Bab 7

320 8 0
                                    

Badan yang terasa penat lesu aku abaikan. Semalam tengah malam baru sampai rumah. Hari ini terus masuk kerja. Itulah realiti hidup seorang Dahlia yang tak tahu berehat. Kerja, kerja dan kerja. Hari ini banyak urusan yang perlu aku selesaikan. Aulia sebelum buka kafe dia dah bagitau wartawan masih bermastautin di depan DEE's Cafe sejak khabar angin mula tersebar. Dah tiga hari mereka bermastautin di depan kafe aku.

Walaupun Asyraf sudah mengeluarkan kenyataan bagi pihak dia dan juga pihak aku semalam. Wartawan seakan masih tak putus asa mendapat kenyataan daripada pihak aku.Aku bukanlah sesiapa dalam industri hiburan tanah air. Kenyataan aku tidaklah penting seperti kenyataan Asyraf. Tak faham mengapa masih mencari aku yang bukan sesiapa ini.

Keadaan ini tak boleh dibiarkan berlarutan, bakal menjejaskan kehadiran pelanggan di kafe aku. Pelanggan nak datang pun takut tengok sekumpulan wartawan memegang mikrofon dengan kamera menunggu di depan pintu masuk kafe.

Aku hanya memerhati gerak-geri mereka daripada ruang parking yang terletak lebih kurang sepuluh meter di depan kafe. Ditarik nafas sedalamnya. Mengumpul kekuatan. Sebutir ubat penenang aku telan. Sejak kes ini berlaku, kerap kali aku terpaksa makan ubat ini semula. Takut aku gagal mengawal perasaanku apabila berhadapan dengan mereka kelak. Nanti timbul isu lain pula. Mengata aku berpenyakit. Ya, aku berpenyakit. Bagi aku rakyat Malaysia kurang cakna akan isu kegelisahan atau bahasa moden dikenali sebagai anxiety. Segelintir mereka memandang remeh orang yang mengalami anxiety. 'Kurang pegangan agama lah tu sebab dapat anxiety.' Mereka memukul rata, mengata orang seperti aku tidak beragama kerana menghidap anxiety. Sebab itu aku memilih untuk rahsiakan daripada pengetahuan sesiapa. Bimbang akan pandangan serong. Takut mereka terus menghukum aku seperti sekarang. Menghukum aku berhubungan dengan bintang kesayangan mereka itu. Aku tak ambil kisah langsung kehidupan Asyraf Aaryan, mengapa sekarang aku terkait dengan hidup dia.

Dengan lafaz bismillah, aku menolak pintu kereta aku. Handbag Dior kegemaran ku bimbit. Herm, harap maklum aku beli handbag jenama Dior sebelum tercetus boikot besar-besaran terhadap produk pro-Israel laknatullah. Sekarang aku boikot. Tak membeli langsung produk mereka walaupun banyak jenama yang sering aku pakai sebelum ini. Cuba istiqamah memboikot mengenangkan nasib saudara di bumi Palestin.

Tangan aku memeluk erat beberapa buah fail berkaitan pengurusan kafe yang nak aku bawa ke bilik pejabatku. Langkahku diiringi dengan kelipan kamera yang asyik memotret sosok tubuh aku yang melangkah menuju ke pintu kaca lutsinar kafe. Terasa seperti seorang selebriti yang menghadiri majlis formal yang sedang melalui karpet merah. Kilauan cahaya kamera serta media yang setia menanti selebriti kesayangan. Cuma karpet merah sahaja yang tiada sekarang. Aku melangkah yakin walaupun dalam hati beristighfar seribu kali. Gementar berhadapan dengan pihak media buat kali pertama dalam hidup aku.

"Hai, Good morning." Aku menyapa mereka mesra. Mengabaikan kilauan kelipan lampu kamera yang menyakiti kornea mataku. Tombol pintu kaca aku pegang kemas. Bersedia untuk menolak masuk ke ruangan kafe.

"Good morning, cik Dahlia." Balas lima orang wartawan setia menantiku saban hari.

"Sis, you look so gorgeous! Tengok kat dalam gambar dah cantik. Bila jumpa depan mata seribu kali cantik kalau I jadi Asyraf pun I tergoda tengok you." Petah seorang wartawan perempuan yang terlebih peramah.

"Terima kasih atas pujian awak." Aku hanya mampu tersenyum manis. Malu-malu kucing apabila ada orang puji. Selalu aku yang angkat bakul sendiri. Perasan diri cantik. Maklumlah terlebih dos keyakinan diri. Kali ini orang yang mengakui kecantikan aku. Manusia yang tidak siuman saja yang tak bahagia apabila dipuji.

"Dah jom! Masuk dalam kafe I. Duduk luar buat apa panas panas ni. Kamu semua dah breakfast? Kalau belum breakfast lah dulu. Make yourself comfortable here. It's my treat. I belanja." Aku memperlawa mereka masuk ke dalam menjamah makanan dulu sebelum memulakan sesi temuduga 'mesra' mereka bersama aku. Mereka pun aku lihat baik saja tidak terus menyerang aku dengan soalan maut mereka. Mungkin dengan cara aku memberi mereka layanan yang baik bakal dilimpahkan rezeki yang lebih berlipat ganda kepada perniagaan aku. Seperti kata mama setiap pengunjung yang singgah ke tempat kita akan membawa barakah jadi tak salah rasanya kalau aku melayan mereka dengan baik.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now