Bab 17

194 3 0
                                    

Aku dah bersiap sedia menunggu di depan halaman rumah aku. Menunggu 'pemandu' aku tiba. Sengaja aku tunggu di luar. Tak nak mengundang curiga mama. Mama tahu aku akan ke Sabah untuk lawatan staf Kim Hotel namun mama tak tahu aku pergi dengan siapa. Kataku ada orang akan mengantarku ke lapangan terbang. Tak mahu bercerita dengan lebih terperinci kepada mama.

"Morning, darling," sapa Asyraf. Membuka pintu kereta dia di bahagian penumpang. Jemput aku masuk ke dalam kereta Mercedes AMG SL Roadster miliknya. Orang kaya memang mempunyai standard tersendiri haritu Audi, harini Mercedes, esok lusa kapal layar pula dia bawa. Mungkin hobi dia bertukar-tukar kereta jenama macam tukar baju. Berbeza sungguh dengan aku selagi boleh pakai tak nak membazir. Syukur alhamdulillah aku dapat beli kereta secara tunai tanpa hutang. Berkat keuntungan perniagaan kafe aku yang usaha sendiri sebelum ini aku hanya tumpang mama atau kakak je nak ke mana-mana. Mama ada tawarkan aku kereta mewah cuma aku tolak kerana mama yang nak bayar. Aku tak mahu terlampau bertanggung kepada sesiapa. Semua perkara yang aku nak pasti aku akan usaha sendiri. Jadi hobi mengumpul barang berjenama tak termasuk dalam senarai hidup Dahlia Erina. Segala barang berjenama yang aku pakai semua kerana reka bentuk dia yang memikat hati aku. Itu pun aku fikir sepuluh kali nak beli sesuatu barangan.

Beg galas aku bertukar tangan. Asyraf meletakkan beg aku di bonet keretanya. Aku hanya membawa beg galas yang akan memudahkan pergerakan kami bersesuaian dengan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang pengembaraan ini. Kembara yang dijalankan sedikit lasak jadi sesuailah dengan beg galas sahaja memandangkan kami akan mendaki Gunung Kinabalu pada esok hari.

Iya. Aku akan pergi ke Sabah bersama dengan Asyraf. Menaiki jet peribadi milik Asyraf.

Perbualan aku dengan Min Jun menyaksikan Asyraf yang fokus mendengar setiap butir percakapan kami. Dia tekun mendengar seolah-olah dia faham akan perkara yang kami bualkan. Padahal aku dengan Min Jun berbual menggunakan bahasa asing iaitu Hangul.

Min Jun mengatakan kerisauan dia. Keputusan dia memilih aku untuk mengikuti rombongan staf dia menyebabkan aku tak mendapat tiket kapal terbang ke Sabah. Min Jun telah mengesahkan dengan pegawai yang bertugas di kaunter tiket. Tiket ke Sabah pada hari Sabtu ini telah habis dijual. Min Jun hanya dapat tiket untuk dirinya sahaja. Tiada kekosongan lagi.

Jika Sabah tak memerlukan aku menaiki kapal terbang. Aku boleh sahaja bawa kereta ke sana. Sekarang apa sahaja pilihan yang aku ada. Nak guna kuasa magik untuk terbang ke Sabah, aku tidak mempunyai sayap ajaib. Pintu ke mana sahaja Doraemon pun aku tiada. Otak aku ligat memikirkan cara aku untuk aku ke sana Sabtu ini.

"Saya boleh bawa awak pergi Sabah naik my private jet." Asyraf bersuara. Memberi cadangan dia setelah sekian lama dia menyepi mendengar perbualan kami.

Mata aku dengan Min Jun sedikit membulat. Memandang sesama sendiri. Asyraf membalas dengan bahasa yang sama yang kami tuturkan tadi. Hangul. Maksudnya dia mengerti segala percakapan kami sejak awal. Aku cuba mengimbas kembali segala tutur kata aku dengan Min Jun tadi. Berharap aku tak silap kata, kut mulut ada terlepas mengata Asyraf. Aku bersyukur tiada ayat yang mengaibkan Asyraf keluar daripada mulut aku cuma aku 'terguna' diri dia apabila Min Jun bertanya akan perkahwinan aku. Jika difikirkan kembali, aku tidak menggunakan nama Asyraf sebagai bakal suami namun tidak menafikan kebenaran bahawa aku akan berkahwin. Aku hanya bagitahu Min Jun aku bakal berkahwin dengan pilihan keluarga secara tak langsung membuatkan Min Jun berfikir Asyraf adalah orangnya.

"Iya, saya faham dan boleh bercakap bahasa korea. My future wife can speak Hangul well, so what stops me from learning this language? Plus she has a cafe there so I must learn Hangul in a way to show I'm a supportive husband." Asyraf berkata dengan penuh keyakinan. Dia tersenyum manis sambil menyengitkan mata kepada aku yang terpegun melihat dia.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now