26 | Post Effect

1.1K 60 4
                                        

                     "SAYA TAK DAPAT balas perasaan kamu apatah lagi menerima kamu sebagai pasangan saya Dihya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"SAYA TAK DAPAT balas perasaan kamu apatah lagi menerima kamu sebagai pasangan saya Dihya. Dan saya harap kamu faham tentang hal tu." nada dingin mendatar Zane itu kedengaran tajam.

"Saya faham tuan."angguk Dihya perlahan di sofa itu.

Sejurus mereka selesai makan malam, Zane minta untuk menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka itu. Bagi memudahkan urusannya. Kerana Zane tidak suka menghadap hal yang remeh hingga ianya menjadi sukar untuk ditangani.

"Hapuskan saja perasaan suka kamu terhadap saya. Berhenti berharap. Sebab ianya hanya akan menyakiti kamu."lagipun dia tidak bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya sekarang ini. Zayden merenung riak mendung di wajah Dihya. Hatinya dipagut dengan perasaan asing yang sama sekali lagi. Dia benar-benar tidak suka dengan apa yang sedang di rasai sekarang ini.

Dihya membaca riak wajah Zane sewaktu lelaki itu beritahu. Kening itu mencerlung. Raut wajah pula kelihatan seakan lelaki itu sedang bergelut akan sesuatu. Sedangkan yang ditolak itu, perasaan dia, bukan Zane. Tapi kenapa Zane pula yang beriaksi seperti lelaki itu yang ditolak perasaannya. "Jadi saya tak dihalau la ni?"

Zane menjeling ke arah Dihya. Rahang lelaki itu berketik.

"Kamu nak sangat keluar dari sini ke?"

Dihya berdengus kecil. Dia berasa lucu dengan reaksi Zane itu. Tadi nampak macam orang sedang frust sekarang nampak seperti mahu merajuk pula. "Kalau saya tak dihalau tak apa la. Kalau saya dihalau terpaksa la saya mula cari kerja untuk bayar semula hutang saya pada tuan tu."

Zane pandang Dihya yang kelihatan bersahaja itu. Bolehnya gadis itu berlagak seakan tiada apa-apa berlaku sedangkan dia baru sahaja menyuruh gadis itu melupakan perasaan sukanya terhadap dia. Takkan hanya dia sahaja yang berasa serba salah di sini!?








BUNYI DENTINGAN loceng rumah menyentak lamunnya. Dihya pantas mengatur langkah ke arah pintu. Dan bila dia buka pengawal keselamatan sedang berdiri di situ dengan set meal dia.

"Awalnya sampai?" Dihya menjungkit kening terkejut. Biasanya makanan dia akan diberikan pada waktu tengah hari dan makan malam sahaja. Tak pernah pula datang seawal pagi begini.

"Tuan Kyren maklumkan pada saya tadi bahawa Tuan Zane akan balik awal untuk makan malam. Jadi set meal makan malam takkan dihantar memandangkan Cik Dihya akan masak sendiri. Untuk pastikan Cik Dihya makan dua set meal sehari, Tuan Zane arahkan untuk pastikan cik makan sarapan pada hari ini." jelas Easton satu persatu seakan berhati-hati menyampaikan maklumat itu.

Dihya tersenyum tanpa sedar. Kadangkala dia berasa lucu dengan sikap misteri Zane ini. Sebentar tadi lelaki itu berkelakuan seakan enggan makan malam bersama. Sesaat kemudian beritahu akan makan malam bersama.

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang