Sudah hampir genap setahun Dhia tidak lagi menjejakkan kaki di hospital sebagai doktor. Jika perlu, dia hanyalah datang sebagai pesakit buah pinggang di Unit Dialysis. Kadangkala, dia akan 'transit' di wad untuk IV antibiotik kerana jangkitan kuman pada paru-paru atau cirit birit yang sangat teruk. Ini sudah dijangka Dhia kerana dengan imun sistemnya yang sangat rendah saat ini— Dhia mudah terkena jangkitan kuman berbanding orang yang sihat dan mempunyai imun sistem yang baik.Duduk di rumah pun, tidak banyak perkara yang boleh di buat secara bebas. Dia bagai dirantai oleh mesin oksigen concentrator yang perlu di bawa bersama dari ruang makan hinggalah ke bilik air. Itulah penyambung nyawanya tatkala paru-parunya lelah untuk mengumpul oksigen kerana tekanan yang tinggi dari salur jantung ke paru-parunya. Kali terakhir scan juga bahagian jantung kanannya kini besar 2 kali ganda dari saiz normal yang sihat menunjukkan otot jantungnya semakin lemah.
Kehadiran Ghaith, adik bongsunya itu setiap kali cuti sem banyak membantu Dhia. Hal yang paling Dhia gembira adalah Ghaith bertungkus lumus menyiapkan 'work station' tempat dia mencari idea dan menyiapkan kerja kreatif dan krafnya, tidak lupa juga— tempatnya berangan. Tempat itu kecil sahaja, cukup sebuah meja berwarna beige berkaki empat dan kerusi sandar yang juga berwarna coklat cair dan selesa.
Dinding dihadapan mejanya dihiasi dengan bunga- bunga kering pelbagai warna, polaroid gambar kecilnya dan juga 'to-do list'. Di hujung meja pula, Dhia letakkan pewangi bunga ros lembut yang menjadi wangian kegemarannya. Ghaith juga tidak lupa meletakkan huruf 'G' supaya kakaknya itu tidak lupa akan jasanya mendekorasi ruang tersebut. Meja itu diletakkan betul-betul disebelah sisi sliding door. Jika Dhia penat menunduk menyiapkan tempahan semalaman—
bolehlah dia merenung ke luar. Melihat bintang di langit dan lampu-lampu kecil jalan raya di malam hari. Juga mencari-cari kelibat bunyi cicipan burung yang terbang melintas di awanan putih pada hari siangnya.
Di situ juga, jelas menara Masjid An-Najihin. Itulah antara tempat yang Dhia merasakan kuat keinginannya mahu pergi Ramadhan kali ini. Hatinya selalu merintih untuk ke sana. Namun dengan kepayahan sebegini, dia tidak mahu menyusahkan papa, mama, Azim dan Ghaith.
Dalam keadaan sebegini, Dhia banyak juga menyendiri berbanding keperibadiannya sebelum ini. Bukan kerana tidak redha tetapi tidak mahu overthinking dan membandingkan keadaannya dengan orang lain.
Group Whatapps, Facebook, Instagram semua diletak dalam mode silent. Masanya banyak dihabiskan di work station sahaja kebanyakkan. Jika tidak menyulam, Dhia akan menulis puisi pendek di dalam buku notanya.
Sedikit sebanyak darah bahasa dan seni ayahnya sebagai cikgu juga di dalam bidang bahasa dan seni mengalir dalam dirinya meskipun papa tidak membenarkan Dhia mengambil aliran sastera atau seni ketika di sekolah dulu.
Kadang-kadang tipulah jika Dhia bosan hidup begitu. Akal dan mindanya berfungsi seperti orang sihat namun badannya tidak mampu. Seperti remaja yang terperangkap di dalam badan moyangnya.
Usahkan jauh— mahu menyuap makanan kedalam mulut juga sudah lelah kepenatan. Rutin hariannya sama. Sejak sakit, dia banyak mendengar ceramah di Youtube agar dia sentiasa beringat dan waras, namun saat ini belum ada yang memberikan jawapan pada setiap persoalan yang bermain di fikirannya.
Group usrah Telegram juga sedikit sebanyak memberi pengisian kepada dirinya. Namun, satu hal yang menarik perhatian Dhia saat ini adalah 'Group Anonymous Mate to Soulmate' yang pernah dikongsikan oleh Riya 2 bulan lepas.
Riya berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang pensyarah Kimia di UTM, Skudai melalui channel tersebut. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam diri Dhia bertambah apabila lebih-lebih lagi apabila cuba dibendung. Baginya, ada satu dunia yang dia tak pernah diterokainya lagi sepanjang 27 tahun umurnya. Riya yang skema tu pun tahu.
YOU ARE READING
Secalit Ungu Dilangit Senja
No FicciónDiinspirasikan dari kisah sebenar, membawa kita menyelami perjalanan hidup Nur Dhia, yang berubah sekelip mata apabila dia didiagnos dengan kegagalan jantung-menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen dan berkerusi roda. Lebi...