Bab 1

818 15 0
                                    

Angin lembut perlahan menyapa muka, sungguh menyegarkan. Tubuh yang terasa penat lesu mampu tenang dengan damainya angin dari Seoul, Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea.
Negara yang terkenal dengan nama panggilan The land of morning calm.

Kini aku, Siti Nur Dahlia Erina Binti Mohd Rashid menetap di sini demi segulung ijazah yang menjadi impianku. Berada di tahun akhir dan sebenarnya aku telah tamat pengajian di sini cuma atas permintaan rakan serumah, kami mengambil keputusan meluangkan lebih masa berjalan makan angin sebelum pulang ke tanah air lalu membawa haluan masing masing. Ramai senior menasihatkan kami untuk mengambil masa berhibur dahulu, jangan nanti menyesal di kemudian hari kerana memasuki alam pekerjaan amatlah berbeza dan memenatkan.

Awal pagi aku sudah menerima mesej daripada kakak tercintaku melalui aplikasi Whatsapp. Berkaitan dengan kesihatan abah yang semakin merosot. Tujuan kakak aku memberitahu khabar abah bukanlah untuk menambah gusar hati cuma mahu memaklumkan kepada diriku yang berada jauh beribu batu. Abah kini dirawat di Intensive care unit (ICU) kerana jangkitan kuman yang aktif merebak di paru-paru namun sudah melepasi tahap kritikal dan hanya menunggu masa untuk abah sedar daripada koma selepas pembedahan.

Aku terus berlari masuk ke dalam apartment membatalkan niat untuk berjoging. Laju tangan mencapai bagasi di atas almari, mengemas pakaian serta barangan aku untuk pulang ke Malaysia. Abaikan segala perancangan bersama rakan serumah yang sepatutnya bersiar-siar di kawasan Itaewon harini. Selepas memberitahu mereka bahawa aku terpaksa pulang ke Malaysia lebih awal daripada yang dijangka, Amylea a.k.a bestfriend forever aku laju menawarkan diri untuk membawa pulang barangan aku selebihnya yang tak sempat aku kemas. Amylea serta dua orang rakan serumah iaitu Sarra dan Damia khabarnya bakal pulang seminggu lagi. Mereka bakal meneruskan perancangan yang telah kami buat sebelum ini tetapi tanpa diriku. Itupun macam macam drama dah dicipta mereka. Bosan. Sunyi. Sepi. Kata mereka tanpa aku yang selalu menjadi penyeri suasana. Namun mereka patuh akan ketentuan yang aku harus pulang awal tanpa mereka.

Incheon International Airport

Setibanya aku di lapangan terbang, kaki melangkah mencari kaunter pembelian tiket. Kapal terbang bakal berlepas lebih kurang dua jam sahaja lagi. Aku bernasib baik kerana tiket ke Malaysia masih ada.

Penerbangan ke Malaysia mengambil masa lebih kurang enam jam lima belas minit, sepanjang berada di dalam pesawat bibirku tidak lepas berzikir kepada Allah SWT. Memohon kepada Yang Maha Esa untuk kelapangan fikiran dan ketenangan hati. Mulut tak henti berdoa semoga abah kembali sembuh.

Di pintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, aku menirup udara tanah air yang dirindui. Hampir empat tahun menetap di Korea Selatan boleh kira berapa kali sahaja aku pulang ke Malaysia. Yalah tiket mahal weh. Memanglah keluarga yang bayar tapi tidakkan aku sanggup menghabiskan duit mereka semata-mata untuk balik.

Kaki pantas menuju ke laluan keluar selepas selesai prosedur ketibaan. Lantas tangan mencari iPhone yang elok tersimpan dalam poket seluar jeansku. Mencari aplikasi Grab. Destinasi aku adalah Hospital Kuala Lumpur. Itulah yang sempat aku baca dalam grup Whatsapp keluarga tentang keberadaan abah dirawat. Sedang tangan leka menaip, tubuh kecilku terdorong ke belakang.

DUSHH. iPhone di tangan melakukan pelukan dengan lantai airport. Sayang tinggal airport kut.

