Alhamdulillah majlis pertunangan aku berjalan lancar. Aku masih berbual-bual kosong dengan mama serta Datin Afifah dengan umi Asy, Puan Khadijah. Walaupun umi dengan uncle Syed sudah berpisah, mereka masih berkawan. Seperti tiada perselisihan faham antara mereka. Umi mampu berborak dengan isteri uncle Syed. Tanpa bermasam muka. Berbual hal wanita. Umi kata esok nak bawa aku singgah ke butik kawan baiknya. Membuat persiapan awal untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tiga bulan daripada sekarang. Cepat sungguh. Aku yang risau bila mendengar tempoh pertunangan kami yang singkat ini.
Aku sedikit pelik apabila aku tak nampak kelibat adik beradik Asy. Umi kata Asy ada dua orang adik kandung lelaki. Aku hanya nampak adik tiri Asy yang mengikut Datin Afifah sepanjang majlis pertunangan ini. Mustahil tak ikut. Abang mereka sahaja yang tak ikut sebab umi kata Asy ada mesyuarat yang tak dapat dielakkan hari ini.
Aku sudah berjalan meninggalkan kumpulan wanita yang mesra berbual mencari kawan baik aku, Amylea. Daripada jauh aku nampak Amylea sedang leka memerhati bakal mak mertua aku yang berborak dengan mama.
"Hoi, kau buat apa? Usyar bakal mak mertua aku."
"Kau ni terkejut aku. Tak, aku tengok muka umi tunang kau tu macam aku kenal lah." Amylea berkata. Dia masih memerhati wajah umi. Cuba mengingat dimana dia pernah lihat.
"Kau ni semua kau kenal. Entah pekerja petrol pam depan taman aku pun kau kenal." Masak sungguh aku dengan sahabat karibku.
"Tak, kali ini betul aku kenal. Muka umi tunang kau ni sebijik macam muka... macam muka umi Asyraf! Haa, macam muka umi Asyraf Aaryan." Amylea meneka.
Aku terkejut dengar kata Amylea. Biar betul kawan aku ini. Tak mungkin itu umi Asyraf.
"Kau ni biar betul. Pelanduk dua serupa kut. Takkan lah umi Asyraf. Adik-adik Asyraf aku tak nampak pun bayang mereka. Mustahil mereka tak datang kalau abang mereka tunang. Kau salah orang kut." Aku masih membangkang hujah Amylea.
"Dahlia, aku ni peminat Asyraf Aaryan. Takkan aku tak kenal umi Asyraf. Sumpah sama beb. Buat apa aku tipu kau. Maksudnya kau tunang dengan Asyraf. By the way, nama tunang kau apa?"
Bukan aku tak nak jawab soalan Amylea. Tapi aku sendiri tak tahu nama penuh tunang aku sendiri.
"Entah, mana aku tahu nama dia. Syed apa tah pastu belakang dia Al Aaryan." kepalaku yang tak gatal aku garu. Cuba tutup kesalahan aku.
"Ya Allah, Dahlia. Kau nak kahwin tiga bulan lagi tahu bukan tiga tahun lagi. Tunang sendiri pun kau tak tahu nama. Firasat aku kuat mengatakan tunang kau Asyraf. Aku berani kerat jari lah kalau dia bukan Asyraf. Nama Asyraf pun ada Syed ye untuk pengetahuan kau. Muhammad Syed Asyraf Al-Aaryan Bin Syed Mokhtar Al-Aaryan." Amylea menyakinkan aku bahawa Ary dengan Asyraf adalah orang yang sama.
Aku patut sujud syukur ke sekarang. Orang yang aku harapkan akhirnya menjadi tunangku. Atau aku patut marah. Bazir air mata aku je semalam. Menangis ingat aku akan kahwin dengan orang lain. Rupanya orang yang sama.
