Bab 16

118 4 0
                                    

Aku menunggu ketibaan kakak di kafe. Dia berjanji nak ambil Hayla pulang bersama dengan dia. Aku masih menunggu dengan penuh kesabaran. Sekiranya aku tak ada urusan di luar, aku tak kisah nak teman Hayla sepanjang hari. Tetapi bukan hari ini.

Aku ada temu janji dengan Min Jun yang datang berkunjung ke Malaysia. Kenapa dia tak bagitahu nak jumpa aku tempoh hari ketika aku berada di Korea. Sekarang satu hal aku kena menjemput dia di airport.

Nak salahkan Min Jun pun tak boleh jua, aku yang datang secara tiba-tiba di Republik Korea kerana sesi fansign NCT 127. Datang ke sana secara tiba-tiba tanpa diketahui sesiapa. Pulang pun tanpa pengetahuan. Hanya Asyraf yang menemani aku ketika di airport semalam. Itu pun kerana dia yang sibuk menawarkan khidmat bantuan dia. Aku serba salah kerana Asyraf terpaksa menunggu aku lebih daripada 4 jam di luar auditorium sebelum dia bawa aku ke airport untuk balik Malaysia.

Terimbas kembali peristiwa semalam di Lapangan Antarabangsa Incheon, Jackson menghubungiku untuk mengetahui keberadaan aku. Khabarnya Min Jun ada di kafe setelah tahu aku berada di Korea namun akibat jadual penerbangan ke Malaysia yang kurang daripada sejam menyebabkan Min Jun tak sempat bertemu dengan aku di sana.

Tujuan dia datang ke Malaysia untuk berbincang berkenaan rombongan staf Kim Hotel yang bakal mengadakan lawatan bercuti di Sabah. Min Jun meminta pertolongan aku membantu dia menguruskan percutian mereka pada hujung minggu ini. Rombongan mereka akan tiba ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada hari Sabtu ini. Min Jun datang ke Malaysia awal dua hari meninggalkan staf dia yang bakal tiba kemudian memandangkan dia nak meminta pertolongan aku menjadi jurubahasa mereka sepanjang percutian mereka.

Aku leka melihat Hayla yang bermain dengan staf kafe aku, Aleesya dan Liyana. Mereka gemar melayan karenah kanak-kanak. Sikap Hayla yang mudah didekati sangat disenangi oleh staf aku. Hayla kerap datang ke sini memandangkan kakak aku sering menyuruh aku menjaga Hayla untuk dia. Kakak aku sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua dia. Walaupun dah sarat, tetapi dia sibuk dengan urusan Restoran Al'Nur. Mama dengan aku dah berbuih mulut menasihati dia supaya jangan terlampau bekerja keras. Nanti terberanak masa tengah kerja kami juga yang susah. Abang Fikri pula tiada di Malaysia, dia membawa pesawat penerbangan ke Amerika Syarikat. Sudah menjadi kebiasaan untuk kakak pulang ke rumah mama apabila suaminya ke luar negara. Lumrah hidup seorang isteri pilot. Dia kata sunyi sekiranya dia di rumah seorang tanpa suami di sisi. Padahal jarak rumah dia selang dua garis sahaja dari rumah mama. Biasalah drama lebih sedikit kakakku ini.

Hampir genap seminggu daripada hari aku berjanji dengan mama untuk memberi kata putus akan pinangan Aary. Sepanjang seminggu aku tak putus melakukan solat istikharah di malam hari selepas melaksanakan solat tahajjud. Memohon petunjuk Allah supaya dilapangkan dada membuat keputusan. Pada kali ini, jiwa aku merasai ketenangan yang aku cari. Mungkin ini jawapan yang aku perlukan.

Aku teringat perbualan aku dengan mama malam semalam. Aku masih berfikir kata-kata aku semalam. Tindakan yang aku buat betul kah? Semoga aku berada di jalan yang kebenaran.

"Mama, kalau Dahlia pilih untuk tak nak kahwin seumur hidup boleh tak?"

"Kalau itu keputusan Dahlia, mama tak boleh nak kata apa. Nanti mama bagitahu Uncle Syed ye," nada suara mama berubah perlahan. Kecewa akan keputusan yang aku beri.

"Ish, mama ni suka bertindak melulu. Dahlia tanya je boleh tak 'kalau' Dahlia tak nak kahwin," aku hanya bertanya pendapat mama. Bukan itu jawapan yang aku nak berikan kepada mama. Aku cuma nak mengetahui pendapat mama sekiranya aku memilih untuk mengekalkan status bujang sampai bila-bila.

"Pendapat mama? Hm, kalau pandangan mama, kenalah kahwin. Cepat atau lambat. Bergantung kepada jodoh. Kalau, dah sampai seru itu kahwinlah. Kalau tak kahwin nanti siapa nak jaga Dahlia. Dahlia kena tahu, mama tak boleh teman Dahlia selamanya. Nanti kalau suatu hari mama pergi ikut abah, Dahlia macam mana? Mama tak nak Dahlia seorang diri. Kakak macam mana pun ada suami dia yang jaga. Dahlia? Kalau Dahlia sakit, siapa nak jaga kalau mama tiada. Mama bersyukur sangat Dahlia ada menemani mama. Tapi Dahlia siapa nak teman. Sekurangnya kalau Dahlia kahwin, Dahlia ada suami dengan anak yang akan menemani Dahlia selepas mama tiada." Mama berkata seraya mengusap lembut bahu kanan aku.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now