Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jam di dinding sudah masuk 10 malam semasa Dihya baring di sofa menonton televisyen. Selimut yang dibawa keluar dari bilik tidur menutup sebahagian kakinya. Dua buah bantal berada di belakang kepala. Sejak habis makan malam tadi dia sudah bertapak di situ.
Sekali lagi Dihya menguap. Air mata mengantuk turun dari tepi mata. Disebabkan dia tidak tidur seharian semalam, matanya yang berat ini sudah merayu hendak ditutup tirainya.
Namun Dihya memaksa dirinya untuk terus berjaga. Sebab siapa dia begini? Ya kerana tuan kesayangan dia la. Siapa lagi. Ikutkan hati memang sudah terbaring kejung tidak sedarkan diri dia sejak sejam yang lepas atas katil mahalnya tu.
Siaran langsung drama CSI bermain di skrin televisyen gergasi langsung tidak dapat menghilangkan rasa mengantuknya. Malah makin berat matanya terasa hendak terkatup.
Dengan malas Dihya bangun dari perbaringan. Mata terarah pada pintu masuk. Berapa lama Zane nak suruh dia tunggu ni? Gerutunya di dalam hati sudah mahu melontar tantrum. Kalau dah sibuk sangat tak boleh ke Zane call atau maklumkan pada dia jam berapa lelaki tu akan pulang?
"Hisy!"peduli la situ. Zane nak balik ke nak apa ke terpulang. Dihya terus menumbangkan badan semula ke sofa marah-marah. Dia sudah tidak tahan lagi untuk menunggu Zane pulang. Pandai-pandai la kejutkan dia nanti kalau balik ke apa. Selimutnya dipeluk rapat ke dada semasa Dihya baring mengiring membelakangkan televisyen.
Tidak sampai 10 saat selepas itu Dihya memejamkan mata, dia sudahpun terlena. Membuatkan keadaan ruang tamu itu sepi, suara sayup yang kedengaran dari siaran tv langsung tidak mengisi suasana suram ruangan itu.
Flashbacks
"DIHYA, TOLONG ayah ya. Ayah tak tahu nak mintak tolong dekat siapa lagi ni..." Encik David merayu pada anak gadis berusia 17 tahunnya itu.
"Berapa banyak yang ayah dah berhutang kali ni?" kening Dihya mencerlung marah. Tangannya mengepal erat genggaman.
"Tak banyak mana pun. Cuma 2k aje."
"Apa?2k? Ayah... Rumah kita ni pun tak sampai harga tu. Dari mana ayah nak Dihya cari duit?"
"Kamu jadi la host girl ke apa. Dengan muka kamu macam ni sesiapa akan sanggup bayar lebih dari 2k untuk satu malam."
Dihya tercengang. Dia tenung wajah tidak terurus Encik David dengan perasaan jijik dan tidak sukanya. Tidak ibunya. Tidak ayahnya. Sikit pun tidak menyenangkan hati dia. Memangnya dalam kepala mereka ni cuma hutang dan dadah aje ke?
"Taknak. Ayah tau tak apa budak-budak dekat sekolah cakap pasal Dihya? Mereka semua panggil Dihya pelacur sebab dia orang tahu Dihya kerja dekat kelab sebagai host!?" Ayahnya tidak tahu betapa menakutkan pekerjaan itu. Sudah lah dia di bawah umur, kalau dia tak tahu macam mana nak jaga diri, dengan mudah dirinya di ambil kesempatan. Dan orang tuanya ini dengan mudah demand supaya dia bayarkan hutang lelaki ni!