Bab 3

327 9 0
                                    

Seawal enam pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kakak aku. Baru aku sedar aku tertidur di atas sejadah setelah semalaman puas menangis.

Ikon hijau aku tolak ke kanan untuk  mengangkat jeritan telefon aku.

“Adik, datang Hospital Shah Alam sekarang!Akak, abang Fikri dengan mama tunggu dekat sini. Bawa kereta hati-hati,” tegas kak Fatinah bersuara.

Terus mengantuk aku hilang. Masih berfikir apa yang sedang berlaku namun tangan tangkas bertindak menanggalkan telekung menggantikan dengan tudung sarung yang tergantung di belakang pintu. Aku main capai saja apa yang ada sekarang. Kecemasan. Aku tak pasti kecemasan apa.  Tapi aku perlu cepat.  Tak boleh berlenggang kangkung.  

Sesuatu terjadi kepada abah ke? Kenapa mereka di hospital seawal pagi ini. Bukan semalam semasa aku pulang rumah semua baik sahaja.  Mengapa tiba tiba pagi ini di hospital pula. Aku beristighfar sambil meneruskan pemanduan. Berdoa supaya semua baik-baik sahaja.  Walaupun firasat aku mengatakan sebaliknya.

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Shah Alam daripada jauh aku sudah nampak kelibat kakak, abang Fikri dengan mama. Raut wajah mereka sukar aku ramalkan. 

Langkah kaki dilajukan. Menuju ke arah mama dan kakak. Tangan mereka aku salam. Kakak dengan tiba-tiba menarik lengan aku merapatkan diriku dengan dia. 

“Adik, abah. Adik”

“Abah, adik. Abah-”

“Abah dah tinggalkan kita. ” Kakak menyambung kata yang daripada tadi tersekat-sekat.

“Abah dah tinggalkan kita, adik.”
Lutut aku terasa lemah. Aku tak mampu berdiri dengan teguh lagi. Dunia aku terasa berpusing dan gelap. Aku tatap wajah mama yang turut memandang wajah aku. Wajah mama jelas mengiyakan kebenaran berita yang disampaikan kakak.

Kakak memeluk tubuh aku yang lemah di lantai itu. Kami berpelukan. Air mata kami mengalir tanpa dipinta. Abang Fikri aku lihat cuba menenangkan mama memandang kepada kakakku yang sedang berpelukan dengan aku.
Air mata aku yang sudah kering malam tadi kembali mencurah keluar. Semalam baru sahaja aku kata tak mahu menangis lagi tetapi awal pagi ini aku menangis namun atas alasan yang berbeza.

Aku bermimpi ini. Tolong bangun Dahlia. Cepatlah bangun daripada mimpi buruk ini.
Ya Allah, sedarkan aku daripada mimpi yang mengarut ini. Aku masih menidakkan kebenaran khabar ini. Semalam baru saja aku bergelak tawa dengan abah. Abah baru saja menasihati aku akan kehidupan, menyuruh aku terus mengejar impian. Terus melangkah maju ke hadapan. Dia telah berjanji bakal sentiasa ada dengan aku. Berjanji bakal sokong aku dengan setiap perbuatan aku. Berjanji untuk menjadi sumber kekuatan aku untuk berdikari menjadi perempuan yang mandiri menepikan persepsi masyarakat yang selalu serong terhadap wanita yang berkerjaya. Semalam tangan abah baru sahaja aku salam penuh kasih.

Tangan aku laju dilayangkan ke muka tak cukup dengan itu, aku cubit kedua belah pipi gebu aku.

AUCH. Jerit aku kesakitan. Sakit. Maksudnya ini bukan mimpi tetapi realiti. Realiti yang amat pahit untuk diterima. 

Urusan pengebumian jenazah abah  berjalan lancar dengan bantuan abang Fikri, sahabat abah serta ahli jawatankuasa masjid. Selepas solat zuhur,  jasad abah sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Al-Amin berdekatan dengan taman perumahan kami.

Segalanya berlalu dengan pantas, aku hanya mampu menangis tidak tahu apa yang perlu dibuat. Otak tidak mampu berfikir tindakan yang sewajarnya dilakukan. Aku seperti hilang tujuan hidup.  Mama aku lihat dia tak  menangis beria seperti aku dengan kakak namun
mama hanya mendiamkan diri sejak pagi. Panjang lebar orang bercakap mama hanya menjawab sepatah kata.  

Amylea yang mengetahui berita kepergian abah aku bergegas datang ke rumah untuk memberikan sokongan kepada aku dibatalkan niat untuk pulang ke Kuantan hari ini. Sekarang memang aku perlukan seorang menemani aku. Aku rasa singkat sungguh masa yang aku luangkan bersama abah. Bagaimana aku nak harungi semua ini. Kalau mama dengan kakak boleh,  aku perlu kuat juga.

Malam ini majlis tahlil bakal diadakan. Semua urusan majlis tahlil malam ini diuruskan oleh jiran tetangga yang rajin tulang membantu kami sekeluarga. Aku sangat berterima kasih kepada mereka. Walaupun jarang bertemu kerana sibuk dengan aktiviti seharian masing masing namun sekiranya berlaku sesuatu musibah bantuan pantas dihulurkan.  Aku rasa otak aku sudah tidak berfungsi dengan baik. Maklumlah aku menangis sejak semalam hingga ke petang hari. Kepala sakit tak tertanggung aku abaikan. Kesedihan mengatasi kesakitan. 

Mata sembab merah tidak perlu diungkap. Kegagalan otak aku berfungsi dengan baik menyebabkan aku membuat keputusan gila menghantar mesej kepada Min Jun perihal kepergian abah.  Bodoh kau Dahlia. Semalam menangis nak lupakan dia sekarang cari dia balik.

Aku membuat keputusan drastik mesej Min Jun selepas aku buntu tidak tahu berbuat apa ketika menanti keputusan post-mortem pagi tadi. Semasa orang sibuk menguruskan hal pengurusan jenazah. Mungkin aku fikir dengan memberitahu Min Jun, hati mampu bertenang sedikit walaupun  aku  tahu  takkan ada balasan  daripada dia. Mesej yang aku hantar sepi menanti jawapan. Namun sehingga kini sudah malam hari. Satu mesej balasan daripada Min Jun tidak masuk. Dia hilang begitu sahaja. Tanpa ucapan ‘selamat tinggal’ atau kata keramat ‘kita putus’. Gantung aku tak bertali. Mungkin dia sudah bagi kata putus akan hubungan kami, aku saja yang tak mengerti kut.

“I hope you are doing fine there.”

Ini kata putus ke? Dia buang aku sekarang. Tak mengapa tapi nanti suatu hari nanti jangan cari aku lagi. Hati aku mati untuk kau.
 


Dia Milikku.Where stories live. Discover now