Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Zane terdiam. Dia perlahan-lahan mulai menyesal dengan kata-katanya. Dia tahu dia telah melukakan hati Dihya. Namun, kemarahannya masih belum reda. Dia memandang ke arah Eric dengan penuh benci. Kalau pengawal keselamatannya tahu lakukan kerja dengan baik semua ini tidak akan berlaku!
Tanpa berfikir panjang, Zane terus menumbuk muka Eric. Eric terjatuh ke lantai, darah mula mengalir dari hidungnya. Dihya terkejut dengan tindakan Zane. Dia tidak menyangka Zane sanggup melakukan perkara itu. Nafasnya tertahan kuat.
“Tuan Zane! Apa yang Tuan buat ni?” Dihya menjerit. Dia mendapatkan Zane. Cuba menolak lelaki itu menjauh dari Eric.
Zane tidak menghiraukan jeritan Dihya. Dia terus mendekati Eric, ingin memberikan satu lagi tumbukan. Namun, Dihya sempat menghalang.
“Tuan Zane, cukuplah!Eric tak salah. Saya yang salah dalam hal ni!” Dihya menjerit, suaranya penuh dengan nada cemas. Tak memasal orang yang tidak bersalah jadi mangsanya.
Oleh kerana terlalu marah, Zane kemudiannya menampar Dihya sehingga gadis itu terjatuh ke lantai.
"Aku bayar kau untuk layan aku. Bukan lelaki lain! Dah puas sangat hidup kau tu sampai berani pertahankan lelaki lain depan aku!" marah Zane.
Sambil memegang pipinya yang sakit Dihya menggeleng. "Tak tuan. Saya tak layan sesiapa selain tuan. Kami betul-betul tak lakukan apa-apa. Saya cuma perlukan bantuan Eric untuk pastikan hidangan yang saya sediakan untuk tuan, selamat untuk tuan makan atau tak. Itu aje." Apa yang dah merasuk Zane ni! Lelaki ni dah hilang akal ke sampai tiba-tiba aje nak pukul orang?
Eric yang sudah teruk dibelasah oleh Zane masih meringkuk di atas lantai. Dia terlalu fokus pada hidungnya yang kemungkinan besar telah patah.
"Kamu tak perlu lakukan semua tu Dihya!Lagipun kenapa kamu beri makanan yang kamu masak pada lelaki lain dulu bukan saya?Kamu ingat saya ni apa, tempat kamu buang sisa macam tu?"bentak Zane keberangan.
"Saya tak bermaksud macam tu-"
"Kalau begitu beritahu saya, kenapa!"
Dihya tidak dapat memberikan penjelasan kerana begitu takut. Dia terlalu takut hendak mendedahkan hal sebenar pada Zane yang dia sebenarnya hilang kemampuan untuk merasa. Kerana itu dia perlukan Eric memastikan masakannya cukup rasa dan sesuai untuk dimakan oleh Zane nanti. Tapi Dihya tidak menyangka semua itu membuatkan Zane mengamuk.
Dirinya ini sudah banyak kekurangannya. Miskin. Latar belakang keluarga juga tidak baik. Tiada apa-apa yang dia miliki selain hutang. Dia juga sedar siapa dirinya. Kerana itu dia enggan membuatkan Zane semakin memandang rendah terhadap dirinya lebih lagi sekiranya mengetahui kekurangan diri dia yang satu ini.