Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Flashbacks
"Hai Zane, kenalkan nama mama adalah Katrina Louis. Mama adalah isteri ayah kamu..." senyum wanita berambut pendek di hadapannya dengan senyuman di bibir. "Selamat datang ke rumah kami."
Dengan renungan dingin, Zane mengerling ke sekitar ruang tamu rumah mewah itu. Tiada satupun yang membuatkan dia teruja sebaik berada di situ. Perasaannya masih terluka dengan kenyataan bahawa mulai detik itu tiada lagi kehangatan sama yang dia rasai semasa tinggal bersama datuknya.
Yang tersisa dalam perasaannya adalah kecewa dan patah hati.
"Mulai hari ini kamu akan tinggal bersama kami. Sebagai satu family."Puan Katrina beritahu dengan senyuman lebar di bibir. Wanita itu amat mengalu-alukan kehadiran ZANE walaupun lelaki itu bukan anak kandungnya. Kerana dia tidak dapat melahirkan anak, tiada apa-apa yang dapat dia lakukan selain menerima seadanya anak kepada perkahwinan pertama suaminya itu.
Itu yang mereka kata kepada Zane. Sebuah keluarga. Namun tidak lama dia berada di dalam keluarga itu, Zane hanya di hantui dengan realiti yang membuatkan dia trauma seumur hidupnya.
"Ini adalah anak lelaki saya. Disebabkan dia belajar di luar negara. Tidak ramai yang tahu akan kewujudannya."Tuan Hayes memberitahu kepada rakan-rakan perniagaannya di situ. Mereka adalah ahli perniagaan yang dijemput hadir untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran Zane yang ke 19 tahun.
"Sudah dewasa bukan? Kacak orangnya. Pasti akan beri banyak benefit pada keluarga Samsoong."
"Kamu seusia dengan anak perempuan saya, mahu berkawan dengan dia Zane? Kamu juga seorang anak muda yang kacak!"
"Dah mula rekrut bakal menantu ke Robert?"
"Yalah. Apa gunanya anak tu kalau dilahirkan tapi tak boleh dimanfaatkan?" ujar Tuan Hayes dengan gelak tawanya.
Rahang Zane berketik mendengar ucapan orang dewasa dihadapannya ketika itu. Dalam diam dia mengepal penumbuk menahan perasaannya. Ayahnya hanya menggunakan dirinya sebagai trofi beliau. Memperagakan dirinya seperti barang perhiasan lelaki itu.
Dia hanya dibawa ke dalam keluarga ini hanya terpaksa. Kalau tidak ayahnya mungkin tidak akan peduli dengan kewujudannya. Sekiranya ayahnya ini sanggup meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung demi mengejar kerjaya dan kesenangan, ini kan lagi mempergunakan anak sendiri seperti objek.
Semenjak itu Zane nekad untuk tidak beri sebarang komitmen pada hubungan emosi apatah lagi mengharap pada sesiapa untuk menyayanginya dirinya. Bagi Zane kasih sayang dan cinta itu hanya la perasaan yang mudah dipergunakan.
"Saya sukakan awak Senior Zane. Saya harap senior boleh terima perasaan suka saya."
Sambil memandang bosan akan pelajar perempuan yang dikenali sebagai Evelina itu. Seorang penuntut dari Jurusan yang sama dengannya di Universiti ini. Mereka sering kali bertembung semasa aktiviti MT tapi Zane tidak berinteraksi dengannya sangat. Jadi hairan pulak bila tiba-tiba aje gadis itu confess kepadanya. "Beritahu aku, berapa banyak yang ayah aku bayar kau untuk ucap semua tu?"