Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
DING!
Lif terbuka. Sarah berjalan keluar dari situ sambil menekap telefon di telinga. Sambil itu juga dia berjalan menerusi koridor tingkat paling atas bangunan apartment mewah itu.
Dan apabila dia menghampiri sebuah pintu, kehadirannya di sambut dengan dua orang lelaki berpakaian sut. Dua orang yang dikenali sebagai pengawal keselamatan itu turut menoleh ke arah Sarah setelah menyedari kehadirannya di situ.
Dengan lagak riak dan berlagaknya, Sarah menanggalkan shade hitam dari wajahnya berdiri di hadapan dua orang pengawal tersebut.
"Dah apahal pulak ni? Sejak bila Zane ada pengawal berkawal depan pintu rumah dia?" bebel Sarah melirik kedua-dua orang pengawal itu dari atas ke bawah.
Easton dan Ryan melirik akan wanita yang berpakaian mewah lagikan kelihatan bratty itu dengan renungan tertanya-tanya. Pandang sahaja mereka boleh mengagak apa yang mereka bakal hadap sebentar lagi.
"Boleh beritahu siapa cik ni?"
Dengan riak terasanya, Sarah memegang dada ternganga kerana tergamam. "Hei, seriously you all tak kenal siapa I ni?" dramanya di situ.
Easton sedaya upaya untuk tidak membuat muka tatkala melihat Sarah ketika itu. Dia beranggapan mungkin wanita muda di hadapannya ini seorang daripada skandal tuannya.
"Tidak cik. Sebolehnya cik kenalkan diri supaya kami dapat pastikan identiti cik sebelum masuk ke kediaman ini."tegas Easton dengan profesional.
Sarah berdengus dengan dramatik, tangannya bersilang di dada sebelum menilik akan dua orang pengawal itu dengan sinis. "Aku adalah orang yang boleh buatkan kau orang berdua di pecat. Jadi sebelum aku susahkan hidup kau orang yang sedia susah ni, makin susah baik kau bagi aku jumpa Zane!"
Ryan yang sejak tadi mendiamkan diri melirik Sarah dari atas ke bawah dengan renungan judging. Sepertinya gadis ini bukan perempuan simpanan Zane melihatkan gaya berlagaknya. Biasanya kalau berkelakuan menjengkelkan seperti ini adalah perangai anak orang kaya terlebih perhatian. Itu yang terdetik dalam hati Ryan memerhatikan lagak Sarah.
"Ke tepi. Aku nak jumpa Zane!"Sarah bergerak maju ke pintu, tetapi Ryan bergerak ke tepi. Menghadang pintu itu dari didekati Sarah.
"Apa yang kau cuba buat ni hah? Berani betul halang aku? Selama ni tak ada pulak Zane suruh pengawal jaga pintu macam ni." bebelnya terasa dengan dengan layanan hostile mereka. Memangnya mereka jaga apa dekat dalam apartmen ni?
"Tuan Zane tidak berada di rumah sekarang."beritahu Ryan dengan nada mendatar dan renungan dingin pada Sarah di hadapannya ketika itu. Cantik tetapi perangai tak sepadan dengan rupa parasnya itu. "Sekiranya cik hendak berjumpa tuan dalam kadar segera, saya sarankan cik hubungi Tuan Zane secara langsung."