Bab 15

202 3 0
                                    

Pagiku dimulakan dengan senaman berjalan kaki menuju ke tempat 'fansign' diadakan. Korea terkenal dengan kawasan berbukit, serta rakyat yang mencintai laluan bertangga membuatkan aku memilih mengenakan sneaker Puma putih dipadankan dengan pakaian serba putih serta gabungan sedikit warna hijau neon pada baju crop top yang diselubungi dengan kemeja putih. Warna rasmi kumpulan yang aku minat. Lokasi tandatangan peminat dirahsiakan, hanya pemenang peraduan yang mengetahui tempat dilaksanakan. Tempat tertutup yang dihadkan khas untuk dua ratus orang pemenang sahaja.

Ting. Bunyi notifikasi iPhoneku muncul di skrin. Menandakan ada mesej yang masuk.

Mr. Autograph: Morning, darling. Awak balik Malaysia pukul berapa? Free tak kalau saya ajak breakfast?

Aku hanya pandang sekilas. Dia ini tak faham bahasa ke? Semalam dah diberitahu, harini aku sibuk. Jangan kacau. Masih mahu mengganggu ketenteramanku.

Tak free. Sibuk. Bye.

Ringkas. Padat. Tepat. Jawapan kuberi.

Mr.Autograph: Tak nak stiletto kesayangan awak ke, wahai cik cinderella.

Asyraf balas mesej berserta gambar stilettoku yang kini berada dengannya. Menjadikan ia sebagai umpan supaya aku keluar sarapan dengan dia.

Semalam ketika di dataran Menara Namsan, aku bergegas untuk pulang segera hingga lupa stilettoku berada di tangan Asyraf.

Tak mungkin aku akan termakan umpan Asyraf untuk keluar sarapan dengan dia. Sekarang aku telah berada dalam ruangan menunggu untuk masuk dalam tempat 'fansign' yang bakal bermula dua jam daripada sekarang. Jika itu kasut biasa aku tak peduli sangat, namun itu stiletto kesayanganku. The Dioressence Stiletto by Christian Dior. Takkan nak suruh Asyraf buang.

Hm, sorry saya tak boleh keluar breakfast dengan awak. Heel itu awak tolong saya simpan boleh tak...

Aku berfikir sejenak sebelum menghantar mesej tersebut. Hm, betul ke aku buat ini? Takkan nak suruh Asyraf simpan pula kasut aku. Menyusahkan dia pula kena angkut bawa balik Malaysia nanti.

Aku rasa memang aku takkan sempat jumpa dia, selepas ini aku terus bergerak ke lapangan terbang pulang ke Malaysia. Kejar masa, takut terlepas penerbangan.

Hm, tak apalah awak buang je lah. Maaf, susahkan awak. Saya memang tak sempat jumpa, terus balik Malaysia nanti. Awak pun tak bagi saya pakai heel kan. So, buang je lah.

Jari telunjuk laju menekan skrin. Menghantar mesej itu. Dalam diam aku perli dia. Dia juga yang tak bagi aku pakai kasut tumit tinggi kata menyakitkan diri. Buang sahaja lah.

Berair mata aku mengenang kasut stiletto kesayangan yang kini mungkin berada dalam bakul sampah. Menangis duitku. Huhu. Dahlia come on, takkan kasut pun kau nak menangis. Tolong jangan rosakkan mod nak jumpa artis pujaan kau. Buruk makeup akibat air mata kau nanti.

Mr. Autograph: Seriously! Awak nak suruh saya buang? Habis itu sia-sia saya datang cari awak. Takut awak tak boleh hidup tanpa stiletto awak.

Membaca mesej terakhir Asyraf membuatkan aku mengesat air mata yang masih berbaki di hujung kelopak mata.

Mr.Autograph: Don't cry, darling. I'm here. Pusing arah pukul tiga awak.

Akibat terlampau panik bercampur teruja, aku mengalih ke arah bertentangan. Mencari kelibat Asyraf yang katanya berada di sini.

Mr.Autograph: Itu pukul 9. Saya sebelah kanan, darlingku.

Aish, ini yang aku lemah ini. Cakap sajalah sebelah kanan, senang. Ini nak bagi klu ala perisik pula, kejap pukul tiga kejap pukul sembilan. Mana aku nak faham.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now