Mataku pantas memandang iPhone yang sedap landing di atas lantai. Berseli ganti dengan makhluk punca iPhoneku mencium lantai.

"EHH, TUNGGU! Pasal apa makhluk itu pergi je. Dia tak sedar ke dia langgar anak dara yang cantik lagi comel molek ni. Tahulah tinggi aku hanya 152 cm tapi agak-agak lah tak nampak." Monolog hatiku.

"Wait! Excuse me, sir." Makhluk tersebut lantas menoleh ke arahku sambil melepaskan earpod yang dipakai.

"Lah, dengar rupanya mamat ini. Ingat pekak dah sumbat telinga." bebel aku sendiri.

"Yes, what can I help you, miss? Do you need my autograph?"

"EHHH, tiba-tiba ya makhluk ini. Kau fikir kau retis aku nak autograf kau bagai". Itu hanya suara hatiku yang berkata. Jawapan untuk soalan dia aku hanya jawab melalui ekoran mataku yang menunjuk ke arah iPhone di lantai.

"Oh, your phone. Alah setakat telefon pun kau nak suruh aku angkat untuk kau ke? Sendiri angkatlah. Bye gotta go. See ya."

"Hoi, at least say sorry lah, dasar Mr. autograph."

Dia dengan selamba mengangkat tangan melambai-lambai sambil meneruskan langkahnya meninggalkan aku yang sedang membara memaki dia dalam hati ini. Dasar kurang ajar punya mamat. He's Malaysian. Ya, aku terkejut dia orang Malaysia. Sebab mata coklat hazel miliknya membuatkan aku fikir dia bukan orang Malaysia. Tapi helo bahasa dia tak berbudi langsung.

Kenapa ya muka dia familiar sangat. Namun aku perlu akuri kelemahan aku iaitu bab nak kenalpasti muka orang. Kadang orang senyum kat aku. Aku balas balik sebab nanti dicop sombong pula tapi jujur cakap aku tak kenal pon dia siapa. Senyum sebagai tanda menghormati. Saling berbalas senyuman. Berfikir sampai terkeluar serebrum pun aku takkan ingat. Teruk betul memori otak ini.

Aku pedulikan Mr. autograph itu. Ya Mr. autograph nama samaran aku bagi kat mamat yang langgar aku. Lawak ya tiba-tiba nak bagi autograf kat aku.

iPhoneku yang syok bercumbu dengan lantai aku ambil. Meneruskan kerja yang tergendala tadi.

Aku memutuskan untuk singgah ke hospital bersama bagasi memandangkan jarak airport ke hospital lebih dekat berbanding jarak ke rumah yang terletak di kawasan Damansara. Naik grab kan tak mahu lah dia cas lebih-lebih habis duit aku nanti. Haha, aku kedekut sedikit ya bab duit ini. Sila ambil maklum itulah cara aku bertahan hidup di negara orang. Berjimat cermat. Bukanlah nak kata keluarga aku tak mampu. Mereka mampu. Boleh dikatakan berada dalam golongan T20 lah juga. Setiap bulan abah dan mama akan bertanya duit belanja cukup tak sepanjang aku belajar. Namun aku lebih mengamalkan sikap berjimat. Yalah membazir kan amalan syaitanirrajim.

Dari jauh aku dah nampak sosok kakakku, Siti Nur Fatinah yang elok berbaju maroon dipadankan dengan tudung noda sepadan dengan baju. Di sebelah kakak berdiri abang Fikri suami kakak yang leka berbual dengan mama.

Aku melangkah laju ke mereka membuat kejutan.Ya, sesiapa pun tak menyangka aku akan pulang seawal ini. Yang mereka tahu aku akan pulang minggu depan seperti yang dijadualkan.

Mama, kakak dengan abang Fikri terkejut dengan kehadiran aku. Tangan mama dengan kakak aku salam dengan penuh hormat. Aku memeluk tubuh mama. Aroma minyak wangi kegemaran mama menusuk masuk ke rongga hidung. Rindu. Sungguh rindu akan aroma ini. Itulah dulu selepas SPM ambil keputusan berani nak sambung belajar luar negara. Bila dah keluar negara rindu pula. Itulah lumrah hidup seorang Dahlia Erina.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now