Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pintu besi bawah tanah kawasan gudang terbiar terbuka ke dalam sewaktu sekumpulan lelaki bersut berjalan masuk melaluinya. Lalu muncul lelaki terakhir di belakang sebelum mereka semua berdiri di tepi sekeliling seorang lelaki yang telah diikat tangan ke belakang.
Keadaan lelaki itu kelihatan tidak terurus, kotor dan basah kerana peluh diseluruh badan. Dia juga tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja. Terdapat luka disekitar pergelangan tangan dan lebam di sluruh badan. Wajahnya pula sudah lagi tidak dapat dikenalpasti lagi kerana kecederaan yang di alami padanya.
Sambil menangis tersedu sedan, Encik David cuba memandang orang yang menangkap dia tapi matanya yang bengkak dan berdarah itu had kan jarak penglihatannya. Tambah-tambah keadaan bilik itu yang kurang pencahayaan. Makin sukar untuk Encik David untuk nelihat. "Siapa kau orang semua ni? Kenapa kau orang buat aku macam ni?" rintihnya dalam kesakitan.
Bersama renungan dingin, Zane di situ hanya berdiri di hadapan Encik David. Langsung tidak mengatakan apa-apa.
"Aku dah cakap aku akan bayarkan semua hutang-hutang tu. Kenapa kau orang tak nak percaya!" nangis Encik David lagi dengan susah payah kerana bibirnya sedang bengkak dan pecah. Dan setiap kali dia bercakap liur meleleh keluar tidak terkawal.
Encik David tidak tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya ketika itu. Ingatannya juga kabur tentang kejadian sebelum dia di culik lalu di pukul sebelum dikurung dalam tempat ini. Apa yang Encik David tahu, mungkin mereka yang menculik dirinya ini adalah orang-orang yang di telah berhutang dengan.
"Dengan apa? Selain hutang keliling pinggang, harta apa aje yang kau miliki sekarang untuk bayar hutang kau tu David?" tanya Zane tidak lama kemudian. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
"Anak aku... Aku ada anak perempuan....dia boleh bayarkan hutang-hutang tu...aku boleh jadikan dia sebagai cagaran. Kau boleh lakukan apa saja pada dia."
Berkerik gigi Zane tatkala rahangnya terketap. Perasaannya panas keberangan tidak semena. Ucapan Encik David yang tiada sedikit pun rasa simpati atau bersalah semasa mencadangkan hal itu membuatkan darahnya menggelegak marah.
Jadi Zane turut tidak merasa bersalah dengan keputusan dia untuk menculik dan menyakiti lelaki itu. Malah dia berasa lega kerana dia adalah orang yang menjumpai Dihya bukan orang lain.
Lalu muncul seorang pengawal dengan beg kertas di tangan tidak lama kemudian. Pengawal itu berjalan masuk melalui pintu di sebelah kanan ruangan di situ. "Tuan. Barang yang tuan pesan sudahpun saya sediakan."tunduknya semasa berdiri di sebelah Zane.
"Kau tahu, cakap tentang anak perempuan kau, ada sesuatu yang aku dah sediakan."Zane menyeluk tangan ke dalam beg kertas yang dipegang pengawal tadi lalu mengeluarkan satu gulung reben darinya.