Bab 5

339 6 0
                                    

Kim Hotel adalah destinasi aku apabila mendarat saja di lapangan terbang  antarabangsa Incheon. Kim Hotel menaja penginapan aku sepanjang aku di Korea Selatan menguruskan hal-hal berkaitan kerjasama ini. Mungkin inilah cara mereka ingin mengambil hati klien untuk memastikan perjanjian yang bakal  ditandatangani berada dalam genggaman tangan mereka. Ye aku kagum dengan cara mereka bekerja. Bersikap profesional dan bertolak ansur dengan klien mereka. Belum apa-apa sudah pandai ambil hati klien mereka. Tak hairanlah mengapa hotel mereka mampu bertahan walaupun sudah hampir tiga dekad.

Kaki melangkah laju menuju ke aras tertinggi hotel yang menempatkan kamar VVIP. Executive Suite. Nombor bilik aku adalah 1010 yang terletak di hujung koridor selepas aku keluar dari pintu lif.  Reka bentuk dalaman yang berkonsep modern urban style menghiasi hotel ini. Minimalis. Namun tampak elegan. 

Kamar mandi menjadi tujuan utama kaki melangkah. Aktiviti meneroka boleh disambung  kemudian. Aku perlu bersihkan diri dulu, segarkan badan sebelum mesyuarat petang nanti.  Melekit rasa badan duduk dalam pesawat tu hampir enam jam. Bilik air executive suite Kim Hotel ini bukanlah biasa-biasa. Jacuzzi disediakan di setiap bilik air executive suite mereka. Besar dan selesa. Lengkap segala kelengkapan mandian serta bom mandian dengan haruman bunga yang menenangkan minda.

Lima belas minit sebelum perjumpaan aku sudah turun ke lobi hotel. Mata terarah suatu sudut lobi yang ada menempatkan sofa kulit dilengkapi meja kaca lutsinar.  

Aku text Jackson untuk mengetahui keberadaan dia.

I’m at the lobby corner wearing black shirt.” Jackson membalas mesej memudahkan aku mengesan dia.

Tangan aku lambaikan kepada business partner, Jackson yang sedang mencari kelibat aku. Dia yang banyak berurusan dengan pengurusan hotel berkaitan kerjasama ini. Jackson akan memikul tanggungjawab menguruskan DEE’s Cafe di sini. Aku hanya membantu dia daripada segi pengurusan kafe dan penyediaan makanan sahaja. Hiasan dalaman, susun atur dan berkaitan kebajikan staf aku serahkan tanggung jawab atas bahu Jackson memandang dia yang akan mengurus kafe ini. Mesti orang bertanya-tanya bagaimana aku kenal Jackson.

Jackson adalah seorang lelaki warganegara Singapura yang secara kebetulan terjumpa dengan aku ketika idea pembukaan kafe masih dalam perancangan. Dia yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku akan selok belok perniagaan kerana pengalaman dia dalam perniagaan lebih banyak berbanding aku yang hanya belajar teori sahaja. Kami sepakat untuk menjadi rakan kongsi perniagaan aku, berkongsi saham kafe dan memungut keuntungan bersama. Jangan fikir kami mempunyai hubungan yang istimewa pula, kami hanya kawan kongsi. Jackson sudah  mempunyai pujaan hati, Emma yang juga berkawan baik dengan aku. Jackson mengikut Emma menetap di Korea Selatan kerana tuntutan kerja Emma sebagai pensyarah bahasa Inggeris di sebuah universiti tempatan. Jackson yang mencadangkan aku membuka cawangan DEE’s Cafe di Korea Selatan yang sepatutnya dibuka di Singapura pada awal perbincangan kami namun kerana Jackson sudah hampir dua tahun tak balik Singapura jadi urusan pengurusan kafe di situ akan terkontang-kanting tanpa kawalan yang rapi. Kami sepakat untuk bahagi tugas. Aku ambil Malaysia, dia jaga Korea Selatan punya.

Kami berdua berbual-bual kosong sementara menunggu Mr.Kim a.k.a executive chef a.k.a anak kepada pemilik Kim Hotel. 

Ring-  iPhoneku berdering menandakan ada panggilan masuk.

Please excuse me, Jackson. I kena jawab call ni. My mom. If Mr.Kim comes, please let me know tau.” Aku berkata dalam nada serba salah nak jawab panggilan telefon ini risau Mr.Kim akan muncul bila-bila masa je nanti.

It’s okay. Jawablah I kawtim dengan Mr.Kim. Five minutes je no hal lah” balas Jackson dalam slang cina dia. 

Dia Milikku.Where stories live. Discover now