Seharian sibuk dengan urusan kafe. Malam menjelang baru kami bertiga beransur pulang. Hari terakhir aku berada di sini, aku luangkan sepenuhnya kepada kafe. Esok dah nak berangkat balik Malaysia. Waktu baring nak tidur baru aku sedar telefon aku dah kehabisan bateri.
Alamak, aku dah janji dengan mama. Nak call dia malam ini. Aku capai pengecas aku. Menyala sekejap pun jadilah.
Punat kuasa ditekan. Apabila menyala saja skrin telefon aku. Bermacam bunyi aku dengar.
Missed call. Messages.
Panggilan daripada mama, kakak dan Amylea silih berganti. Seperti berlawan sesama sendiri. 83 missed call. Mesej tak perlu tanya beratus. Daripada Amylea saja sudah 261 messages. Minah ini tak sah kalau tak spam mesej.
Persoalan aku mengapa mereka berlumba-lumba mencari aku. Pasti sesuatu telah jadi. Berkaitan dengan aku. Berkaitan kafe di Malaysia ke?
Aku baca satu per satu mesej mereka.Tekaan aku salah. Bukan berkaitan kafe. Tetapi berkaitan aku. Gambar yang aku ambil bersama Asyraf dengan Amirul. Amirul memuat naik gambar kami di akaun Instagram miliknya. Angkara perbuatan dia ruang komen diserang peminat Asyraf.
"Siapa perempuan yang duduk sebelah Asyraf itu."
"Mana datang sesat perempuan itu."
"Sibuk je duduk sebelah Asyraf."
"Siapa kat sebelah tu, Asyraf? Gf ke?"
"Takkan bawa gf pergi Makkah. Tanah suci tu. Dah kahwin kut."
"Kahwin tak bagitahu pun."
Bermacam-macam lagi ayat dilontarkan. Aku malas nak baca semuanya. Hakikatnya kebanyakkan mereka persoalan keberadaan aku di situ. Tak cukup di ruang komen. Ada
segelintir mereka yang bertindak berani menyerang aku. Akaun Instagram aku diserang peminat Asyraf. Amirul tak mengetag akaun aku dalam gambar yang dipos. Namun mereka mencari sendiri akaun aku. Hebat kerja mereka. Berpuluh direct message aku terima. Kecaman. Tak kurang dengan itu gambar yang aku muatnaik dua hari lepas pun dipenuhi dengan komen mereka. Silap aku juga tak menjadikan akaun aku private. Akaun aku yang terbuka kepada umum memberi ruangan kepada netizen untuk menyerang. Sebelum ini aku bukanlah sesiapa untuk orang follow malah kecaman pun jauh sekali aku peroleh. Namun akibat isu ini secara tiba-tiba aku akaun aku diserang.
Pengikut aku menaik secara mendadak. Ada yang mengutuk dan juga yang memuji.
"Ni kan perempuan dalam gambar dengan Asyraf itu."
"Sis, you cantiklah, apa-apa I sokong korang berdua, sepadan."
"Jauhi Asyraf kalau nak hidup lama. Fikir kau lawa ke?'
Astaghfirullah al azim. Beristighfar aku membaca komen mereka. Nak peribadikan akaun Instagram aku sekarang macam sudah terlambat. Nanti lagi orang ingat aku bersalah. Akhirnya aku hanya menyahaktifkan saja. Tak mahu menerima notifikasi komentar mereka.
Kalau diperhatikan gambar itu memang aku mengakui kedudukan aku dengan Asyraf nampak agak rapat. Dalam gambar saja nampak rapat. Hakikatnya ketika bergambar haritu aku sudah pastikan jarak kami sekurangnya semeter. Mungkin sudut gambar itu diambil menyebabkan kami nampak rapat.
"Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. Tabahkanlah aku mengharungi dugaan ini. Sesungguhnya tiada yang lebih mengetahui akan sesuatu perkara melainkan diriMu, Ya Allah. Tuhan Maha Pengasih."Aku berdoa mengharapkan kekuatan daripada Yang Maha Esa untuk menghadapi dugaan yang menimpa. Kuatkanlah hati dan minda aku.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...