Bab 10

276 10 0
                                    

Kesibukan dengan Dahlia Erina memang sahabat karib. Sehari suntuk aku sibuk dengan urusan kafe. Petang sibuk dengan urusan program khas untuk kanak-kanak istimewa. Selepas selesai, aku terus kembali ke kafe menyediakan kertas kerja untuk penukaran proses pembuatan pastri. Aku perlu selesaikan kertas kerja itu hari ini juga. Esok sudah proses pembaharuan kualiti pastri untuk kafe di Malaysia. Di cawangan di Korea Selatan aku menyerahkan kepercayaan kepada Jackson. Jackson bakal membimbing staf di Korea Selatan, aku di Malaysia.

Fokus kepada skrin komputer riba aku terganggu dengan ketukan di pintu pejabat aku.

"Dahlia, tak nak balik lagi ke?" Aulia menyapa aku. Apabila Aulia sudah mencari aku sampai ke pejabat bererti kafe dah ditutup. Memang menjadi rutin harian Aulia untuk pastikan tiada sesiapa di dalam bangunan kafe. Dia akan mengunci segala pintu sebelum dia pulang.

"Saya belum nak balik, ada sedikit lagi nak siapkan. Nanti saya kunci pintu ye. Jangan risau." Aku membalas persoalan Aulia namun mata masih fokus kepada skrin.

"Saya bukan risau pintu kunci ke tak, saya risau boss saya ni seorang diri malam-malam ni."

"Ish, tak ada apa perlu dirisaukan tentang saya. Saya ada blackbelt tahu. Apa-apa saya karate penjahat tu. Haha." Aku masih bergurau dengan pekerja aku yang satu ini. Memang tak perlu risau akan keselamatan aku. Siapalah nak culik aku ini. Bukan selalu aku pulang lewat, hanya sekali sekala saja.

"Ye lah, saya tahu boss tak risau sebab apa-apa ada prince charming akan datang selamatkan. Tengoklah tu selipar pun dia bagi. Takut buah hati sakit kaki." Aulia sibuk mengusik aku sejak aku balik daripada temu bual tadi.

Aulia memang kenal akan diri aku yang gemar memakai kasut tumit tinggi. Maklumlah ketinggian aku yang agak tidak memuaskan, jadi aku akan berkasut tumit tinggi ke mana-mana saja. Bukan saja Aulia malah staf di kafe juga terkejut melihat aku berselipar. Selipar tak pelik, yang pelik gaya selipar yang lebih bersifat kelelakian. Berbeza sungguh dengan selipar 'perempuan' yang menjadi citarasa aku. Mereka terus menuduh itu selipar prince charming tanpa mengetahui kejadian sebenar.

Semasa tiba di depan kafe, kesakitan di bahagian buku lali menghalang aku melangkah keluar kereta. Aku sudah sedar bahagian atas tumit dengan jari kaki sedikit melecet selepas aku mendaki bangunan tingkat lapan untuk ke studio temubual. Pada mulanya aku hanya abaikan kesakitan itu memandangkan kesan melecetnya kecil saja. Sekarang tersedar luka melecet bukanlah kecil tetapi besar dan pedih. Jalan penyelamat hanyalah selipar Asyraf yang aku letak di bahagian penumpang. Sebelum menyarung selipar itu, aku tampal pembalut luka yang dia beri. Berguna sungguh pemberian dia kepada aku. Nasib baik aku tak jual mahal menolak pemberian dia tadi. Dan nasib baik aku tak buang selipar dia.

"Dahlia. Dahlia. Oh, Dahlia." Aulia menegur aku yang mengelamun terkenang kejadian pagi tadi.

"Ish, sah boss aku ni dah jatuh hati, jumpa dah prince charming dia. Tersenyum seorang."

"Tidak ada lah. Saya tengah fikir pasal kertas kerja ni." Aku menafikan ayat dilontarkan oleh Aulia

Aku menyuruh Aulia pulang dulu memandangkan aku masih banyak yang perlu aku siapkan. Tak mahu dia terpaksa menunggu aku siap kerja.

Selesai saja kerja aku terus bergegas mahu balik ke rumah. Pintu utama kafe aku kunci.

Langkah kaki aku bergerak laju menuju ke tempat letak kereta. Hati aku tak tenteram. Rasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Perasaan yang sama aku rasa ketika diperhatikan di Paris. Aku berada dalam mod berjaga-jaga apabila aku terasa ada pergerakan seseorang yang semakin menghampiri ke arah aku. Senjata telah aku genggam erat. Bersedia untuk menyerang. Sejak aku pulang dari Paris, perasaan aku selalu mengatakan ada seseorang memperhatikan gerak geri aku.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now