Bab 21

174 7 1
                                    

Aktiviti mendaki diteruskan pada hari kedua. Jarum jam tepat menunjukkan angka dua pagi. Kami bertolak awal pagi mengejar masa untuk menyaksikan panorama matahari terbit daripada puncak gunung.

Penat lelah kami terubat apabila kami tiba di puncak gunung seperti yang dijadualkan. Sebelum matahari terbit. Suhu di puncak Kinabalu mampu mencecah lapan hingga negatif empat darjah celcius. Pakaian yang dipakai para pendaki sememang berlapis-lapis. Seperti berada di negara beriklim sejuk. Aku yang lengkap berjaket menggosokkan kedua-dua telapak tanganku yang bersarung tangan. Cuba memanaskan badan dengan haba yang terhasil daripada geseran sarung tangan bulu ini.

Para pendaki yang lain sibuk dengan peralatan masing-masing. Tripod dan kamera diatur menunggu terbitnya matahari. Mahu memotret sebanyak mungkin. Aku memerhati sekeliling mencari kelibat Asyraf yang menghilang yang ada hanya lah Shahir tersenyum seperti kerang busuk ke arahku.

Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Malas mahu beramah mesra dengan Shahir. Rosakkan mod aku pagi buta ini. Mataku masih lagi mencari kelibat Asyraf dalam kesesakan pendaki. Sehingga aku pandang ke arah suatu sudut yang sedikit jauh daripada kesibukan manusia. Disitulah Asyraf sedang berdiri. Dia sedang solat. Solat subuh mungkin. Memandangkan telah pun masuk waktu subuh. Lama aku perhati pergerakan Asyraf daripada dia mula mengangkat takbir sehingga dia memberi salam. Lamunan aku dihentikan. Dia menegur aku.

"Dahlia, awak nak solat?" Asyraf bertanya kepada aku. Tangan dia masih ditadah ke udara sedang berdoa. Mulut dia terkumat-kamit. Doanya seperti apa aku tak dengar kerana dia seakan berbisik.

Aku hanya menjawab soalan Asyraf dengan senyuman. Takkan aku nak cakap aku tengah bendera merah kat dia. Malu tujuh keturunan aku. Aku lega apabila dia tak banyak menyoal. Sejadah mini miliknya sudah dilipat masuk ke dalam beg galasnya.

"Dah, jom nanti terlepas pula tengok matahari terbit." Asyraf terus berjalan depan aku. Meninggalkan aku berseorangan di belakangnya menuju ke arah kawasan para pendaki lain berkumpul.

Asyraf memberi ruang kepada aku untuk berdiri bersebelahan dengannya. Menanti saat matahari bakal terbit. Aku sudah teruja. Tangan yang memegang telefon sudah bersedia untuk mengambil pemandangan yang menarik ini. Bukan aku sahaja malah semua kumpulan pendaki leka dengan gajet mereka sehingga saat matahari terbit muncul. Kamera dikeluarkan. Bersedia memotret sebanyak gambar yang mungkin.

Aku tak lepaskan peluang merakam video panorama matahari yang memulakan tugas ia menyinari bumi ciptaan Allah Taala. Fokus aku tertumpu pada video yang dirakam. Tak mempedulikan Asyraf yang bersebelahan denganku. Untuk seketika aku rasakan pandangan kumpulan pendaki yang tadi leka dengan sinaran matahari bertukar fokus kepada aku. Anak mataku melirih ke arah pandangan mereka. Bersebelahan dengan aku.

Asyraf kini sedang melutut depanku bersama sebentuk cincin mutiara putih. Menunggu maklum balas aku.

"Dahlia, will you marry me?" Asyraf menyoal. Aku tak tahu reaksi apa yang perlu aku hadiahkan kepada dia. Teruja. Terharu. Menangis. Marah.

"Asyraf, awak buat apa ni? Bangunlah, malulah orang pandang kita." Aku cuba menyedarkan Asyraf akan kami yang menjadi perhatian ramai. Dalam diam, aku terharu dengan tindakan beraninya. Walaupun matlamat tak menghalalkan cara.

"Dulu, awak pernah bagi saya syarat kalau saya nak kahwin dengan awak. Dan saya ada janji yang saya akan jawab syarat awak tu. Jadi, sekarang awak dengar dulu jawapan saya. Saya bukan Johnny Suh jauh sekali nak bandingkan diri dengan dia tapi saya akan cuba jadi 'Johnny Suh' untuk awak. By the way, tinggi saya sama dengan dia tau." Asyraf sudah bangun daripada melutut cuba membuktikan ketinggian dia yang sama dengan bintang pujaanku. Cincin mutiara masih dihala kepadaku. Dia meneruskan jawapannya setelah mengambil nafas. Ketinggian dia membuatkan aku terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now