Bab 22

174 6 0
                                    

"Morning mama." Aku menyapa mama yang sedang menuruni anak tangga menuju ke dapur.

"Morning, semalam balik Sabah pukul berapa?" mama menyoal mengalahkan warden asrama. Mana taknya semalam mama tahu aku dah balik daripada Sabah namun tak nampak kelibat aku seharian di rumah. Petang selepas Asyraf menghantar aku pulang, aku terus menyimpan beg di bilik. Kunci kereta aku capai bergegas ke kafe. Menjaga kafe sehingga kafe tutup.

Kejujuran aku kepada mama mengundang bebelan mama. Dimarahi aku kerana hanya kerja yang berada dalam fikiranku.

"Ish, kamu ini kerja je dalam otak itu, esok dah kahwin laki pun tinggal. Asyik dengan kerja."

"Nasiblah mama, anak mama ini memang obses dengan kerja. Hidup mati sayang kepada kafe." Bagiku suami aku perlulah faham jika dia memilih untuk menikahi aku. Dia perlu sedia maklum akan diriku yang obses dengan kerja. Jika tak faham tak payah kahwin dengan aku. Senang cerita.

"Apa nak batal kahwin? Kamu jangan buat main, Dahlia. Jumaat ini mereka dah nak datang."

"Jumaat, ma? Maksud mama Jumaat minggu depan?" aku menyoal. Terkejut dengan kata-kata mama.

"Jumaat, esoklah."

"Haa, cepatnya. Dahlia tak sempat nak bernafas ini." aku memberi alasan.

Mama memberi amaran mendengar alasan bersahaja aku. Mama kata keluarga Ary dah membuat persediaan untuk esok. Segala barangan telah dibeli bersama dengan mama. Membuktikan aku tak boleh berpatah balik seperti sebelum ini. Jadi bagaimana aku nak bagitahu mama tentang Asyraf. Apa kata mama kalau aku kata ada orang nak masuk meminang selain daripada Ary.

"Ma, kalau Dahlia cakap ada orang nak masuk meminang Dahlia macam mana? Apa kata mama?" aku bertanya takut-takut. Wajah tertunduk memandang lantai. Takut melihat wajah mama sekarang.

"Siapa? Kawan Dahlia? Sebelum ini tak ada pun kenapa tiba-tiba?"

Aku hanya mengiyakan. Tak mampu menjawab lebih. Aku sendiri tak tahu kenapa perkara ini datang secara tiba-tiba. Aku sendiri tak pasti akan keputusan yang perlu dilakukan. Terima Ary atau terima Asyraf.

"Sorry, ma. Dia tiba-tiba lamar Dahlia. Tapi Dahlia tak bagi harapan pun dekat dia. Dia tahu Dahlia nak bertunang. Mama tak boleh ke tunda rombongan esok?"

"Mama tak boleh buat apa, Dahlia. Semua dah rancang elok. Esok pukul 10 pagi rombongan Ary datang. Haritu masa Dahlia bagi greenlight, mama terus bincang dengan umi Ary."

Sungguh aku nak menangis mendengar penjelasan mama. Aku dah tiada jalan untuk patah balik. Suka atau tak, aku kena terima pinangan Ary. Selamat tinggal, Asyraf. Aku bukan untukmu.

"Okaylah kalau macamtu. Nanti Dahlia bagitahu kawan Dahlia tu. Jangan mengharapkan Dahlia." aku bersuara kecewa. Aku ikhlas terima Ary namun hati aku masih sayangkan Asyraf. Cintaku kepada dia baru berputik.

Aku mencapai telefonku. Nombor Amylea ditaip. Menghantar mesej kepada dia

Amy, S.O.S

Tak sampai beberapa minit, Amylea membalas mesejku.

Amylea: Waeyo~~~

Aku memberitahu Amylea akan pertunangan aku yang bakal berlangsung esok. Sekaligus menjemput dia datang esok. Di saat begini, aku sangat memerlukan kehadiran Amylea

disampingku. Amylea sahaja yang mampu memberi aku kekuatan untuk berdepan dengan situasiku sekarang.

Amylea terkejut mengetahui akan pertunangan aku dengan Ary. Dia menyangka aku bakal bertunang dengan Asyraf memandang Asyraf telah melamar aku.

Amylea: Kau suka Asyraf kan. Fight lah of your happiness.

Kalau ini semua semudah yang dikata. Aku dah buat dah wahai Amylea. Macam mana aku nak perjuangkan sedangkan aku sendiri yang telah bersetuju.

Aku tak boleh tolak, Amy. Aku kena jaga air muka keluarga aku. Perasaan aku tu tolak tepilah.

Tak pernah aku sepasrah sekarang. Aku tak tahu perkara yang berlaku akan datang. Hanya berserah.

Aku tak lupa pesan kepada Amylea supaya dia bermalam di rumah aku. Menemani aku untuk esok. Bolehlah aku luahkan perasaan kepada dia malam ini. Meratapi nasib diri.

Aku teringat kata-kata mama tadi supaya memberitahu Asyraf akan perkara ini. Mama tak mahu aku terus memberi harapan kepada orang lain sedangkan aku bakal bertunang dengan Ary.

Debaran aku rasa apabila Asyraf menjawab panggilan aku. Berdebar aku mahu ungkapkan kebenaran yang menyakitkan ini.

"Assalamualaikum, Asyraf. Saya mengganggu awak ke?"

"Waalaikumusalam, darlingku. Tak ganggulah. Saya free je untuk awak." Asyraf dengan ayat manisnya tak pernah berpisah. Pasti aku akan merindui dirinya kelak.


"Hm, sebenarnya esok saya nak tunang. Saya harap saya tak guriskan hati awak. Terima kasih kerana sudi tolong saya selama ni. Saya harap awak tak tunggu saya. Awak juga

berhak bahagia. Saya bukan untuk awak. Ada gadis diluar sana yang lebih layak untuk awak yang sempurna untuk awak. Assalamualaikum, Asyraf. Selamat tinggal." aku tak tahu daripada mana aku dapat kekuatan untuk mengungkapkan kata. Pipi aku sudah dibasahi air mata. Sakit. Seperti putus cinta. Memang putus cinta pun.

"Dahlia. Saya nak bagitahu awak sesuatu ini. Saya dah nak sampai kafe awak. Tunggu saya kejap." Asyraf menghalang aku meletakkan panggilan.

Kalau dalam talian aku mampu kuat. Kalau berdepan dengan dia, aku takut aku rapuh. Aku tak mempunyai keberanian untuk bersemuka dengan Asyraf dalam keadaan aku yang sekarang. Aku takut gagal kawal emosi aku apabila melihat wajah tampan dia. Lebih baik aku elak berjumpa dengan dia untuk kebaikan bersama.

"Saya sibuklah Asyraf. Tak sempat jumpa. Maaf. Saya rasa baik awak lupakan saya. Tu yang terbaik untuk kita." Aku terus meletakkan panggilan mengabaikan Asyraf yang sibuk memanggil namaku supaya aku batalkan niatku mematikan panggilan.

Aku yakin aku mampu kuat hadapi ujian ini. Semoga aku terus kuat dengan segala ujian yang mendatang. Aku perlu tabah harunginya. Aku perlu sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah Taala. Pasti ada hikmah akan setiap suatu perkara.  

Dia Milikku.Where stories live. Discover now