Bab 2

636 13 0
                                    

Bangun pagi hidung dah tidak bagi kerjasama. Selesema pula. Ertinya tubuhku masih belum dapat membiasakan diri dengan perubahan suhu yang mendadak. Di korea musim luruh, suhu mampu mencapai berbelasan darjah celcius atau mungkin mencecah angka sifar berbeza sungguh dengan Malaysia yang 31 darjah celcius bak langit dengan bumi. Kaki laju melangkah ke bilik air membersihkan diri.Hari ini jadualku agak padat kena mulakan pagi lebih awal tak boleh bermalasan di atas katil walaupun itu hasrat hati sebenarnya.

Aku bersiap ala kadar sahaja. Blouse hitam dengan seluar jeans dipadankan dengan selendang hitam menjadi pilihan aku. Bibir dioles lipmatte kegemaranku jenama Maybelline sambil mata sibuk memandang skrin telefon menanti mesej seseorang.

"Mana dia ini, selalu ada lah greet 'good morning', sunyi sepi sahaja hari ini, marah ke aku balik Malaysia. Tapi aku ada bagitahu dia yang aku balik Malaysia bukan tak bagitahu. Agak-agak lah nak merajuk."

Skrin telephone ditaip laju mesej dengan 'Na Sarang' (My love)

Aku dah ada buah hati. Korean. Macam mana boleh kenal? Aku belajar kat Korea tak mustahil sekiranya aku mampu dapat seorang teman lelaki daripada bumi ginseng merah ini.

Dia merupakan seniorku, tua tiga tahun daripada aku. Dia yang terjatuh cinta pandangan pertama. Hubungan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing masing masih jauh perjalanan lagi. Keluarga aku masih belum mengetahui hal ini, mahu kena halau dengan penyapu lidi kalau tahu buah hati aku orang luar negara tambahan pula dia bukan beragama Islam.

Hi, Sorry for the short notice. Just want to inform you that I arrived in Malaysia yesterday evening. My father's situation is worse than I thought. I think for my father's sake, I would stay in Malaysia for a few months until he gets better. Hope you will understand my decision. ^_^ Don't miss me too much, dear. I promise I will try to tell my family about us. Gotta go. Bye. Miss you.

Panjang berjela mesej yang aku taip mengharapkan balasan daripada dirinya namun hampa. Last seen dia semalam. Di aplikasi Kakaotalk aku forward mesej yang sama. Tetap sama. Sunyi tanpa balasan.

Mesej terakhir daripada dia adalah sebelum saya berangkat pulang ke Malaysia. Pagi semalam.

Min Jun : I hope you are doing fine there.

Untuk beberapa detik aku tatap skrin iPhoneku. Sunyi. Tanpa notifikasi.

"Dia ini tak nak tahu aku dah selamat sampai atau tanya kesihatan abah aku ke" Monolog aku sendiri.

Tanpa berlengah aku mencapai beg tangan Diorku, menyumbat masuk telefon serta kunci kereta mama. Aku tak ada kereta lagi ya. Abah ada offer nak beli sebuah kereta bagi aku. Tapi biasa lah aku kan susah sedikit nak terima penerimaan orang lagipun aku bukan ada di Malaysia. Balik pun sekejap. Aku nak beli kereta sendiri atas titik peluh aku sendiri, tak mahu terlampau bergantung kepada mereka. Mama dengan kakak sibuk dengan restoran abah yang sudah hampir seminggu tak dipantau. Maklumlah sepanjang seminggu mereka memberi seratus peratus kepercayaan kepada staf yang menjadi tulang belakang restoran Al' Nur demi menumpukan perhatian kepada abah yang terlantar di hospital. Kini tiba giliran aku pula menguruskan abah. Semasa sarapan aku dah menawarkan diri untuk menghantar bubur ayam air tangan mama kepada abah. Biarlah aku menebus kesalahan aku yang selalu ingkar akan segala tutur kata abah. Aku tak mahu menyesal di kemudian hari kelak.

Aku sedar kesilapan aku empat tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran di Republik Korea mendapat tentangan hebat daripada abah. Kami sungguh tidak sebulu sekiranya isu diperdebatkan. Namun sikap ego abah diredahkan dengan pujukan mama. Melepaskan anak bungsunya pergi jua. Mungkin dia redha dan hormat dengan keputusan aku namun kata hati dia aku tak pernah mengerti. Sejak ketiadaan aku di rumah aku sering mendengar khabar akan kesihatan abah yang membimbangkan.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now