Bab 20

193 2 0
                                    

Aktiviti menawan Gunung Kinabalu dimulakan pada hari kedua kami di Sabah. Sebelum pendakian bermula, kami berkenalan dengan pemandu arah kami, Encik Antony yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang perjalanan menuju kemuncak Kinabalu. Taklimat berkaitan dengan isu keselamatan diberikan oleh encik Antony kepada pendaki yang sudah berkobar bayangkan kawasan pegunungan yang menghijau.

Kami turut berkenalan dengan pendaki daripada kumpulan yang menyertai pendakian pada pagi ini. Kuantiti pendaki yang boleh mendaki Gunung Kinabalu bagi satu masa dihadkan oleh pihak pengurusan untuk menitikberatkan keselamatan setiap pendaki.

Aku melihat kelibat seseorang yang aku kenali, berjalan menghampiriku. Malang sungguh nasib aku. Sungguh! Balik semanjung nanti memang aku perlu cari tujuh jenis bunga. Mandi bunga. Itu saja cara yang ada supaya terhindar daripada malang yang berterusan ini.

"Hai, Dahlia. Tak sangka jumpa you kat sini. Ada jodoh kita ni. Haritu Paris sekarang kat Sabah pulak."

"Haha, kebetulan je I rasa." Aku nafikan sebolehnya. Minta simpang lah nak berjodoh dengan lelaki macam kau, Shahir. Kalau tinggal kau je lelaki kat dunia ini, aku lebih rela tak kahwin. Biar jadi andartu.

Setelah berkata aku terus mengikuti langkah kumpulan aku yang telah memulakan perjalanan mereka. Nama Hye Rin dilaung sambil aku berlari-lari anak ke arahnya. Cuba mengelak perbualan dengan lelaki wayar putus ini.

"Ye ke jumpa? Atau kau sengaja ikut Dahlia sampai sini." Sinis. Panas. Ayat yang keluar daripada mulut Asyraf. Khas untuk Shahir.

"Lah, ada orang kat sini. Maklumlah sibuk sembang dengan gadis comel. Kau ni Asyraf Aaryan yang artis tu kan? Yang ada gosip dengan Dahlia tu. Buat apa kat sini?"

Walaupun aku sudah kedepan namun perbualan Asyraf dengan Shahir masih mampu aku dengar. Ehem, bukan perbualan tetapi lebih kepada sindiran.

"Nak mendaki gunung lah, mangkuk hanyut. Takkan nak bergusti pulak kan." Mulut Asyraf lantang bersuara. Langsung tak tapis ayat yang mahu dilontarkan kepada Shahir.

Padan muka kau Shahir. Baru lah buku bertemu ruas. Gembira. Teruja. Bahagia. Aku rasa macam nak melompat sampai ke langit ke tujuh dengar Asyraf membalas sinis persoalan Shahir.

"Asyraf, jom kita dah lambat lah." Aku mencelah. Walaupun aku gembira mendengar sindiran Asyraf tetapi jika dibiarkan mereka malah jadi gelanggang gusti tengah hutan ini.

"May the best man win, dude. But, I think I already got her. Haha." Asyraf berjalan melepasi Shahir sambil memandang sinis kearahnya. Seolah-olah sedang merendahkan kedudukan lelaki itu. Penumbuk digembal oleh Shahir menahan amarahnya terhadap Asyraf.

Kumpulan aku tiba di Laban Rata lebih awal daripada kumpulan pendaki yang lain. Laban Rata menjadi tempat persinggahan sebelum kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak pada awal pagi esok. Kawasan perkhemahan disediakan untuk memudahkan para pendaki beristirahat sebelum meneruskan pendakian mereka.

Aku mengambil angin malam setelah membersihkan diri. Tenang. Sejuk. Angin sempoi-sempoi bahasa menyapa wajahku. Nyaman rasa hati berada di sini.

"Eh, awak pun ada kat sini." Min Jun menegur aku yang sedang menghayati tiupan angin malam Kinabalu.

"Ambil angin sekejap." Aku tersenyum kepada Min Jun.

Min Jun kemudian hanya berdiam membiarkan aku bersendirian. Mungkin selesa berdiam saja. Tiada topik mahu dibualkan. Aku pun selesa begini. Kami memilih berdiam berada dalam zon tersendiri.

"Erina, keadaan sekarang kan buatkan saya teringat kita dulu. Ingat tak kita pernah pergi hiking dengan kawan universiti." Min Jun akhirnya bersuara setelah hampir lima minit kami dalam dunia sendiri.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now