Bab 18

161 4 0
                                    

Selepas mendarat pagi tadi sehingga sekarang, aku masih melancarkan perang dingin dengan Asyraf. Tak ada tanda gencatan senjata bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada mulutku setelah aku menyuarakan ketidakpuasan hati ketika dalam pesawat pagi tadi apabila isu yang menyentuh sensitiviti dibangkitkan. Aku memilih untuk sibukkan diri bersama staf Kim Hotel.

Pada ketibaan aku bersama Asyraf awal pagi tadi, riak muka mereka jelas menunjukkan riak terkejut. Mereka tak menyangka aku akan membawa seseorang bersama aku.

"Annyeonghaseyo. Nae ileum-eun Ahn Hye Rin. (Nama saya, Ahn Hye Rin). Mr. Kim's assistant." Seorang wanita berumur lingkungan 20-an memperkenalkan diri sebagai pembantu Min Jun.

Sembilan orang staf Kim Hotel yang lain turut memperkenalkan diri mereka kepada aku dengan Asyraf. Mereka terdiri lima orang lelaki Justin, Leo, Hee Seung, Andy dan Jung Soo serta lima perempuan iaitu Yerim, Junghwa, Emily, Jia In dan Hye Rin. Kesemua mereka adalah wajah yang sangat familiar buat aku. Memandangkan kami pernah terserempak ketika aku menginap di Kim Hotel. Namun nama mereka aku tak ketahui itu hanya pernah lihat wajah sahaja.

"Annyeonghaseyo. Saya Dahlia dan ini kawan saya, Asyraf." Aku memperkenalkan diri kepada mereka. Walaupun mereka mungkin sudah mengenali aku. Akan tetapi mereka tak kenal Asyraf yang menjadi bidan terjun untuk hari ini.

"Eh, awak boleh bercakap Hangul!" Hye Rin bersuara teruja. Sebelum ini ketika bersua muka kami hanya tersenyum. Dia tersenyum menghormati aku sebagai pengunjung di hotel. Aku pula tersenyum membalas senyuman dia. Tak pernah kami berbual seperti sekarang.

"Saya alumni Seoul National Unviversity." Aku mengiyakan pertanyaan dia akan kefasihan aku bertutur bahasa Korea.

"Oh, patutlah. Jadi awaklah Mr.Kim punya yeochin?" (Teman wanita)

"Ehem, ex-yeochin." Asyraf yang sejak tadi mendiamkan diri menyuarakan kebenaran di sebalik kata Hye Rin tadi.

"Wah, awak pun boleh bertutur bahasa Korea." Hye Rin makin teruja berjumpa orang yang boleh bertutur bahasa ibundanya. Staf yang lain juga mempamerkan riak yang sama. Teruja.

"Of course, my fiance made Korea as her second home so I must be fluent in Hangul." Asyraf masih bangga diri. Bermegah aku adalah 'fiance' khayalan dia.

"Dahlia is your fiance! Oh My God! Sorry, my mistake. I told Dahlia is Mr. Kim's girlfriend that everyone in the hotel was talking about..." Hye Rin menyedari keterlanjuran dia bersuara. Mulut dia terus dikunci rapat. Anak mata dia melirik ke arah Min Jun serta rakannya.

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Hye Rin memukul perlahan bibirnya. Menyalahkan bibir yang celupar.

Kata Hye Rin menyebabkan minda aku bekerja memikirkan ayat yang diluahkannya. Apakah yang Hye Rin maksudkan dengan teman wanita yang semua orang sibuk perkatakan? Adakah aku telah menjadi orang ketiga dengan hubungan Min Jun dengan isterinya tanpa aku sedari.

"Ehem, Let's go. Kita kena cepat. Nanti tersasar daripada tentatif yang dirancang." Min Jun mematikan suasana sapi yang menghantui kami. Dan mungkin mengelak aku menyoal lebih dalam kepada staf dia.

Min Jun telah menyewa dua buah rumah penginapan buat mereka sepanjang empat hari tiga malam di Sabah. Sebuah untuk lelaki dan sebuah untuk wanita. Nasib baik Min Jun menyewa rumah penginapan bukannya bilik. Jika tak mana Asyraf nak menyempit tidur. Dahlia masih melancarkan perang dingin dengan Asyraf sejak turun daripada pesawat. Angkara isu 'kahwin-cerai' yang dibawa gurauan oleh Asyraf.

Lawatan dimulakan dengan melawat Perkampungan Budaya Mari Mari yang terletak lebih kurang dua puluh lima minit daripada kawasan bandar Kota Kinabalu, tempat penginapan mereka.

Di Perkampungan Budaya Mari Mari, mereka mengetahui kepelbagaian etnik yang terdapat di Borneo. Mereka dapat mendalami gaya hidup tradisional serta adat resam masyarakat yang terdiri daripada masyarakat berbagai suku bangsa seperti Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus, dan Dusun.

Seni bina rumah tradisional setiap etnik di Sabah dikunjungi. Mereka dapat merasai keunikan gaya hidup masyarakat Sabah. Mereka juga turut menyaksikan persembahan unik suku kaum yang dipertontonkan kepada para pengunjung Perkampungan Budaya Mari Mari.

Menjelang petang mereka bertolak ke Pasar Filipina. Pasar Filipina menjadi destinasi terakhir mereka untuk hari pertama di bumi di bawah bayu ini. Mereka membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Berbelanja terus pada hari pertama memandangkan esok mereka akan meneruskan aktiviti menawan Gunung Kinabalu.

Pasar Filipina sangat istimewa kerana terdiri peniaga yang aslinya penduduk tempatan Sabah serta etnik Filipina yang menetap di Sabah. Keunikan budaya etnik dipamerkan melalui makanan, pakaian tradisional serta barangan kraftangan yang menjadi bahan jualan mereka. Hiburan seperti tarian dan muzik juga turut dipersembahkan di Pasar Filipina yang bertujuan untuk menarik minat para pelancongan tempatan serta antarabangsa ke sini.

Sikap aku yang mudah mesra dengan semua orang memudahkan proses pengenalan aku rpat dengan lima orang staf wanita Min Jun. Kata mereka, mereka melihat aku kerap ke Kim Hotel kerana kerjasama antara hotel mereka dengan kafe aku. Sehingga timbul khabar angin yang memperkatakan aku adalah kekasih Mr.Kim sejak zaman universiti.

Namun khabar angin itu telah pun diterbangkan oleh angin pagi tadi setelah Asyraf mengaku dia adalah 'tunang' aku.

Persoalan yang bermain dalam fikiran aku adalah kemanakah isteri Min Jun? Mengapakah mereka para staf berani menyebarkan khabar angin ini sedangkan status boss mereka bergelar suami orang? Tak takut kena buang jika boss dapat tahu akan khabar angin ini. 


P.S tulisan yang begini bermaksud mereka bercakap dalam bahasa asing tetapi saya taip dalam bahasa melayu, kalau semua bahasa asing jenuh! Sila harap maklum. Sekian.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now