Bab 14

341 7 0
                                    

Pemandangan malam di atas Menara Namsan sangat memukau. Disinari dengan lampu-lampu berwarna-warni menerangi malam bandar metropolitan ini. Sebab itu Asyraf mengajak aku melihat pemandangan malam di sini. Terdapat pelbagai laluan untuk naik ke bahagian atas menara menggunakan kereta kable. Seperti mendaki kawasan berbukit untuk sampai ke stesen kereta kable atau menggunakan kemudahan lift yang disediakan.

Pilihan Asyraf untuk menggunakan lift condong yang disediakan untuk para pelancong. Memandangkan itulah cara mengurangkan penat mendaki kawasan berbukit ini dengan keadaan kakiku sedikit melecet.

Tak terkira dengan jari berapa banyak kali, Asyraf menoleh memerhati aku yang berjalan sebelahnya. Mungkin dia risau dengan keadaan kakiku. Namun bila dia tanya aku hanya menjawab aku berada dalam keadaan baik sahaja. Tak mahu mengundang kegusaran dia kepada diriku.

Aku berdiri agak berjauhan dengan Asyraf ketika menunggu giliran menaiki lift condong ini. Dia di sebelah kanan, aku di sebelah kiri lift. Kami terpisah dengan sekumpulan remaja lelaki yang berdiri di tengah pintu lift.

Ting. Pintu lift terbuka. Asyraf memberi isyarat mata menyuruh aku menaiki lift kali ini.

Aku melangkah dengan bismillah, mata memandang kepada langkah kakiku. Takut tersangkut jatuh, nanti diri sendiri yang malu. Akibat keadaan yang bersesak dengan pengunjung, aku tersepit masuk ke dalam ruang lift yang kecil ini. Aku terperangkap ditengah-tengah lift dikelilingi kumpulan remaja yang tadi berdiri menolak-menolak tubuh kecilku.

Nafasku terasa sesak berada dalam ruang kecil ini dikerumuni lelaki yang lebih tinggi daripada aku kecil molek ini. Jantung berdegup kencang.

Inhale. Exhale. Itulah perkataan yang aku ulang kepada mindaku. Cuba bertenang. Kaki cuba melangkah keluar sebelum pintu kembali tertutup. Aku lebih rela mengalah daripada bersempit dengan mereka namun badan kecilku tak mampu menolak badan tegap mereka untuk keluar walaupun aku sudah berada di bahagian tepi lift.

Secara tiba-tiba pergelangan tanganku dipegang seseorang. Sentuhan tangannya menuju pergelangan tanganku yang berlapis dengan baju. Aku tetap merontak supaya pegangan itu dilepaskan. Badan serta lengan tegap dia juga digunakan untuk menghalang aku daripada tersentuh dengan orang lain dalam ruangan lift.

"Stay with me. You are safe with me." Perlahan tetapi cukup untuk didengari olehku.

Kepala didongakkan ke atas memandang wajah orang yang bercakap. Dada bidang dia menghiasi pandanganku. Leher dia bergerak berkali-kali menelan liurnya. Dia cuba mencipta jarak supaya kami tak terlampau rapat. Bukan dia sahaja tak selesa, aku juga tak selesa berada sedekat ini.

Pandangan aku terus teralih ke arah dinding lutsinar lift. Perhatikan suasana malam kota Seoul. Mengabaikan denyutan jantung yang rancak berpesta berlawan dengan perasaan.

Pemandangan dari deck memang sungguh memukau. Menara Namsan ini berfungsi sebagai menara telekomunikasi yang dilengkapi dengan observation deck khusus untuk para pengunjung mengamati pemandangan kota daripada jarak jauh.

Aku akhirnya bersuara kepada Asyraf menamatkan suasana yang sepi antara kami yang sejak tadi sibuk menyendiri melihat pemandangan.

"Ehem, awak nak tahu tak, ini kali pertama saya datang sini walaupun dah bertahun belajar sini." Aku cuba memecahkan kesunyian yang sejak tadi tercipta.

"Jadi, saya orang yang bertuahlah sebab bawa awak ke sini." Asyraf yang sejak tadi selesa berdiam membalas perbualanku.

"Dahlia, maaf bawa awak naik lift yang sesak tadi. Sepatutnya sejak awal saya tak ajak awak ke sini. Buatkan awak takut pula." Asyraf kembali meluahkan kekesalannya.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now