Bab 12

315 7 0
                                    

Kepala terasa pusing. Bunyi desiran bermain dalam otak aku. Aku berasa seperti terawang-awangan. Aku cuba bertahan badan aku daripada rebah di lantai. Berpaut pada kaunter barista. Nasib ketika ini kafe sunyi tanpa pelanggan. Aku rasa tubuh aku seakan melayang. Kaki yang memijak lantai seperti jeli. Lemah.

"Dahlia, awak okey ke tak?" Aulia muncul depan kaunter. Bertanya penuh kerisauan dari riak mukanya.

"Saya okey. Pening kepala sikit." Aku membalas. Tangan masih berpaut pada meja kaunter.

"Saya bawa awak pergi bilik awak lah." Aulia memapah aku menuju ke dalam ruangan pejabatku.

"Terima kasih, Aulia. Terasa nak pitam tadi. Kebelakangan ini saya banyak berfikir. Hal kafe tambah pulak hal lelaki yang ekori saya baru-baru."

"Boss, rehat lah kalau macam tu. Jangan fikir sangat. Nanti sakit saya juga risau. Lelaki itu Dahlia kenal ke? Selalu sangat nampak dia depan kafe ini."

Jujur aku tak tahu siapakah lelaki tersebut. Dia berpakaian serba hitam, berhelmet menutup identiti dia. Namun tiada apa yang boleh aku lakukan. Hanya berdoa keselamatan aku.

"Buat report polis lah kalau dia ikut lagi. Ini soal isu keselamatan. Tak boleh buat main." Aulia memberi idea. Tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh atasannya.

"Tak semudah yang difikirkan. Saya tak ada bukti yang kukuh. Saya tak kenal identiti dia. Awak rasa pihak berkuasa akan ambil tindakan ke jika saya buat report. Saya nak buat report atas alasan apa? Mengganggu? Menceroboh? Dia berada di kawasan awam, Aulia. Sesiapa sahaja boleh berada di depan kafe kita." Panjang lebar kata-kata aku buat Aulia. Aku sendiri menemui jalan buntu.

Aku terkenang akan sesuatu, pada malam Asyraf jumpa aku depan kafe dia juga menyaksikan lelaki misteri itu. Perlu ke aku meminta bantuan Asyraf. Namun, sanggupkah aku melibatkan

Asyraf dalam hal peribadiku. Dia pun seakan menjauh sejak malam itu. Mungkin dia juga tak nak masuk campur isu ini.

No, Dahlia. Kau boleh settle hal ini sendiri. Jangan libatkan orang luar yang langsung tiada kaitan dengan hidup kau. Mindaku berlawanan dengan bisik hati yang berbisik meminta pertolongan.

Lamunan aku mengenangkan masalah dihentikan oleh Aulia. Dia menghayunkan tangan melambai-lambai depan mata aku.

"Kita tengah bincang isu yang serius, boss boleh termenung. Aish, dahsyat." Aulia menyuarakan rasa tak puas hati kerana aku tak mendengar bebelan dia yang panjang lebar mengutuk lelaki misteri.

Aku menyuruh Aulia kembali bekerja. Tak perlu bimbang akan masalah yang sedang aku hadapi. Aku sendiri yang akan menyelesaikan masalah ini.

Aku kembali membantu staf yang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan. Pada waktu tengah hari keadaan dalam kafe padat dengan pelanggan yang hadir untuk menjamu selera. Tengah hari ini sahaja aku dapat membantu mereka. Petang ini mereka perlu pandai berdikari lah. Aku terpaksa meninggalkan mereka kerana ada perkara lain yang perlu diuruskan.

Pesawat yang membawaku Korea tiba. Di lapangan terbang tadi aku dah berpelukan dengan mama. Drama air mata. Biasalah mama tiap kali aku nak ke luar negara pasti dia memulakan dramanya serta berbakul-bakul nasihat dia akan beri.

Aku tipu mama. Aku kata ke Korea untuk melihat perkembangan kafe di sana. Sebenarnya aku nak menghadiri sesi perjumpaan peminat kumpulan yang aku gemar, NCT. Mereka bakal mengadakan perjumpaan esok hari. Dan aku salah seorang peminat yang bertuah memenangi sesi perjumpaan ini. Setelah berpuluh konteks aku cuba akhirnya kali ini aku berjaya.

Ya Allah, berdosakah aku? Tapi aku bukan lah pergi ke sana semata-mata untuk berjumpa artis pujaanku. Betul aku nak melihat perkembangan kafe yang diuruskan Jackson. Sambil menyelam minum air. Ahaks.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now