39 | Tak Jadi

112 29 3
                                    

Sambil berdiri di atas platform, Dihya tunduk memandang tali leher biru gelap yang sedang diikat dalam tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambil berdiri di atas platform, Dihya tunduk memandang tali leher biru gelap yang sedang diikat dalam tangannya. Tekun sejak tadi sebab tidak terbiasa semasa Zane berdiri di situ bermain dengan rambut panjang miliknya. 

Oleh kerana kekok pertama kali mengikat tali leher, Dihya perlahan dalam pergerakkannya dimana kalau orang lain mungkin akan jengkel sebab pekerjaannya dilakukan lambat. Namun tidak Zane. Lelaki itu sedikit pun tidak complaint.

                     "Saya taknak kamu potong rambut kamu..." beritahu Zane memecah kesunyian antara mereka sejak tadi sambil memintal hujung rambut Dihya dengan jari telunjuknya.

                     "Kenapa? Saya baru aje berniat nak potong rambut sebab rambut saya asyik gugur aje."pandang Dihya sekejap ke wajah Zane sebelum kembali memandang tali leher.

Kenapa Dihya tanya? Mata Zane melirik sepanjang anak rambut yang menutupi sebahagian dahi kening Dihya semasa jarinya menyelak anak rambut itu ke belakang telinga. Sebab rambut ini yang menarik perhatian dia semasa kali pertama mereka bersua muka. Mesti la dia mahu Dihya menjaga rambut ini. Kalau dipotong, rasanya dia mungkin akan sedih.

                     "Sebab saya sukakan rambut kamu."mendatar saja Zane beritahu. Dia bermain lagi dengan rambut itu.

                     "Dekat rambut aje? Dekat tuan badannya tak suka ke? "sakat Dihya seusai mengikat tali leher. Lalu dia tuck in tali leher itu ke dalam vest hitam Zane.

                     Hujung bibir Zane terjungkit kecil. Tak mungkin dia akan lafazkan perkataan itu secara langsung. Lelaki itu memandang Dihya dengan renungan dalam sebelum mengocek poket belakang. "Saya mungkin akan balik lewat.Tak perlu tunggu saya."lalu skrin telefon di sentuh itu dan ini sebelum Zane membaca butiran pesanan yang baru sahaja  masuk.

                     "Baik tuan."sambut Dihya sambil memerhatikan Zane ketika itu. Entah siapa aje yang menghantar pesanan kepada Zane tu? Bukan isteri lelaki tu kan? Terdetik hati Dihya dengan perasaan iri bila memikirkan kalau Zane balik lewat kerana luangkan masa dengan isteri lelaki itu.

Zane telah menerima pesanan dari pengawalnya. Pesanan itu memberitahu bahawa bagasi yang dia suruh untuk bawa ke atas sudahpun berada di hadapan pintu rumah. Sepertinya pelan dia untuk membuat kejutan pada Dihya sudah tiba!

Ketika itu Dihya sudahpun bergerak ke dapur. Meninggalkan Zane berdiri sendirian di hadapan laluan di antara dapur dan ruang tamu di situ.

                     "Dihya?"

                     "Mm." sambut Dihya. Teko dari mesin kopi dicapai lalu isinya dituang ke dalam cangkir mahal Zane.

                     Sambil menyarung blazer ke badan, Zane menghadapkan badan ke arah dapur dimana Dihya sedang berdiri. Dia tenung belakang kepala itu dengan perasaan berdebar. Apa agaknya reaksi Dihya nanti? "Pernah tak kamu terfikir untuk membalas dendam?Maksud saya terhadap ayah kamu?" jantung di dalam tulang rusuk berdegup kuat. Zane begitu gemuruh membayangkan reaksi Dihya nanti

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now