23 | Kata Tak Serupa Bikin

1.1K 66 4
                                        

Liur gugup ditelan kesat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Liur gugup ditelan kesat. Dihya di situ kejung berdiri sambil mencengkam kuat dulang dalam tangan ketika itu. Hampir hendak gugur jantung dari tangkai tatkala melihat Zane berdiri situ. Lelaki ni lama-lama boleh buat hayat dia semakin pendek!

Zane tidak dengar bukan, apa yang dia bualkan pada guard tadi?Dia tidak boleh biarkan Zane tahu mengenai keadaan sebenarnya.

                    Bila mata Dihya turun ke badan Zane yang dibalut dengan t-shirt miliknya, dia dapat melihat otot kekar yang menonjol di balik kain putih itu. Seluar pijama tidur miliknya kelihatan senteng dikaki panjang Zane. Walaupun begitu ketampanan Zane tetap terserlah. Buatkan gugupnya berkurangan sedikit."Tuan dah lama bangun ke?" dia cuba berbasa basi sewaktu mengatur langkah ke arah Zane.

Masih dengan riak grumpy dan kening mencerlung, Zane perhatikan setiap gerak geri Dihya tanpa berkedip. Dia masih tidak berpuas hati kerana Dihya tidak memberi jawapan pada pertanyaannya tadi. Kenapa gadis ini tidak reti untuk duduk diam dalam satu masa tidak ke mana-mana!? Kenapa mesti jugak sibuk nak lakukan itu dan ini?

                     "Apa yang kamu lakukan bersama bodyguard saya tadi, Dihya?" mata Zane bergerak turun ke dulang yang di tatang Dihya tadi. Takkan la Dihya beri bodyguard dia minum!?

                    "Saya minta mereka test rasa. Disebabkan saya tak pasti bagaimana tuan nikmati minum pagi tuan, bodyguard tuan adalah antara orang yang mengenal tuan lebih baik dari saya. Jadi saya berikan mereka rasa air yang saya buat sebelum hidangkannya kepada tuan."dalih Dihya kelihatan meyakinkan.

Zane membuat muka.

                     "Berapa kali saya beritahu, kamu tak perlu lakukan semua tu!"

Dihya mengetap bibir sebelum tunduk memandang ke bawah. Dia tak tahu pulak begini reaksi Zane. Dia fikirkan tadi, mahu menyediakan sarapan untuk Zane sebelum lelaki itu bangun. Dengan harapan dapat ceriakan hari Zane pada hujung minggu ini memandangkan Zane sudah sibuk sepanjang beberapa hari ni.

                     "I didn't bring you here to be my maid Dihya."

                     "Maafkan saya tuan."

Pabila ucapan itu sampai ke telinga Zane, kerutan di kening itu serta merta mengendur. Nada Dihya itu kedengaran lirih padanya. Kenapa dia berasa begini sedangkan selama ini layanan dia pada mana-mana wanita memang sedia kasar dan kurang ajar. Tak pernah sekali dia peduli apa yang mereka rasakan setelah dia berbuat begitu. Tapi kenapa apabila orang itu adalah Dihya, hatinya  berasa tidak enak seperti ini?

                     Dengan perlahan, Zane berdehem sebelum berkata. "Kamu yang tukar pakaian saya?"dia tidak berapa ingat apa yang berlaku malam tadi. Selepas upacara majlis pelantikan itu berakhir dia terus bergerak pulang ke rumah. Apa yang berlaku kemudiannya dia langsung tidak tahu. Apa dia tahu, bangun-bangun aje dia sudah berada dalam bilik Dihya.

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang