Bab 23

174 7 0
                                    

Rombongan Ary tiba seperti yang dijanjikan. Hanya ahli keluarga Ary yang datang membawa rombongan pertunangan. Ary tak datang.

Dulang hantaran tunang bertukar tangan. Aku menerima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Pihak lelaki mengambil hantaran untuk mereka. Mengikut adat Melayu. Lima dulang pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak aku.

Aku berjalan menuruni anak tangga satu per satu apabila Amylea memaklumkan bahawa rombongan telah tiba. Majlis bermula dengan sesi pembukaan bicara oleh pihak lelaki berwakilkan uncle Syed. Bagi pihak aku pula, abang abah merangkap ayah saudaraku yang menjadi wakil berbicara untuk sesi pertunangan ini.

Aku bersalaman dengan mommy Ary. Menghormati wanita itu. Aku tersenyum manis kepada Datin Afifah dengan Dato Syed a.k.a uncle Syed. Mereka sudah aku kenal kerana mereka sering datang ke rumah sejak arwah abah ada. Maklumlah kawan baik katakan.

"Dahlia pergi salam dengan umi Ary." Mama berbisik kepadaku. Aku sedikit pelik.

Mommy. Umi. Berapa banyak mak Ary ini ada. Yang aku kenal hanyalah mommy, Datin Afifah yang sering datang ke rumah. Umi Ary baru ini kali pertama aku berjumpa.

Rupanya, mommy mak tiri Ary. Mak kandung Ary adalah umi. Uncle Syed dengan umi Ary sudah lama berpisah sejak Ary kecil lagi. Satu fakta yang aku baru tahu mengenai Ary.

Adakah ini bermaksud perkembangan yang bagus untuk hubungan kami. Aku sudah 'sedikit' mengenali dirinya walaupun masih tak pernah melihat wajahnya.

"Tulah Dahlia, dulu mama nak tunjuk gambar Ary, kau sombong. Sekarang baru sibuk nak kata tak pernah lihat wajah dia," aku menyesali keputusan aku dulu. Konon hati kental tak mahu tengok dulu sebelum terima pinangan Ary. Sekarang makan diri sendiri.

Umi Ary menyarungkan cincin ke jari manisku. Dia tersenyum gembira memandang ke arahku. Aku menyalam tangan bakal mak mertuaku. Tersenyum manis memandangnya.

"Terima kasih, auntie. Cantik cincin ini."

"Eh, apa pula panggil auntie, panggil umi lah. Nantikan nak jadi menantu umi."

Aku akhirnya senyum sambil tersimpul malu memandang umi.

"Dahlia tahu, Asy yang pilih cincin ini. Dia kata khas untuk Dahlia." umi berkata apabila aku memuji kecantikan cincin mutiara ini.

"Asy?" aku menyoal. Asy dengan Ary orang yang sama ke. Err. Aku keliru sekarang.

"Umi panggil Asy. Papa dia panggil Ary."

Rupanya orang yang sama sahaja Asy dengan Ary.

Mata aku masih memandang cincin di jari manisku. Cantik tetapi kenapa perlu sama dengan cincin Asyraf nak bagi haritu. Mungkin rekaan cincin ini sedang terkenal sebab itu boleh sama. Aku perlu puji Ary atas kebijakan dia memilih cincin. Cincin ini kena dengan jari manisku. Tak perlu aku tukar saiz. Sepadan dengan jari manisku yang kecil ini.

"Dahlia, terima kasih sebab terima Asy dalam hidup Dahlia. Umi bersyukur bila mama bagitahu Dahlia setuju terima lamaran Asy. Kalau tak, umi rasa bujang terlajaklah anak sulung umi itu. Umi percaya Dahlia boleh bahagiakan Asy." umi lantas memeluk tubuhku erat. Sebagai tanda terima kasih kepada aku menerima anak sulung dia. Serba salahku rasa kerana pernah menolak Asy dulu. Keluarga dia baik sangat. Aku harap Asy juga baik seperti ahli keluarga dia.

"Dahlia yang patut berterima kasih sebab umi terima diri Dahlia walaupun apa yang telah Dahlia buat. Dahlia minta maaf sebab pernah tolak lamaran Asy dulu. Dahlia yang salah. Dahlia ini tak layak untuk orang baik macam Asy, umi." aku merendah diri. Pada pertama kali aku terima lamaran dia kemudian suka hati aku batalkan lepas abah pergi. Kali kedua aku tolak lagi dengan alasan mahu fokus kerja. Sungguh aku rasa aku tak pantas untuk orang sebaik Asy.

"Eh, apa pula cakap macam itu. Dahlia yang terbaik untuk anak umi. Dahlia tahu Asy sampai pergi Makkah untuk memohon hidayah Allah tunjukkan jalan dia dengan Dahlia. Dia rajin doa supaya Dahlia terima dia suatu hari nanti. Siapa tahu sekarang Dahlia terbuka hati terima dia." umi bercerita panjang kepadaku.

Sekarang bukan sesi sarung cincin namun sesi bercerita aib oleh umi Asy. Terhibur aku mendengar gelagat Asy yang dicerita oleh umi. Comel. Teringin pula aku berjumpa dengan tunang aku ini.

"Nanti Dahlia free datanglah rumah umi. Boleh kita berborak lebih. Banyak rahsia Asy yang umi nak cerita kepada Dahlia."

Segan aku bila umi ajak datang ke rumah dia. Nanti mesti aku akan terjumpa dengan anak lelaki dia. Malu pula anak jumpa tunang sendiri.

"Eh, tak ganggu umi ke nanti?"

"Tak ganggu lah. Asy tu pergi kerja pagi malam baru nak balik rumah. Adik-adik dia pun sama seorang kerja seorang kat universiti lagi. Jarang balik. Tinggal umi seorang. Maklumlah kehidupan seorang pesara guru. Bosan seorang kat rumah." umi bercerita nasib dia memiliki anak yang sibuk.

"Nanti Dahlia free Dahlia datang rumah umi." aku berjanji kepada umi. Kesian apabila mendengar cerita dia.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now