Tunggu lah Asyraf hari ini kau mainkan perasaanku. Esok aku balas balik. Ish geram jika difikirkan perbuatan Asyraf merahsiakan perkara ini. Aku perlukan penjelasan Asyraf nanti.
"Kejap, Amylea aku nak pergi sana. Macam nampak seseorang yang aku kenal."
"OMG, tu adik Asyraf kan. Si Amirul itu. Apa dia buat kat pagar rumah kau tu beb. Mengintip?" Amylea merenung bahagian pagar rumahku sama seperti aku sekarang.
Tunggu nasib kau Amirul, tahulah aku ajar kau. Amylea hanya menghantar pemergian aku dengan ekoran mata. Dia tak nak masuk campur hal aku ini.
"Ehem, dah lama buat kerja macam ni?"
"Eh, kak Dahlia buat apa sini?" Amirul menoleh. Kamera masih berada dalam pegangan dia.
"Siapa kakak kamu?" aku sudah mencekak pinggang. Seperti seorang mak memarahi anak yang keluar rumah senyap-senyap.
"Err, aaaa... maaf kak Dahlia, Mirul ikut arahan abang Asy je." Amirul takut-takut menerangkan kepadaku. Abang dia meminta pertolongan dia mengambil gambar aku sepanjang majlis ini. Amirul hanya menjalankan tugasnya.
"Oh, tolong abang. Kenapa? Dia tak ada tangan nak ambil gambar sendiri? Jangan kata tangan, kaki pun tak ada ke. Tunang tapi tak datang." Geram. Aku geram dengan Asyraf sekarang.
Amirul serba salah apabila aku mengetahui kebenaran yang Asyraf tunang aku. Aku ada bagitahu dia bahawa aku nak batalkan pertunangan. Sengaja mahu melihat reaksi adik Asyraf yang cepat gelabah ini. Aku tak suka sikap Asyraf yang main sorok-sorok dengan aku sekarang. Boleh je dia jujur kepadaku. Kenapa pilih rahsiakan.
"Alooh, kak Dahlia janganlah tolak. Kesian abang saya itu, jadi annatu dia nanti."
"Huh? Annatu?"
"Anak teruna tua."
Terhibur aku dengan Amirul. Sempat dia mengata abang dia. Betulkah kalau aku tak kahwin dengan abangnya, Asyraf akan jadi anak teruna tua? Tak nak kahwin ke dia.
Amirul bagitahu abangnya seorang yang setia. Puji melambung abang dia yang satu ini. 'Abang Asy sayang kak Dahlia.' Itulah ayat yang sering Amirul bagitahu aku. Berpuluh kali. Amirul berusaha memastikan aku tak tolak abangnya lagi.
"Tak apalah, kalau Asyraf boleh buat surprise macam ni. Kak Dahlia pun boleh lah, Amirul. Tunggulah nasib abang kamu itu."
Muka Amirul sudah bertukar pucat lesi. Bimbang dengan kata-kata aku. Mungkin dia bimbang dengan nasib dirinya kerana perbuatan dia terbongkar olehku."Jangan risau, kak Dahlia tak bagitahu abang kamu yang kak Dahlia tahu daripada kamu. Dan memang kak Dahlia dah tahu bukan sebab kamu." Memang aku tahu Asyraf tunang aku bukan daripada Amirul. Amirul cuma menjadi bukti kukuh. Membuktikan kesahihan siapa tunang aku adalah Asyraf .
"Alhamdulillah, ini buat Amirul sayang kak Dahlia." Amirul tersenyum kepadaku.
Nasib kau baik Amirul. Aku memang dah serasi berkawan dengan Amirul sejak pertama kali berjumpa di Makkah dulu sehingga sekarang. Amirul ini aku anggap seperti adik aku sendiri. Comel gelagat dia. Jangan salah faham, Amirul berusia dua puluh tiga tahun namun gelagat dia seperti kanak-kanak tiga tahun. Macam Hayla punya perangai.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...