Bab 19

166 5 0
                                    

Menjelang malam mereka bebas melakukan aktiviti masing-masing. Hye Rin kini berada dalam bilik aku berbual-bual kosong. Dan inilah masa untuk aku korek rahsia daripada Hye Rin tentang persoalan yang bermain dalam fikiranku sejak pagi tadi.

"Hye Rin, saya nak tanya awak sesuatu perkara boleh?"  aku memulakan bicara apabila melihat Hye Rin leka dengan telefon bimbitnya di tangan.

"Boleh, unnie nak tanya apa?" Hye Rin menyoal. Aku yang menyuruh Hye Rin memanggil aku unnie memandangkan aku tiga tahun lebih berusia dari dia. Lebih baik dia panggil aku kakak daripada Miss kan. Tak perlu terlampau formal sangat. Ini bukan aktiviti korporat nak formal sangat. Hanya aktiviti riadah yang relaks dan santai.

"Unnie nak tanya kenapa kamu semua gossip unnie dengan Mr.Kim." Aku meluahkan khabar angin yang disebarkan oleh mereka.

"Manusia buta je takkan nampak cara Mr.Kim pandang unnie macam mana. Macam ada something between you guys." Hye Rin menerangkan kepada aku sejujurnya.

"Tapi, Mr.Kim dah ada beristeri kan. Macam mana perasaan isteri dia kalau dapat tahu semua ini. Keruhkan keadaan je nanti."

"Eh, who said Mr.Kim married? Mr.Kim belum berkahwin lah." Reaksi muka Hye Rin berubah mengerut apabila menyoal.

"Err, bukan dulu dia dah kahwin ke? That's a rumor about his marriage."

"Oh, that one. Dulu keluarga Mr.Kim nak jodohkan dengan anak business partner mereka tapi tak jadi."

"Tak jadi? Kenapa?" Aku tertanya kenapa Min Jun tak jadi berkahwin dengan perempuan itu.

"Tak jadi sebab Mr.Kim tolak. Mr.Kim kata dia dah ada kekasih. Dia sayang kekasih dia. Mulanya keluarga Mr.Kim paksa Mr.Kim namun lepas terbongkar perempuan itu mengandung anak lelaki lain terus keluarga Mr.Kim batalkan perancangan mereka itu."

Aku terkedu mendengar penjelasan Hye Rin. Hye Rin kata keluarga Min Jun tak mampu tak halang pilihan hati Min Jun selepas insiden tersebut.

"Dia sayang kekasih dia."

Betulkah yang Hye Rin kata tapi kenapa Min Jun langsung tak mencari aku kembali selepas itu, menerangkan kejadian yang berlaku kepada aku. Mengapa setelah kami bertemu kembali dia langsung tidak menceritakan hal sebenar kepada aku.

"Tapikan Hye Rin kenapa kamu kaitkan saya dengan Mr.Kim?" aku terus menyoal. Terlampau banyak persoalan yang bermain dalam fikiranku.

"Kami syak unnie yeochin Mr.Kim sebab kali pertama unnie datang hotel Mr.Kim gembira semacam. Tak seperti selalu. Sampaikan ada housekeeper hantar bunga kat bilik unnie daripada Mr.Kim. VVIP lain tak pernah pun dapat bunga eksklusif macam unnie."

Seperti yang aku jangka, pemberian Min Jun haritu pasti mengundang curiga orang. Sekarang tengoklah khabar angin seperti ini meniti di mulut mereka.

"Tapi tulah unnie dah bertunang dengan Asyraf." Nada Hye Rin berubah kecewa seperti dia yang putus cinta.

Aku memberitahu Hye Rin yang aku bukanlah tunang Asyraf. Kebenaran aku telah bertunang tak aku nafikan. Dengan siapa aku bertunang pun aku bagitahu tak nak mengundang gosip liar mereka lagi.

Aku tak nak mereka terus bercerita tentang aku dengan Min Jun. Kami pernah ada hubungan yang istimewa dulu namun sekarang berbeza. Kami mempunyai kehidupan masing-masing yang mustahil untuk kami kembali seperti dulu. Hubungan itu telah terkubur seperti mana aku lenyapkan memori tentang Min Jun ketika dia gagal munculkan diri di masa aku perlukan sokongan dia dulu. Ketika jiwaku serapuhnya dulu.

Aku cuba melelapkan mata setelah Hye Rin keluar daripada bilik tidurku. Penat berjalan seharian ditambah dengan penat 'membawang' pasal Min Jun.

Satu saat. Dua saat. Lenaku diganggu oleh bunyi notifikasi telefonku. Menandakan ada mesej masuk. Mata dilirihkan ke arah skrin telefon mencari tahu siapa yang berani menganggu lenaku.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now