya. Selalunya laju sahaja dirinya membalas mesej Akash.
Dhia merenung ke arah siling hospital. 'Apalah yang kau sedih sangat ni Dhia? Tiap masa nak nangis tak bersebab. Hmmm' Sambil membebel pada dirinya sendiri—
sambil mengalirkan air mata.Dhia mencapain telefonnya dan membalas—
'Okay'
Sementara menunggu Akash membuat panggilan video call, Dhia melayan rasa pilu yang kian memberat. Dia tahu, emosi ini hanyalah kesan ubat, namun hati yang tertekan sukar dikawal. Fikirannya melayang-layang, sehinggalah telefonnya berdering. Nama Akash terpapar di skrin, namun dia sudah terlewat dua jam.
Dhia segera mengesat pipi yang basah, rasa malu menjalar ke seluruh wajah. Cepat-cepat dia mengenakan mask, segan dengan penampilan sendiri yang jelas kelihatan letih.
"Hi Dhia. How are you? Makan already? Sorry Dhia, tadi boss call pasal patients. Aku setelkan and balik tu terus membuta..." Suara Akash kedengaran ceria walaupun matanya masih merah, keletihan jelas terpancar di wajahnya.
Dhia merenung skrin, hatinya sedikit terasa. "Takde soalan lain eh?" Dia menjeling Akash tajam, lebih kerana perasaan kecil hati yang tiba-tiba muncul, namun dia sendiri tidak pasti kenapa. Ada sedikit nada sinis dalam suaranya.
Akash, seperti biasa, hanya ketawa kecil.
"Better?" katanya sambil mengangkat kening, senyumannya meleret. Dia tahu Dhia sedang moody, tetapi reaksinya seolah-olah menyapu segala kekeruhan hati Dhia.
Dhia cuba menahan senyuman, tapi akhirnya tergelak juga. Sedikit demi sedikit, rasa berat di dadanya mula longgar.
"Haaa ceritalah, raya kat sana macam mana? Haritu kata nak cerita!" Dhia bertanya dengan nada lebih ceria. Senyumannya mula kembali, menutup kesedihan yang tadinya menghimpit.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
Non-FictionDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...