Bab 8

273 12 1
                                    

Dua bulan berlalu selepas insiden aku menyuruh Asyraf menjauh. Dia akur dengan arahan aku. Selepas dia hantar aku dengan Hayla tempoh hari, aku langsung tak terjumpa dia. Bahkan khabar angin yang tersebar itu pun seakan sepi dibawa angin. Adalah keluar media sosial temu bual aku dengan wartawan tempoh hari namun selepas itu kembali senyap. Mereka seakan tak lagi memperdulikan isu ini. Mungkin tak ada kesahihan yang dapat dibuktikan. Yang tersebar hanya kebenaran yang diungkapkan pihak aku dengan pihak Asyraf menepis semua khabar angin yang sebaliknya.

Asyraf memilih untuk menyepi di alam maya. Kali terakhir dia upload posting selepas pertemuan kami tempoh hari. Aku tak tahu perasaan apa yang perlu perlu aku gambarkan apabila melihat kapsyen beserta gambar secawan ais americano. Aku tahu dia cuba menyampaikan sesuatu kepada aku.

Your existence made me addicted to you. Possession seeks impossible, forgetting even harder.

Aku memilih untuk abaikan apa yang aku baca. Kalau aku fikir makin serabut fikiranku. Biarkanlah dia dengan hidup dia, aku dengan kehidupanku. Aku dah cukup bersyukur isu ini terhenti setakat ini saja. Banyak perkara lain yang perlu aku fokus daripada menghadap khabar angin yang hanya merugikan masa aku.

Sudah sebulan kafe aku di Korea mula beroperasi. Alhamdulillah semua berjalan seperti yang aku bayangkan.

Hubungan aku dengan Min Jun semakin rapat seperti kawan karib. Kami kerap berhubung untuk memastikan proses kerjasama hotel dengan kafe berada dalam keadaan yang baik. Hubungan aku dengan Min Jun hanya sekadar kawan. Aku tahu menjaga batas aku. Dia suami orang. Walaupun aku dengan dia pernah ada sesuatu hubungan namun itu masa llu sekarang dia bergelar suami orang. Perempuan mana yang tak cemburu apabila ada perempuan mendekati suaminya. Aku sedar akan hal itu. Itulah yang cuba aku lakukan mengawal hubungan aku supaya tak berlebihan. Cukup sekadar kawan dan business partner saja. Min Jun juga seakan tahu aku cuba menjaga jarak. Dia menghormati keputusan aku.

Kami hanya bincang hal yang berkaitan saja. Tak ramah mesra berbual hal peribadi, kami hanya seperti klien yang membincang hal ehwal kerjasama saja. No personal issues allowed.

Sekarang aku berada di kota Paris menghadiri suatu kursus pembuatan pastri. Kursus ini berlangsung selama tiga hari di pusat bandar Paris. Pada hari pertama aku ditemani oleh Jackson dengan Min Jun namun atas komitmen kerja, mereka terpaksa berangkat pulang ke Korea malam ini. Memandangkan ada perkara yang perlu mereka uruskan di sana meninggalkan aku berseorangan di bumi eropah.

Aku lebih suka berada sendirian. Pergerakan aku tidak terbatas. Tak dikawal. Pada mulanya Jackson berat hati meninggalkan aku sendirian namun setelah diyakinkan aku mampu sendirian dia akhirnya akur dengan keputusan aku untuk meneruskan kursus berseorangan.

"Nanti semua berkaitan kursus I send email to you. I kena balik Malaysia habis kursus ini. Interview dengan media." Aku berkata kepada Jackson ketika menghantar dia di airport.

"Okay, send me later. Btw, you are so famous, meh. Glad I got a famous friend. Later when I go back to Malaysia I can use your name ticket. Kawan saya Dahlia Erina then I dapat makanan percuma.Hehe."

"Very funny lah, Jackson. I dah terangkan kat you apa yang jadi." Aku tahu Jackson hanya bergurau. Jackson pun tahu akan khabar angin itu. Apabila nama DEE's cafe terlibat cepat saja Jackson dapat tahu. Kecoh juga dia dengan Emma pada mulanya. Ingat aku ada hubungan dengan Asyraf.

"Just kidding. I gerak dulu nanti apa-apa hal, just give me a call. Bye, hati-hati jangan tersangkut dengan jejaka di France ni pula. Payah I nak pergi kenduri kahwin nanti." Jackson masih dalam mod mengusik. Patutlah dia dengan Emma sehati sejiwa. Mereka dua ada saja benda nak kenakan aku.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now