Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pada usia 17 tahun, Zane tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan ayah kandungnya membawa kepada kematian datuk belah ibunya. Lelaki yang amat dia sanjung dan pandang tinggi. Dan orang yang telah membesarkan dirinya sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Namun semua ini musnah setelah datuknya meninggal dunia kerana serangan jantung.
Semua ini gara-gara ayah kandungnya yang tanpa henti menekan datuknya itu agar menyerahkan hak penjagaan kepada ayah kandungnya. Hinggakan ayah kandungnya itu sanggup menggunakan taktik kotor demi menundukkan datuknya itu.
Hanya kerana untuk merampas dirinya, ayahnya telah membuatkan syarikat yang disayangi oleh datuknya muflis dan gulung tikar begitu sahaja. Ekoran terlalu tertekan datuknya diserang sakit jantung sebelum meninggal dunia di hospital tiga hari selepas pengsannya.
Oleh kerana dia tiada sesiapa lagi dan masih dibawah umur, maka ayahnya membawa dia masuk ke dalam Keluarga Samsoong. Dan dari situ Zane mengetahui bahawa tujuan ayahnya mahukan dia adalah perjanjian yang lelaki itu telah buat dengan datuk belah ayahnya itu.
Dimana ayah Zane akan dijanjikan dengan jawatan besar dalam syarikat Samsoong sekiranya Zane di bawa masuk ke dalam keluarga itu. Tuan Samsoong, bapa Encik Hayes begitu mengharapkan Pewaris dari Encik Hayes, sayangnya isteri pilihan Tuan Samsoong untuk Encik Hayes tidak dapat hamil. Maka pilihan terakhir yang ada adalah menjadikan anak dari hasil perkahwinan pertama Encik Hayes, iaitu Zane sebagai Pewaris mereka.
Mengetahui kebenaran itu, Zane bersumpah atas nama datuk dan ibunya yang telah disakiti oleh ayahnya untuk membalas dendam ke atas ayahnya sendiri. Maka sejak itu, Zane sentiasa merampas dan mengambil apa sahaja yang ayahnya inginkan. Dan buatkan Tuan Samsoong sentiasa menyebelahinya. Semenjak itulah permusuhan antara dua beranak itu bermula.
Ekoran kejadian itu, segala jenis skandal yang timbul mengenai dirinya adalah berpunca dari Encik Hayes. Kaki perempuan, suka bertukar silih ganti perempuan, membazirkan wang, kaki minum dan banyak lagi sebenarnya tidak pernah sekalipun Zane lakukannya. Ayah Zane sengaja cipta semua skandal itu untuk memburukkan imej Zane. Dengan harapan datuk Zane itu akan berhenti menyukai Zane. Tetapi pelannya itu tidak berguna kerana Encik Samsoong tetap menyebelahi Zane.
Dan alasan sebenar kenapa Zane sentiasa cuba hendak berkelakuan buruk adalah untuk membuatkan orang lain beranggapan bahawasanya anak lelaki Encik Hayes ini seorang yang tidak berguna. Dengan itu nama Encik Hayes akan ikut tercemar seiring dengan sikap buruk Zane tersebut.
Yang mana berjaya namun ianya meninggalkan kesan negatif pada diri Zane.
HAH!
Dengan kuat Zane menahan nafas tersentak dari lena apabila mimpi ngerinya sekali lagi datang menghantui. Sebaik matanya menyapa suasana gelap bilik itu, dia dapati pipinya sedang bersandar pada permukaan dimana adanya degupan jantung kedengaran padanya. Tangan kanannya pula erat memeluk jasad di bawahnya ketika itu.