Hari ini temubual aku dengan pihak media akan berlangsung. Skrin telefon aku teliti untuk mengesahkan lokasi temubual yang bakal dijalankan. Tingkat lapan bangunan.
Aku tiba awal di lokasi temu bual. Sudah menjadi tabiat aku untuk sentiasa menepati masa. Lagipun aku bimbang sukar mendapat tempat letak kereta yang berdekatan dengan lift sekiranya tiba lewat. Bangunan milik pihak media ini dilengkapi dengan parking bertingkat memudahkan kerja aku. Tak perlu mencari parking di luar bangunan. Aku menanti pintu lift aras satu terbuka yang akan membawa aku ke tingkat lapan. Lokasi temu bual bakal diadakan. Anak panah lift daripada G bergerak menuju ke aras satu.
Menanti lift tiba, aku terkenang akan kata-kata Shahir dua hari lepas ketika di Paris.
"Sibuk kerja ke sibuk bercinta? You kan yang digosipkan dengan selebriti tu. By the way, I handsome lagi nak dibandingkan dengan Asyraf Aaryan itu. Baik you kaple dengan I. Dahlia, I akan cuba tebus kesalahan I!"
Apa yang cuba dia nak sampaikan kepada aku sebenarnya? Apa maksud dia nak tebus kesalahan dia? Makin aku fikir, makin serabut jadinya. Semoga tiada perkara yang tidak baik. Diabaikan firasat hatiku yang tak tenang.
Ting. Bunyi pintu lift yang terbuka mengembalikan aku ke alam nyata.
Aku rasa memang aku perlu mandi bunga. Buang nasib buruk yang asyik menimpa aku. Lepas satu, satu datang.
"Hai, kakak ipar!" ucap Amirul apabila pintu lift terbuka.
Terpaku aku berdiri depan pintu lift. Kaki tak jadi melangkah. Bukan Amirul saja yang berada dalam lift tersebut. Ada dua rakan lelaki dia serta Asyraf. ASYRAF. Dia punca aku terpegun seperti patung cendana di posisiku sekarang.
Hampir dua bulan tak berjumpa dengan wajah dia. Ada sedikit perubahan pada wajahnya yang sedikit cengkung berbanding kali terakhir aku jumpa dia. Sakit ke dia?
"You nak naik kan. Come, join us." Amirul kembali bersuara menghentikan renungan aku dengan abangnya yang saling bertaut. Pintu lift ditahan dengan sebelah tangan menunggu aku melangkah masuk ke dalam ruangan lift.
Aku menolak pelawaan Amirul secara halus. Mengatakan destinasi aku adalah ke aras bawah bukan satu arah dengan mereka yang nak ke menuju ke aras atas.
Pintu lift kembali tertutup bergerak ke atas meninggalkan aku yang enggan berkongsi lift yang sama dengan mereka.
Aku memang sudah terbiasa menaiki lift seorang diri. Jika lift dipenuhi dengan lelaki memang aku takkan berkongsi. Guruh rasa hati apabila berada dalam ruangan yang sempit dikelilingi para lelaki. Memang itu perangai aku dari dulu sehingga sekarang. Aku akan mencipta pelbagai cara untuk elakkan berkongsi lift yang sama. Aku akan memilih menunggu lift seterusnya atau jika rajin aku akan menggunakan tangga kecemasan berbanding satu lift dengan lelaki.
Sesungguhnya aku dahagakan cabaran. Sekali sekala bersenam naik tangga. Satu per satu anak tangga aku daki. Tiba di tingkat tiga, aku berhenti seketika menyedut oksigen. Kasut stiletto enam inci aku tanggalkan. Hari ini sepatutnya aku pakai kasut tumit rata saja. Menyesal akan pilihan aku padankan kasut tumit tinggi bersama sut berwarna coklat lembut ala wanita korporat.
"Siapa pula yang rajin bersenam mendaki tangga seperti aku ini," anak mata aku memandang ke arah pintu kecemasan tingkat tiga yang dibuka seseorang.
Pergerakkan terhenti apabila depan mataku berdiri susuk tubuh tegap seorang Asyraf Aaryan.
"Sampai macam ini sekali awak nak elak jumpa saya kan. Sanggup seksa diri." Asyraf bersuara menghakimi perbuatan aku yang cuba elak berada sama ruangan lift dengan dia tadi.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...